Rabu, 17 Januari 2018

140118 : Bukit Gelas, Tawau Sabah

Assalamualaikum hai semua. Entri kali ini adalah tentang hiking/ jungle trekking di Bukit Galas kemarin pada 14 Januari 2018. Sebenarnya ini memang plan yang langsung tak di jangka pun. Lebih kurang pukul 6.40 pagi aku terima panggilan telefon dari salah seorang hiker ( Kak Ati ) yang tiba-tiba mengajak ke Bukit Galas & ada yang sudi tumpangkan kereta. Dalam mamai-mamai aku pun setuju tapi 5 minit kemudian orang yang mahu tumpangkan kereta ( Bahar ) telefon & cakap dah sampai di tempat yang di janjikan. Hahaha aku dengan belum mandi gosok tudung terkejut bhai 😂 rasanya Kemarin lah rekod aku bersiap paling cepat. 

Selain daripada aktiviti mendaki Bukit Gelas sebenarnya ada anjuran Pink Run sejauh 14 km. Jadi selepas berlari mereka pun join jugak mendaki Bukit Gelas. Dari starting point ke Air Terjun Bukit Galas sejauh 2.5 km. Trail berlecak & berpacat tapi semalam aku terhindar dari gigitan pacat. HIHIHI. Alhamdulilah. Semua berjalan lancar & baik. Selepas dari Bukit Gelas, macam biasalah kan jumpa di meja panjang & bersurai 😂


 kakak-kanak kesayangan

 geng kanak kanak ribena



 kanak- kanak ribena 😂






Air Terjun Bukit Gelas







kami 🙆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..