Selasa, 23 Januari 2018

200118 : LMK, Tawau

Assalamualaikum hai reader. Apa khabar ? Minggu ni ada berita yang kurang best buat para hikers Tawau selepas berita tentang Bukit Panchang, Bukit Akar dan yang sama waktu dengannya di tutup atau pun di wartakan sebagai hutan simpan & mulai Sabtu lepas ( 20 Jan 2018 ) ia ditutup kepada orang awam dan jika ada yang mahu mendaki di sana, surat kebenaran perlu di tulis kepada pihak-pihak yang berkaitan. Sebenarnya ada plan untuk pergi ke sana pada sebelah pagi sabtu tapi di sebabkan hujan lebat kami menunda untuk pergi ke Bukit Panchang pada pukul 2 petang pada hari yang sama. Tapi dalam pukul 12 kami dapat berita yang bukit tersebut telah di tutup & di wartakan sebagai hutan simpan. Sangat sedih sebab Bukit Panchang merupakan bukit kegemaran bagi hikers Tawau. Jadi aku hanya dapat jejakkan kaki ke Bukit Panchang 13 kali dan akan merinduiii wahai Panchang. 

Di sebabkan kekecewaan, sebelah petang kak Ain ajak pergi buang peluh di Lim Man Gui / Lee Man Kui di Sin Onn Tawau. Kami bergerak dari rumah selepas asar & bersurai lebih kurang pukul 6.00 petang.





 berlima pun boleh 🌹


bersama adik-adik dari Kolej Vokasional Tawau.

terima kasih kak Zil valetkan nama di Gunung Wakid ❤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..