Selasa, 27 Februari 2018

Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Entri kali ini mahu ceritakan tentang Camping KKRHikers di Taman Bukit Tawau ( TABLE ) pada sabtu & ahad 24 & 25 Februari 2018. Plan ini sebenarnya di buat minggu lepas iaitu hari aku pergi ke Gunung Lucia tapi memandangkan ramai yang tak free, plan di postpone lah. 


Trio penyakit 😂
Tiap kali jumpa mesti ada yang kena alergik, kena ulat bulu & sengatan. Bak kata sapar mungkin di larang kita jumpa 😂
Kami (Halim, Sapar, Kak Rini, Kak Farhana, Kak Mila & aku) berkumpul di bangunan Mara & menaiki van abang Jamal bersolat asar di Masjid Bandar dan bertolak ke TABLE lebih kurang pukul 5 petang. 1 hari 1 malam & 12 orang (Kak Ain, Kak Ati, Kak Rose, Abang Mat, Abang Ishak & Abang Lyas) yang join tapi dia punya bekalan makanan macam 3 hari 2 malam bos ku. Hahahaha ternyata KKR Hikers kuat makan. Bayangkanlah 12 orang & setiap orang bawa 3 pot beras. Maggi & jajan. Siap beli samyang ramen lagi. Memang mewah lah. Roti 2 buku. Ayam 9 kg & ikan 2 kg. Ikan tu siap buat ikan rebus lagi. Sosej 3 bungkus. Rambutan & limau, jagung bakar 2 kg, pisang mentah 2 sisir 😂 Ya Allah macam tak percaya kan, tapi balik camping, ayam 9 kilo tu tiada sisa 😂

Okay berbalik pada cerita asal, kami memasang 4 khemah & mula pasang api selepas magrib. Sebenarnya agak lewat, kami dapat makan pun sekitar pukul 10 lebih. Dan sesi makan kami bertalam. Hidupkan sunnah bak kata kak Ati. 









buntut ayam, kulit ayam & sate pun hadoo 😂



jarang masa camping ada ikan rebus kan guys 😂




rekod yang di buat. Dari selepas magrib  sampai 4.20 am tak tidur. Ayam banyak sangat 😂😂



 Keluarga kedua ku ❤

Malam itu, kami main dua game yang mana di ketuai oleh kak Rose untuk menguji kepantasan "pickup" seseorang. Game pertama yang pusing botol & siapa yang kena perlu jawab soalan. Hahaha dua kali aku terkena, dua kali pasal cinta. Soalan pertama aku dapat bila & di mana aku tengok crush aku ? Dan yang kedua boleh terima kah kalau ex bf/gf rapat dengan bf/gf kau ? Memang jawapannya TIDAKLAH kan. Hahahaha. Dan game kedua tentang " Apa yang kamu bawa semasa camping" . Ni memang lawak sampai cramp perut ketawa. Terkeluar sixpack ketawa. Ni lah game yang menguji "pickup" ni. Alhamdulilah agak pantas jugak aku punya pickup ni 😂 Cuma beberapa orang yang faham game ( Kak Rose bagi soalan, kak Mila, Kak Farhana & aku ) dapat faham game. Yang lain blur-blur. Terutamanya paling blur si Saparuddin 😂 Sampai pindah-pindah tempat duduk tapi sampai ke sudah tak dapat jugak jawapannya. Hahahha. Paling lawak bila Abang Ishak ganggu tumpuan orang lain & berlagak macam dapat jawapan dan bila Abang Mat dapat 2 kali jawapan betul secara kebetulan. Hahahahaha serius malam yang paling lucu gais walaupun aku dengan elergikku pun masih lagi aku melawan untuk join camping. 

Selepas itu, sesi menyanyi & gitar sambung bakar ayam sampai ke 4.20 pagi keesokan harinya 😂😂 sebabkan kehabisan arang & telampau banyak ayam yang perlu di bakar. Ada yang tidur & ada yang bermain domeng 😂😂 Aku pemerhati sambil bakar ayam. Hari kedua kami sepatutnya pergi ke Kolam air panas tapi sebabkan ramai yang malas pergi, kami pun batalkan dan lebih kepada makan & mandi sungai. Malangnya aku dilarang mandi , sebabkan alergik tu . Kami habiskan roti, maggi dan ayam untuk sarapan pagi. pisang mentah dua sisir tu di potong nipis & di makan bersama gula. Hahahahha camping kali ini memang gila punya mewah & berkisar tentang makanan sahaja. Tidak di ragukan, KKR Hikers memang kuat makan 😂 Lepas habis camping, sambung lagi di meja panjang. Memang lain pukulannya bila keluar dengan keluarga keduaku ,KKRHikers ni. Memang sporting & gila-gila. Untuk Kak Farhana, semoga urusan kahwin di permudahkan. Salah satu faktor aku paksa diri untuk camping sebab kak Farhana lah, dia mahu mendirikan rumah tangga & berpindah. Semoga urusan di permudahkan & dalam lindungan Allah SWT. Kami sentiasa doakan kebahagiaanmu kak ❤





