Khamis, 15 Mac 2018

110318 : Lost World Tawau

Assalamualaikum guys. Apa khabar ? Harap semua baik-baik saja. Dan semoga segala urusan mahupun perjalanan kita sentiasa di redhai , di berkati & dalam lindungan Allah SWT. Jadi hari ini, sebenarnya mahu ceritakan pengalaman kami ( KKR HIKERS * walaupun kurang ahli ) pergi ke LOST WORLD Tawau pada hari ahad , 11 Mac 2018 . 


Menurut abang guide kami, Abang Arif Lost World Tawau ini merupakan hutan simpan kelas pertama dan masih tidak terbuka kepada umum jadi maaf gaisss , tak dapat la aku mahu bagi segala detail tentang lokasinya 🙏🙏 

Okay teruskan cerita, sepatutnya kami berkumpul pukul 7.00 pagi tapi biasa la janji melayu kann. Hahahaha dengan aku aku sekali lambat datang. Bas lambat kan pagi. Ahli-ahli yang terlibat semestinya aku, Kak Rini, Kak Mila, Kak Ati, Sapar, Abang Lyas & Abang Kusnadi. Perjalanan kami ke lokasi tersebut dengan menumpang kasih kenderaan abang Lyas. Lokasi berkumpul di Sedap Corner Balung sambil menunggu ketibaan kak Ati yang mana ketibaan kami pun di tunggu oleh abang Kus 😂 Sebenarnya Kak Ati dari Kunak & terlajak sampai ke area airport sebab ketiduran.Hahaha. Kami teruskan perjalanan selepas sarapan di sana. 

Kami di sambut oleh abang Arif & 4 buah ka 4 biji motor 😂😂 Dan perjalanan untuk sampai ke starting point Lost World ni perlu menaiki motorsikal selama lebih kurang 20 minit dengan laluan yang boleh buatkan kita kena buasir 😅 
Cerita pasal motorsikal ni, membuatkan aku terkenang macam- macam kisah lucu sebenarnya. Huru-hara , dengan abang Lyas yang baru dua hari belajar naik motor , tapi salute sebab walaupun baru dua hari belajar sudah mampu bawa motor di kawasan itu, siap ada pembonceng lagi. 





sampai di lokasi, kami mulakan perjalanan & pendakian. Kawasannya berbatu-batu besar & berlumut. Istimewanya tempat ini ialah warna airnya bewarna merah hasil daripada warna akar-akar pokok kayu di situ & airnya boleh di minum.Memandangkan kami pergi ketika cuaca panas & tiada hujan pada hari sebelumnya, pacat pun 1,2 ekor & airnya tak berbuih macam mana yang kami lihat sebelum ini dalam gambar 😂 Tapi tetap mandi jugak dalam air merah tu. Lebih kurang sejam selepas itu, kami tiba di peak & sesi bergambar pun berjalan seperti biasa. 
















menuju ke peak !





yayyy dah sampai peak ❤

periuk kera di puncak Lost World


Dalam perjalanan balik, barulah kami berhabis ambil gambar & berendam di air akar. Misi menjadi kanak-kanak riang lagi 😜 Singgah sebentar di Masjid untuk menunaikan solat zohor & aktiviti makan-makan , mandi & "tubing" di Batu Bersusun pun bermula. Bab makanan ni, walaupun bukan camping, KKR mesti meriah dengan makanannya. Tapi aku kecewa lah nasi kuning yang di bawa dari rumah basi😢😢 Maaf 🙏🙏 Di bungkus masa panas-panas kan & makan pun lewat petang. Nasib lah ada bawa cucur udang dari rumah, sapar dengan ayam masak merah & periuk ibundanya, kak Rini dengan ulam-ulam & sambal belacannya, Abang Kus dengan maggi & jajannya, kak Ati dengan stove & butanenya. Alhamdulilah semuanya kenyang walaupun nasi tiada. Lepas makan kami ber "tubing". Satu orang, boleh naik dua kali. Agak nervous pada mulanya tapi lepas dah cuba sekali, tak mahu berhenti pulak 😂 







meriah makanan 😂 suap ada ulam & sambal belacan lagi 😂👍





it's tubing & mandi timeeee 😻

Alhamdulilah, tercapai jugak hajat untuk melihat & jejakkan kaki di Lost World Tawau, ditambah lagi dengan pergi dengan kawan-kawan yang sudah di anggap macam adik beradik sendiri ❤ Terima kasih semua .. Semoga ikatan ukhwah di bina kekal hingga ke akhirnya. 

hasil editan sapar sebab semua susah mahu berkumpul 😂 tampal-tampal pun okey la 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..