Khamis, 4 Januari 2018

1Jan2018 : Bukit 38 & Bukit Cinta Tawau

Assalamualaikum readers. Berjumpa lagi. Hihi. Berderet entri yang mahu di update kan. Okay lah tu kan, daripada blog berhabuk. Selepas menutup pendakian bukit 2017 secara rasmi, dan 1 Januari 2018 kami buka semula pendakian untuk tahun 2018 ! Yayyyy !! 

1 Januari 2018 hari isnin, kami masih lagi mampu melangkah & memang hajat aku untuk buka tahun 2018 di bukit. Hmm nasib baik la ada geng masuk air yang ada niat yang sama. Untuk pembukaan ni, ada dua sesi pendakian iaitu pagi di Bukit 38 & Petang si Bukit Cinta. 

Untuk Bukit 38, kami bertujuh (Halim, Sapar, Bahar, Abang Lias, Kak Artea, Kak Farhana & aku) bersama-sama menjayakan aktiviti pendakian yang mana merupakan pendakian yang di ingati & kejadian lawak/aneh. Hahahaha memang geng ni tak betul 😂 Perjalanan yang licin & penuh onak duri itu berjaya kami tawan hingga ke puncak walaupun masa di habiskan dengan aktiviti selfie. Keadaan di puncak ketika kami sampai panas terik & alhamdulilah sempat jugak selfie-selfie maklumlah ada yang jadi mangsa ulat bulu dan kami tidak dapat berlama-lama di puncak Bukit 38. Yang membuat perjalanan kami lebih extreme sebenarnya iaitu bila kami turun di tempat kami naik. Hahaha. Sebelum ini, kami turun dari connecting hill bukit Panchang yang terletak bersebelahan dengan Bukit 38 tapi kali ini kami turun di tempat yang sama kami naik. Walaupun amat bahaya, licin & berduri kami alhamdulilah kami selamat sampai di bawah, bergambar & tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya 😂

dalam perjalanan naik, terjumpa cendawan ni. Entah Spesis apa, tapu nampak comel 😂






 untuk tiap satu keping gambar ni memang habis 5 minit 1 gambar. ketawa yang lebih 😂


bersama mangsa ulat bulu 😂




 geng hiking paling happenning, gila & masuk air 😂

 Nyumm 😍

Lepas tu, kami singgah di gerai ABC untuk mengisi perut yang kelaparan siap ada hiburan lagi. Nice lah Halim & Abang Lias. Sempat menyanyi lagu gemuruh ( Awie & Amy ) lagi. memang kembar terbaik oo. Hahaha. 

Plan last minutes untuk ke Bukit Cinta pada sebelah petang pulak. Rupanya kak Ain pun tak tahan jugak di ajak banyak kali walaupun cakap mahu berehat di rumah saja. 

Bukit Cinta terletak jauh masuk ke Batu Payung, Tawau & terletak di Jalan Haji Yunus, Batu Payung. Bukit ini tidak terlalu tinggi & trail pun agak best sebab kalau hujan lebat pada hari sebelum-sebelumnya trail yang di lalui di situ ialah trail air terjun. Pakai kasut yang bersesuaian seperti adidas kampung sebab permukaan tanah yang licin & berduri.





Ini lah pembukaan tahun yang penuh gelak ketawa 😂 Alhmdulilah di kurniakan kawan-kawan yang sekepala ni memang seronok kan. Untuk 2018, di harapkan yang dulunya ada, masih lagi bersama untuk tahun ini & akan datang. Semoga di berikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, hidup dalam keluarga yang harmoni, di murahkan rezeki & sentiasa di redhai & di lindungi Allah SWT . In Sya Allah. Aamiin 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..