Selasa, 17 April 2018

150418 : Lost World Of Bagahak, Lahad Datu Malaysia

Assalamualaikum gais. Setelah beberapa minggu cuti daripada blogging & hiking, hari ini aku pun memaksa diri untuk mengupdate entri berkenaan dengan aktiviti hujung minggu ini iaitu hari ahad, 15 April 2018 di Lost World Lahad Datu, Begahak Air Fall Lahad Datu Sabah.



Pada mulanya dipaksa sebab di tulis nama tanpa kebenaran Hahahaha tapi biasalah dapat ayat "no more reason" kan. Program ini merupakan program gabungan Hikers Lahad Datu & Tawau. 

bersama Unni & Kak Muna

Kami berkumpul dan mula bergerak dari rumah seawal pukul 4 pagi & tiba di lokasi berkumpul ( i - peak ) sekitar pukul 7.30 pagi. Selepas briefing daripada pengarah program iaitu abang Din, kami bergerak ke Gate Begahak dengan menaiki mengambil masa 40 minit dan bertukar kenderaan 4x4 untuk sampai ke lokasi trekking & hiking . Perjalanan daripada gate ke starting point mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan kiri & kanan di penuhi dengan pokok kelapa sawit, berdebu & pasir. Perjalanan untuk ke starting point lebih memenatkan selepas bertarung terhempas-hempas & makan habuk di belakang daripada trekking & hikingnya 😂 

Lokasi perjumpaan di i-peak .
Bacaan doa & briefing, kami terus menuju ke Gate yang mengambil masa 40 minit perjalanan.

 Tiba di gate untuk menaik kenderaan 4x4 untuk teruskan lagi perjalanan ke starting point yang memakan masa sekitar 2 jam.

bersama kak Pija, Hikers Lahad Datu ❤

 dengan Adudu 😂









 starting point menuju air terjunBagahak






Kami tiba dan mulakan perjalanan ke lokasi air terjun. Perjalanan tidak mengambil masa yang lama. Yang lama tu berfoto-foto tentunya 😂 

Air Terjun pertama ❤

Dannn yang kedua ❤
Subahanallah 🌹



😍

🌹🌹

no more reason katanya 😂



 🙈🙈

Gadis-gadik KKR Hikers kesayangan gue ❤
Sentiasa di hati walaupun tidak berjumpa. 
Ahad ku kosong tanpa kalian 😭

Hikers itu bersaudara ❤


bila lagi boleh share sepiring 3 orang 😭❤

Makan berjemaah ❤

Selepas itu kami berkumpul untuk makan tengahari beramai-ramai sebelum mandi & bergerak pulang. Akitiviti tamat sekitar pukul 3 petang. Kami memulakan perjalanan balik ke Tawau & tiba di Tawau lebih kurang pukul  8 malam. Alhamdulilah semua selamat sampai & mendapat pengalaman manis & berharga ❤

1 ulasan:

  1. dari jalan besar (jalan raya )tungku -LD sampai sana rasa berapa jam.........jalan masuk kawasan itu ikut jalan kg mana

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..