 ini muka-muka orginal tanpa bedak & baru bangun tidur ni bosku 😂


ada macam gadis melayu terakhir ka suda ? 😂😂😂😂😂

kesayangan hamba ❤
Kak Mila & Kak Ati.
Terima kasih sudi jaga sepanjang camping.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. 



back to 70 an





penghibur di kala duka. Main silat-silat dorang ni 😂

Saparrr membaca kau kan blog ku ni 😂😂 
Ni yang paling blur dalam game 😂😂 
Nasi -> Ikan -> Nasihat 




paling nombor 1 nya ni bawa ramen pergi camping 😂

pisang mentah di bakar & di buat kerepek 



terima kasih untuk  semua pengalaman manis ini geng. Semoga ukhwah di bina hingga akhirnya ❤

Rabu, 21 Februari 2018


Assalamualaikum semua. Haiii apa khabar ? Hari ni sekali lagi mahu update pasal pendakian dan kali ini di beri ruang, peluang & rezeki untuk mendaki di Gunung Lucia pada sabtu & ahad ( 17 - 18 februari 2018 ). 


wajah-wajah exited sebelum mulakan pendakian.

Sebenarnya aku memang plan untuk naik ke sana tapi aku fikirkan bajet & persediaan fizikal ku yang kurenngggg ni. Tapi beberapa hari sebelum hari kejadian tengah syok tidur petang aku dapat misscalled dari nombor yang tak di kenali. Gangguan betul lah 😂 Lepas tu dengan malas on data phone & tengok unni & Kak Muna ada whatsapps ajak ke Lucia secara percuma. Di ulangi PERCUMAAAAA bosku 😂 Hahaha aku memang dua hati mahu pergi. Rasa bersalah naik free ( ganti nama abang Ishak, semoga murah rezeki mu bang ) lepas tu tak mahu di bayar balik. Yang kedua, sebab tak yakin aku punya ketahanan fizikal sebab aku langsung tak ready apa-apa walaupun berjogging 😩
Tapi sebab yang mengajak ni pandai betul menggoda, akhirnya aku pergi jua. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Alhamdulilah, walaupun plan asalku mahu pergi hujung bulan 3 ( faktor bajet kannn ) 

Okay, sedikit info tentang Gunung Lucia. Terletak di Taman Bukit Tawau ( TABLE ) yang mana terletak sejauh 13.25 KM & Puncak Gunung Lucia setinggi 1240 MDPL .
Sebelum sampai ke Puncak, ada asrama Lucia yang terletak di KM 10.55. Bagi aku, cabaran menuju ke Gunung Lucia semestinya trail jauh bertangga yang hampir hilangkan lututku & bagi yang takut pacat memang cabaran besar lah bagi mereka. Nasib baik aku terkecuali bab takut pacat ni . Dan satu lagi ni kali pertama aku hiking dengan beg berat untuk menuju ke asrama. Kami merupakan "second batch" yang naik selepas Gunung Lucia di buka semula. 

Kami berkumpul di Taman Bukit Tawau daftar dan mulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi. Cuaca hujan renyai & perjalanan untuk 3 Km terawal aku dah rasa mahu pwngsan sebab belum "adapt" dengan beg yang di bawa. Lepas tu, semakin okay & boleh berjalan & menyanyi seperti biasa. Hahahaha. Tapi bila tiba di laluan bertangga, menangis jugak lah lutut ni. 
Yang tersangat mencabar adalah di kawasan 1 km terakhir berhampiran hostel sebab tangga yang tinggi & lutut macam longgar sudah. Hampir mengengsot untuk sampai di asrama sejauh 10.55 km. Alhamdulilah aku sampai tepat di tangga asrama pada pukul 1.53 petang. Lepas masuk bilik, mandi & terus solat. Memandangkan makan masing-masing aku bawa nasi putih & lauk di sediakan oleh unni dari rumah. Goreng ayam & masak maggi. Aktiviti petang cuma berehat & makan malam. Yang bestnya group yang sama-sama naik kali ini semuanya sporting & selalu hiking sama. Siap ada persembahan silap mata lagi malam-malam. 

