Selasa, 16 Januari 2018

130118 : Bukit Panchang Tawau

Assalamualaikum semua. Hai jumpa lagi di alam blogging ni. Hujan & sejuk ni memang rasa mengantuk kannnn tapi ku gagahkan jugak untuk meng "update" entri yang tak seberapa ni. Hahaha biasalah semakin tua kan jadi mdngumpul sebanyak mana memori untuk hari tua. asikkk hahaha. 

Sebelum itu, 6 Januari pun jejakkan kaki di Bukit Panchang. Kali ini, hiking berdua la. Dengan siapa, tak payah la tahu. Hahaha. Masa di puncak, hujan turun lebat. aduhhh. Nasib baik tak demam. 


pemandangan dari Puncak Bukit Panchang. 


Jadi entri kali ini macam biasa tentang "Hiking" di Bukit Panchang sebelah petang pada 13 Januari 2018 hari sabtu lepas. Pergi berdua bersama kak Ain & mulakan pendakian pada pukul 3.26 minit petang selepas beberapa kali rehat & beri laluan azan asar kami teruskan pendakian & berjumpa dengan dua orang pendaki lagi. Kami sampai di puncak Bukit Panchang pada pukul 4.06 minit petang. Alhamdulilah berjaya menawan panchang untuk kali ke 13. Cuaca petang memang sangat cerah walaupun sebelah paginya hujan lebat. Di puncak, bilangan kami bertambah dua orang lagi yang datang kemudian. Lepas berehat dan ber swafoto ( wajib ) kami di ajak untuk turun melalui trail Bukit Lipan dan sempat jugak lah singgah di puncak bukit Lipan. Memandangkan hari sudah lewat kami pun terus kan perjalanan untuk balik tetapi untuk beberapa ketika kami tak jumpa jalan untuk turun dari lorong 10. Nasib baik lah semua tenang, lepas turun naik beberapa kali akhirnya kami jumpa jugak jalan keluar & tiba di parking kereta lebih kurang pukul 6 petang. 



 naik berdua. turun berenam





singgah sebentar di Puncak Bukit Lipan

1 ulasan:

  1. Bukit panchang skrg da open utk awam ke? sebab dengar cerita kena tutup...

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..