Isnin, 7 Mei 2018

5 & 6 May 2018 : Camping Batu Bersusun, Tawau Sabah

Assalamualaikum semua. Hai gais. Jumpa lagi selepas sekian lama sunyi tanpa update. Sebenarnya ada juga aktiviti Hiking semua di Bukit Akar & Bukit Panchang. Tapi sebabkan malas, maka tidak terupdate la apa - apa entri.


Okey kali ini aku mahu update sedikit tentang Camping kali ke-2 KKR Hikers selepas di Taman Bukit Tawau, kali ini lokasinya di Batu Bersusun Balung Cocos pada 5&6 May 2018. Alhamdulilah, kali ini memang betul-betul cukup ahlinya 🌹 Semua datang & audi habiskan masa untuk bergila bersama-sama & walaupun sekarang cuaca tak menentu, hampir setiap hari hujan tapi masa camping cuaca sangat baik & cerah . 

Macam biasalah bila melibatkan KKR Hikers punya anjuran, benda yang pertama di bahas adalah makanan. Dan sama juga macam yang lepas, makanan nya macam kenduri juga. Hahaha. 9 kg kepak ayam, 3 kilo buntut ayam, 1 kilo kulit ayam ( sate ), maggi, roti, telur dan lain-lain. Pemprosesan untuk menyiang, mencuci, memerap ayam kami buat malam hari sebelum camping. Main cucuk-cucuk kulit ayam sambil membawang di rumah kak Mila bos ku 😂



makan mangga untuk mengalas perut 😂

Kami tiba lebih kurang pukul 5 petang di tapak perkhemahan dan terus setup untuk khemah & memasang api canvas. Tu pun memang dah gelap. Kami menunaikan solat magrib & ishak berjemaah . Memang betul-betul feeling camping kali ni ❤

Kami makan lebih kurang pukul 11 malam, makan bertalam ramai-ramai, bergaduh, berbual beramai-ramai. Hahaha. Memandangkan Kak Rose tak sempat untuk buat game, jadi aktivitinya cuma berkonsert sampai pagi. Dan aku menambahkan lagi koleksi dark circle ku sebab memang langsung tak tidur. Pengalaman tak boleh dilupakan juga bila 2 kali hampir terjatuh dalam air sebab batu terlampau licin. biru-biru kaki gue lebam. Paginya, majoriti ahli yang bercamping pergi sekali lagi ke Lost World Tawau, dan kami bertujuh tinggal di khemah untuk jaga barang. Aku tak pergi sebab tak bawak kasut 😂 Jadi tukang pancing ikan sekejap. Hahaha .. 





bila kau terlampau bosan menunggu & jaga khemah dari serangan biawak 😂 
berjemur-jemur lagi kalahkan omputeh 😂😂

bukan aku yang dapat pancing. Tapi dapat juga lah gambar ceremony sebab kebetulan ada di tempat kejadian 😂

Lepas tumpang ambil gambar , tukang tumpang makan pulak 😂




gue berjaya menternak eye bag lagi 💪

🌹


Hari berjaya mengumpul semua ahli-ahli KKR Hikers 😊

Selepas itu, acara mandi-mandi & seterusnya kemas tapak khemah sebelum bersurai untuk makan & balik ke rumah masing-masing. Ini mungkin tandanya penggantungan kast berjemaah sempena memberi laluan untuk ramadhan & raya. In sya Allah nanti bertemu lagi ya semua❤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..