daftar & mengisi borang

ready ka bos ku ?
















baju, tongkat,  botol  air, rain coat, beg rupanya semua biru. Ternyata aku  suka biru ❤

hujan panas penat bos ku 😂

trail menuju asrama Gunung Lucia

akhirnyaaaaaaaaa 😂
selepas berjalan 10.55 KM dapat ku  lihat asrama Lucia 😂

selepas mandi & solat
it's lunch timeeeee

momy tengah masak 😂


lauk tengahari kami ❤




 kemudahan di Asrama Lucia




Aku masuk tidur awal sebab dengan tiada line & letrik jadi kononnya mahu rehatkan diri awal tapi tak boleh tidur sebab ada kisah lucu & aneh di bilik. Hahahaha. Aku pun rasa bersalah untuk ketawa tapi sebab salah seorang daripada rakan sebilik yang baru di kenali bising ( bukan berdengkur ) tapi kedua-dua gigi berbunyi & berlaga masa tidur buatkan kami tak boleh tidur sampai pagi. Yang lucunya, bila kami buat-buat batuk ataupun pasang lampu dari headlamp dia akan senyap. Aku sebenarnya takut & seram sebab tu pertama kali aku dengar bunyi gigi berlaga & terlalu kuat berbunyi sepanjang malam sampaikan kami sangka itu bunyi haiwan. Aku yang tidur di katil atas sampai terduduk & pasang torchlight telefon sspanjang malam sebab takut bunyi tu. Bayangkan jam 4 pagi kami keluar bilik untuk ketawa hahahaha terkeluar sixpack perut ketawa.


Lepas mandi & bersihkan diri kami bersiap-siap untuk menyambung baki perjalanan 2.7 KM untuk sampai ke Puncak Gunung Lucia. Trailnya pun bertangga tapi lebih luas & bersih. Angin pagi sangat kuat. Sangat best & kalau boleh aku mahu semua orang rasa pengalaman seronok & memenatkan ni. Sampai di Puncak, ada signboard dan pacat menanti 😂 Agak banyak , baru sekejap berdiri pacat di kaki sebelah kiri dah 4 ekor, belah kanan 3 ekor. Tapi bila sampai rumah cek, lebih 10 kesan gigitan masi berdarah-darah lagi. Selepas selfie, wefie dan lain-lain sekali lagi kami turun, kemas barang di asrama & makan untuk mengisi perut sebelum teruskan perjalanan balik sejauh 10.55 km 😂😂 Kami mulakan perjalanan turun pada pukul 11.10 pagi & tiba di bawah pada pukul 2.15 petang. Perjalanan turun lebih laju lah tetapi dalam perjalanan cuaca berubah-ubah hujan & panas. Trail sangat licin jadinya. Bila kau terlampau penat & extited tengok papan tanda lagi 3 km sampai, dan aku pun terpelecok 😢 Ni sebab telampau happy lah ni. Nasib baik ada bawak tongkat, kalau tak entah siapa yang mahu angkat aku turun. Ini salah satu pengalaman berharga sebab pertama kali hiking dengan beg berat ( walaupun 7 kg saja ) dan perjalanan jauh lebih kurang 26 KM tanpa ada exercise. Aku fikir aku pada mulanya aku tak mampu tapi alhamdulilah masih mampu juga di teruskan sebab minat & hobi. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Pengalaman manis ini akan di simpan sampai bila-bila. 

Trio yang tak boleh habis ketawakan orang 😂

 kak muna❤
merangkap partner karok sepanjang jalan .

bersama Ema❤

Abang Khai

kak Hana ber panama di belakang 😂


Harap dapat jejakkan kaki ke Magdalena juga. In Sya Allah.



Trail menuju ke puncak.Angin pagi yang dingin & sedikit berkabus.


puncak Gunung Lucia yayyy !

Di puncak banyak pacat bos ku ❤
Lebih dari 10 kesan gigitan di badan sekarang ni. Dan aku jadi pencabut pacat profesional sebab Unni & Kak Muna takut pacat 😂😂

bersama 3 orang abang guide yang hensem 🙈










masa ni pergelangan kaki kanan terseliuh selepas exited nampak signboard tinggal 3 km untuk sampai di bawah. Berhujan sebab dah malas keluarkan raincoat 😂



BERJAYAAA MENAWAN GUNUNG LUCIA ! 
Perjalanan sejauh 26.4 KM di sudahi dengan sakit pinggang & betis 😂