Ahad, 14 Oktober 2018

13102018 : Bukit Tengkorak, Semporna Sabah


Assalamualaikum readers. Hari ini baru dapat masa & sebab untuk update entri blog yang sekian lama sepi. Memandangkan lama cuti hiking & hiking pun di tempat yang sama setiap minggu jadi tak update lah apa-apa entri. Serius, semakin lama makin cepat semput, berat badan pun dah naik 4 kg sekarang 🙈 

Alhamdulilah, hari ni dapat juga menjenguk & sekali bersihkan sawang di blog ni. Jadi untuk entri hari ni aku mahu kongsikan sedikit info & pengalaman di Bukit Tengkorak, Semporna ❤


Sedikit info tentang Bukit Tengkorak, ia terletak kira-kira 500 MDPL & 3 km dari Pekan Semporna. Dahulunya bukit ini dikenali dengan nama Bukit Kabongan oleh penduduk tempatan. Nama Bukit Tengkorak ini disebabkan penemuan tengkorak & rangka manusia moden di atas bukit tersebut. Di dalam peta yang di buat oleh orang British pada zaman kolonial dahulu di kenali sebagai Hood Hill. Di kawasan ini, juga terdapat muzium arkeologi tentang sejarah tengkorak, penemuan tengkorak, keranda dan sebagainya. 

Bukit Tengkorak telah dikenal pasti sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik sekitar 3,000 tahun dahulu.

Kajian cari gali telah mula dilaksanakan di Bukit Tengkorak sejak 1994 oleh penyelidik dari Pusat bagi Kajian Arkhaeologi Universiti Sains Malaysia (USM) bersama dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah. Kajian tersebut bertujuan mengadakan kajian saintifik dan sistematik di tapak arkhaeologi ini.

Hasil kajian itu telah menjumpai beribu kepingan tembikar prasejarah dan kajian menunjukkan bahawa kaedah yang masih masa diamalkan di Semporna sehingga hari ini. Bukit Tengkorak Merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi. Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.

Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. Sumber tanah liat bagi pembuatan tembikar tersebut juga turut ditemui. Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu.

Beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma. 

permulaan untuk mendaki. 
Laluan bertangga hingga ke puncak bukit




Sebenarnya memang dah lama plan untuk pergi ke Bukit Tengkorak ni, cuma dengar nama & tengok gambar sahaja tetapi kemarin 13 Oktober 2018 alhamdulilah berjaya menjejakkan kaki di sana. Pemandangan tersangat indah, serius kalau boleh tak mahu balik 😂 In syaAllah, semoga ada kesempatan untuk pergi ke sana lagi. 

Perjalanan daripada Tawau sekitar pukul 6.30 pagi dan sampai lebih kurang pukul 8 lebih ( tak tengok jam ) dan memandangkan pertama kali pergi ke sana, kami menggunakan khidmat "akak maps" dan alhamdulilah selamat pergi & balik. Satu perjalanan yang menggembirakan, berbaloi walaupun penat. Paling penting, terima kasih Partner untuk kita punya #DuoTrip yang pertama kalinya di luar Tawau 🙈 In sya Allah, akan datang kita ke bukit lain pulak 🌹 Jadi, aku bagi tengok gambar aja lah ya ❤










indah bukan ? 

Di dalam muzium , 




antara penemuan tembikar di Bukit Tengkorak.

Tengkorak & rangka sebenar di temui di Bukit Tengkorak.



keranda kayu yang di temui & salah satu keranda yang lebih besar ditemui separa terbakar akibat sikap vandalisme 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..