Selasa, 13 Februari 2018

4 & 8 Feb 2018 : Bukit Gemok & LMK Tawau

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. Hari ini ku gagahkan diri juaa untuk update entri walaupun kemalasan melanda untuk berbuat apa-apa. Padahal memang hari-hari pun malas kan. Hahaha. 

Okaylah, straight to the point sebenarnya entri hari ini berkenaan dengan aktiviti hari ahad lepas ( 4 Feb 2018 ) & hari khamis lepas ( 8 Feb 2018 ) . 

Hari ahad lepas, kami berempat ( Kak Ain, Abang Azman, Diel & aku ) pergi ke Pusat Sejadi Bukit Gemuk Tawau untuk mendaki di sana. Lebih kurang 9.25 pagi kami mulakan pendakian di sana. Sebenarnya ini kali kedua aku mendaki di sana & pertama kali untuk kedua orang jejaka ini menjejakkan kaki di sana. Hahahah Buat malu kumpulan 😂 Biasanya Bukit Gemuk merupakan Bukit pertama di daki untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia hiking. Tapi diorang ni terus pergi ke bukit-bukit lain & pertama kali jejakkan kaki di sini. Untuk info mengenai Bukit Gemuk ini, boleh rujuk entri aku yang lepas-lepas ya. Terasa malas diri ini untuk repeat informasi hahahahaha maaf ya. 


tahniah guys 😂










Dan pada 8 februari 2018, hari khamis lepas kami ( Kak Ain, Kak Mila & aku ) pergi LMK ( Lee Man Kui ) untuk membuang lemak-lemak yang mana lemak degil semakin bertapak di wajahku yang semakin melebar 😥 Alhamdulilah, semakin ingat jalan walaupun bertiga & lalu jalan yang jauh. Syukur Alhamdulilah, ini pertama kali pergi pada waktu hari bekerja jadi suasana agak sunyi & jarang berjumpa dengan orang lain, kami selamat tiba di puncak & selamat balik ke rumah masing-masing. 




Oh ya, sebelum terlupa. Kami ada pergi ke Majlis perkahwinan Syabry & Nur yang mana merupakan geng hiking jugak. Berjumpa di  bukit, alhamdulilah jodoh hingga ke pelamin 😊 Semoga berkekalan hingga ke Jannah ya. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..