Rabu, 3 Januari 2018

30122017 : Lion Hill, Tawau

Assalamualaikum semua. Selamat tahun baru 2018. Semoga kita di berikan kesihatan yang baik, rezeki yang halal & sentiasa hidup di dalam lindungan Allah SWT. Hari ini sekali lagi ingin meng"update" tentang pendakian 3 hari berturut-turut. Haha. 

30 Desember 2017 pada hari sabtu lalu kami sekali lagi pergi ke Lion Hill / Bukit Singa yang terletak nun jauh di Sungai Udin. Trip ini di buat di sebabkan permintaan daripada hikers dari KK untuk mendaki ke sana tetapi mereka di batalkan dan hanya seorang yang dapat datang & join mendaki ke Lion Hill hari itu.
Ini kira kali ke empat sampai di sini tetapi masih lagi tak ingat jalan kelapa sawit tu 😑 Apa yang paling penting untuk mendaki di Lion Hill ialah mintak keizinan pada tuan tanah & jagalah kebersihan ya kesayangan ku 😊 

Kami seramai 12 orang (sahaja) yang memeriahkan trip kali ini. Di pertengahan pendakian, kami sedikit terkejut sebab trail hampir tidak boleh di lihat & lalang lebih tinggi daripada aku. Kalau aku yang buat gerakan solo, memang sah & yakin tak jumpa puncak. Hahaha. Selepas mrngharungi paku pakis yang menampar muka, alhamdulilah kesemua kami berjaya sampai di puncak. 

 kenapa Lion Hill ? 
Tu nampak tak bentuk batu macam kepala singa ? Jadi mungkin itulah sebabnya 😂










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..