Isnin, 29 Januari 2018

280118 : Bukit Batu Hitam & Bukit Cinta, Tawau

Assalamualaikum semua. Hai berjumpa lagi kita minggu ini. Macam biasa lah, entri hari ini berkenaan dengan akitiviti hujung minggu kami di mana-mana bukit yang sudi terima kunjungan kami. Hahaha. Dan kali ini, kami di beri kesempatan untuk mendaki di Bukit Batu Hitam & Bukit Cinta. 


menuju ke lobby Bukit Batu Hitam

Kami seramai 21 orang berkumpul di hadapan Masjid Nurul Hidayah Kampung Batu Payung dan memulakan aktiviti pada pukul 7.00 pagi. Trail untuk ke Bukit Batu Hitam bermula dengan lalang yang tinggi & mengingatkan aku dengan Bukit 38 di sebabkan duri & batuan di sana. Tidak sejauh Bukit 38, tetapi trail nya boleh tahan jugak memenatkan. Mungkin sebab terlebih ketawa dari pagi ke petang kan 😂 Perlukan guide untuk mendaki di sini. Buat masa ini, Bukit ini masih boleh di naiki kerana belum di fatwakan sebagai hutan simpan. Perhhhh, ayat-ayat fatwa sudah keluar mennnn 😂 Ada dua laluan untuk naik, pertama memanjat batu ( yang ini semua lelaki + kak Ati, kecuali Guide yang bawa kami naik ) naik dari batu. Memandangkan kami mahu menjadi wanita Melayu yang terakhir , kami memilih trail hutan & lebih jauh sedikit untuk naik ke puncak. Tetapi di sebabkan team yang panjat batu tersalah jalan, kami lah yang awal sampai. Selepas sampai di puncak, aktiviti selfie, wefie swafoto & bergambar keluarga adalah aktiviti wajib. Untuk terus tembus dari puncak Bukit Batu Hitam ke Bukit Cinta boleh tetapi memakan masa lebih dari 3 jam dan memandangkan tiada yang membawa parang & kelengkapan untuk trekking, kami memutuskan untuk turun ke bawah semula, refill air & pergi ke Bukit Cinta. 




 
kalau malas untuk trekking, kena panjat batu ni ya guys 







 puncak Bukit Batu Hitam




Ini kali kedua aku sampai ke puncak Bukit Cinta & entah kenapa semput nya hiking di situ kemarin. Kami meminta kebenaran dengan tuan tanah & mula mendaki sekitar pukul 10 lebih. Serius memang semput, tak macam pertama kali mendaki di sana. Kami berehat sekejap di puncak, bergambar dan bergegas turun di sebabkan hujan turun dengan lebat & kami teruskan perjalanan ke masjid tempat berkumpul pagi tadi untuk solat & sempat berjemaah di sana sebelum makan tengahari. 





Di Puncak Bukit Cinta. 


KKR Hikers, bukan sekadar kawan tapi seperti adik beradik sendiri. Orang yang boleh bergurau tanpa terasa hati, yang boleh di kombo, di kacau, di pukul hahahah. Terima kasih sebab sudi terima aku jadi salah seorang kawan kamu. 

walaupun kurang ahli. 





berlima selepas di tinggalkan oleh kak Farhana & Kak Rini 😂

Saparuddin, mangsa buli untuk 28 Jan 2018. Hahhahaa. Dari pagi di  kuncikan kereta , di olok, di pukul beramai-ramai. Hahaha



balik dari bukit Cinta. Biar hujan, selfie jugak bosku 😂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..