Rabu, 3 Januari 2018

31122017 : Timbun Mata & Pulau Sibuan, Semporna Sabah

Assalamualaikum hai semua. Jumpa sekali lagi blogger & readers sekalian. Macam yang aku tulis pada entri sebelum ini, kami mendaki 3 hari berturut-turut. Dan pada 31 desember 2017 hari ahad yang lalu, kami ( Kak Ain, Diel, Wiwin & aku ) pergi keluar daripada Tawau iaitu ke Semporna untuk menutup secara rasmi pendakian kami pada tahun 2017. Hahaha.Kali ini, kami berempat ke Semporna untuk trip ke Pulau Timbun Mata ( mendaki ) & Pulau Sibuan ( mandi / Snorkeling ) . Kami bergerak dari rumah pada lebih kurang pukul 5.30 pagi & sampai di Pekan Semporna sekitar pukul 7.50 pagi dengan menaiki kereta yang di pandu oleh Kak Ain. Kami sempat bersarapan di jeti, ada yang ulang alik ke tandas dan lain-lain di sebabkan kelewatan satu team. Naik hangennn jugak di buatnya 😑 

Lebih kurang pukul 9.30 kami berkumpul & masuk ke dalam bot. Di sebabkan ada insiden & salah faham dengan guide & pihak - pihak tertentu sekali lagi kami lewat untuk bergerak ke Timbun Mata. Sekitar pukul 10 pagi, akhirnya kami mula bergerak ke Pulau Timbun Mata untuk mendaki di sana. 

Subahanaallah pemandangan sangat indah & walaupun cuaca hujan pagi tu tapi masa kami sampai di Bukit Timbun Mata cuaca tersangat lah baik & boleh lah dapat view yang cantik. 















 Pulau Timbun Mata





Selepas itu kami menaiki bot ke Pulau Sibuan untuk makan & mandi laut. sekarang pakej tak termasuk set snorkel hmm. Jadi mandi laut pun kira okey la tu kan. Untuk kali yang ke 3 di Pulau Sibuan Yayy ! 








 
Dengan ini penutupan mendaki bagi tahun 2017 di tutup secara rasmi. Selamat datang 2018 😊

1 ulasan:

  1. Mau tnya...pg timbun mata tu brapa byran..kna booking dulu ka @ mcm mna? Ada tour guide ka jg?

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..