Selasa, 23 Januari 2018

210118 : Lion Hill, Tawau

Assalamualaikum 😊 Readers, hari ahad lepas 21 Januari 2018 sekali lagi kami jejakkan kaki di Lion Hill, Sungai Udin. Untuk kali yang ke 4 atau ke 5 jejak kan di sini. Sepatutnya ada 2 kali round untuk Panchang tapi sebabkan buat masa ini masih di tutup untuk orang awam, kami pun bawa diri ke Lion Hill walaupun nun jauhh di sana bukitnya πŸ˜‚

Jadi kami bergerak dengan gunakan 3 kereta tapi di pertengahan jalan salah satu kereta yang di naiki rosak di tengah jalan. Nasib baik lah Abang Hanif bawa hilux jadi bolehlah teruskan perjalanan ke Lion Hill . Kami mendaki dan sampai di Puncak lebih kurang pukul 9.20 pagi. Ada Hikers lain juga yang bersama-sama kami di puncak. Kami meneruskan perjalanan untuk ke Beirut tetapi aku & kak Ain berpatah balik kepuncak pertama di sebabkan kak Ain tidak mahu teruskan perjalanan ke sana & sedikit kemalangan berlaku bila salah seorang geng terkena parang di lutut semasa menebas semak & salah seorang lagi cramp kaki. 



bersama diel yang tercedera terkena parang πŸ˜₯

kak Ain ❤


kak Atie ❤

bersama sapar ,  si kaki selfie πŸ˜‚

bersama adik Rieyna . selama ni kenal dari Fb & Ig. Alhamdulilah berjumpa jua kita di puncak bukit.





 sanggup baring di atas batu berpanas-panas demi sekeping foto





ada kisahnyaπŸ˜‚
tengah ready ambil gambar tiba-tiba ada yang kentut πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

muka kami muka wajib jejak hospital & klinik lepas tu buat tempat tu macam rumah sendiri πŸ˜‚

kurang ahli ( Kak Farhana , Kak Rini, Kak Maya )

Semenjak kenal  dorang ni bermula dari hiking di Bukit Tisop sama-sama, kami mesti pergi hiking gelap, pulang rumah pun gelap juga. Hahaha. Dulu kalau hiking pagi  jam 1 petang kami di rumah masing-masing. Semenjak kenal diorang grup bertukar nama dari pencinta bukit jadi KKR Hikers (  Kanak kanak Ribena ) . Tak pernah stress hiking dengan geng KKR. Tapi jadi comot, muka berminyak-minyak, makan tepi jalan, bergaduh memang benda biasa. Tiap kali jumpa mesti ada yang masuk hospital. Hahaha . Ada yang kena gigit ulat bulu, ada yang kena sengat tebuan tanah sampai naik ambulans ke hospital, tiap kali jumpa mesti time busuk berpeluh-peluh. Kadang-kadang macam orang jakun bergambar-gambar di tengah bandar πŸ˜‚Alhamdulilah, macam-macam jadi tapi aku tetap gembira kenal dengan kamu semua 🌹🌹 Menceriakan hariku, terima kasih semua ❤

sampai makan di tepi jalan πŸ˜‚

bila kami kecewa buat masa ini Panchang tak di buka untuk orang awam masa ini, kami  pun tengok sunset di Matahari bosku πŸ˜‚

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..