Isnin, 29 Januari 2018

Assalamualaikum semua. Hai berjumpa lagi kita minggu ini. Macam biasa lah, entri hari ini berkenaan dengan akitiviti hujung minggu kami di mana-mana bukit yang sudi terima kunjungan kami. Hahaha. Dan kali ini, kami di beri kesempatan untuk mendaki di Bukit Batu Hitam & Bukit Cinta. 


menuju ke lobby Bukit Batu Hitam

Kami seramai 21 orang berkumpul di hadapan Masjid Nurul Hidayah Kampung Batu Payung dan memulakan aktiviti pada pukul 7.00 pagi. Trail untuk ke Bukit Batu Hitam bermula dengan lalang yang tinggi & mengingatkan aku dengan Bukit 38 di sebabkan duri & batuan di sana. Tidak sejauh Bukit 38, tetapi trail nya boleh tahan jugak memenatkan. Mungkin sebab terlebih ketawa dari pagi ke petang kan πŸ˜‚ Perlukan guide untuk mendaki di sini. Buat masa ini, Bukit ini masih boleh di naiki kerana belum di fatwakan sebagai hutan simpan. Perhhhh, ayat-ayat fatwa sudah keluar mennnn πŸ˜‚ Ada dua laluan untuk naik, pertama memanjat batu ( yang ini semua lelaki + kak Ati, kecuali Guide yang bawa kami naik ) naik dari batu. Memandangkan kami mahu menjadi wanita Melayu yang terakhir , kami memilih trail hutan & lebih jauh sedikit untuk naik ke puncak. Tetapi di sebabkan team yang panjat batu tersalah jalan, kami lah yang awal sampai. Selepas sampai di puncak, aktiviti selfie, wefie swafoto & bergambar keluarga adalah aktiviti wajib. Untuk terus tembus dari puncak Bukit Batu Hitam ke Bukit Cinta boleh tetapi memakan masa lebih dari 3 jam dan memandangkan tiada yang membawa parang & kelengkapan untuk trekking, kami memutuskan untuk turun ke bawah semula, refill air & pergi ke Bukit Cinta. 




 
kalau malas untuk trekking, kena panjat batu ni ya guys 







 puncak Bukit Batu Hitam




Ini kali kedua aku sampai ke puncak Bukit Cinta & entah kenapa semput nya hiking di situ kemarin. Kami meminta kebenaran dengan tuan tanah & mula mendaki sekitar pukul 10 lebih. Serius memang semput, tak macam pertama kali mendaki di sana. Kami berehat sekejap di puncak, bergambar dan bergegas turun di sebabkan hujan turun dengan lebat & kami teruskan perjalanan ke masjid tempat berkumpul pagi tadi untuk solat & sempat berjemaah di sana sebelum makan tengahari. 





Di Puncak Bukit Cinta. 


KKR Hikers, bukan sekadar kawan tapi seperti adik beradik sendiri. Orang yang boleh bergurau tanpa terasa hati, yang boleh di kombo, di kacau, di pukul hahahah. Terima kasih sebab sudi terima aku jadi salah seorang kawan kamu. 

walaupun kurang ahli. 





berlima selepas di tinggalkan oleh kak Farhana & Kak Rini πŸ˜‚

Saparuddin, mangsa buli untuk 28 Jan 2018. Hahhahaa. Dari pagi di  kuncikan kereta , di olok, di pukul beramai-ramai. Hahaha



balik dari bukit Cinta. Biar hujan, selfie jugak bosku πŸ˜‚

Selasa, 23 Januari 2018

Assalamualaikum 😊 Readers, hari ahad lepas 21 Januari 2018 sekali lagi kami jejakkan kaki di Lion Hill, Sungai Udin. Untuk kali yang ke 4 atau ke 5 jejak kan di sini. Sepatutnya ada 2 kali round untuk Panchang tapi sebabkan buat masa ini masih di tutup untuk orang awam, kami pun bawa diri ke Lion Hill walaupun nun jauhh di sana bukitnya πŸ˜‚

Jadi kami bergerak dengan gunakan 3 kereta tapi di pertengahan jalan salah satu kereta yang di naiki rosak di tengah jalan. Nasib baik lah Abang Hanif bawa hilux jadi bolehlah teruskan perjalanan ke Lion Hill . Kami mendaki dan sampai di Puncak lebih kurang pukul 9.20 pagi. Ada Hikers lain juga yang bersama-sama kami di puncak. Kami meneruskan perjalanan untuk ke Beirut tetapi aku & kak Ain berpatah balik kepuncak pertama di sebabkan kak Ain tidak mahu teruskan perjalanan ke sana & sedikit kemalangan berlaku bila salah seorang geng terkena parang di lutut semasa menebas semak & salah seorang lagi cramp kaki. 



bersama diel yang tercedera terkena parang πŸ˜₯

kak Ain ❤


kak Atie ❤

bersama sapar ,  si kaki selfie πŸ˜‚

bersama adik Rieyna . selama ni kenal dari Fb & Ig. Alhamdulilah berjumpa jua kita di puncak bukit.





 sanggup baring di atas batu berpanas-panas demi sekeping foto





ada kisahnyaπŸ˜‚
tengah ready ambil gambar tiba-tiba ada yang kentut πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

muka kami muka wajib jejak hospital & klinik lepas tu buat tempat tu macam rumah sendiri πŸ˜‚

kurang ahli ( Kak Farhana , Kak Rini, Kak Maya )

Semenjak kenal  dorang ni bermula dari hiking di Bukit Tisop sama-sama, kami mesti pergi hiking gelap, pulang rumah pun gelap juga. Hahaha. Dulu kalau hiking pagi  jam 1 petang kami di rumah masing-masing. Semenjak kenal diorang grup bertukar nama dari pencinta bukit jadi KKR Hikers (  Kanak kanak Ribena ) . Tak pernah stress hiking dengan geng KKR. Tapi jadi comot, muka berminyak-minyak, makan tepi jalan, bergaduh memang benda biasa. Tiap kali jumpa mesti ada yang masuk hospital. Hahaha . Ada yang kena gigit ulat bulu, ada yang kena sengat tebuan tanah sampai naik ambulans ke hospital, tiap kali jumpa mesti time busuk berpeluh-peluh. Kadang-kadang macam orang jakun bergambar-gambar di tengah bandar πŸ˜‚Alhamdulilah, macam-macam jadi tapi aku tetap gembira kenal dengan kamu semua 🌹🌹 Menceriakan hariku, terima kasih semua ❤

sampai makan di tepi jalan πŸ˜‚

bila kami kecewa buat masa ini Panchang tak di buka untuk orang awam masa ini, kami  pun tengok sunset di Matahari bosku πŸ˜‚