Khamis, 7 Disember 2017

061217 : Bukit Panchang Tinagat, Tawau

Assalamualaikum. Hai semua, hari sisturrr mahu berkongsi cerita kami di Bukit Panchang. Semalam, 6 desember 2017, kami sekali lagi jejakkan kaki di Bukit Panchang pada sebelah petang ( untuk info berkenaan Bukit Panchang, boleh rujuk di Entri sebelum sebelum sebelum sebelummmmm ini )

Lebih kurang pukul 3.30 petang kami ( Unni, Kak Muna & aku ) menaiki bas ke Batu 6, dan turun di Simpang Kausing. Memandangkan tiada kenderaan, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki lebih kurang 1 km untuk sampai ke Lorong No 10. Kami mulakan pendakian pada pukul 4.40 petang & tiba di puncak pada pukul 5.22 petang. Alhamdulilah, walaupun semput jugak naik bukit petang-petang 😂


Kami di temani juga oleh abang-abang ( 5 orang ) tapi yang seorang lagi tak mampu untuk naik ke puncak. Sampai di atas, macam biasa lah kaannnnnnn. Ambil gambar pemandangan & matahari terbenam sambil mengunyah jajan & makanan yang di bawa. Alhamdulilah, kali ini kali ke 10 dapat naik Ke Bukit Panchang. Masih di berikan peluang & ruang 😊

berjalan kaki ke Lobby Bukit Panchang dari simpang Kau Sing ke Lorong no 10

hampir tiba di puncak 😍








SUBAHANALLAH . Indah ciptaan Tuhan 

Kami turun dari Bukit Panchang, tepat azan maghrib .Turun dalam keadaan gelap & seorang pun tiada bawa headlamp. Orang cakap, tiada beban batu digalas. Hahaha. Tiada penyakit, cari penyakit. Dalam perjalanan turun kami cuma berharap pada lampu ( torchlight handphone ) agak sukar juga kerana keadaan agak curam & licin. Salah satu abang yang bawa kami terjatuh lebih dari 2 kali terhentak di kepala & belakang. Kami berhenti rehat beberapa kali untuk berikan laluan & rehat untuk dia. Sudah di hantar ke hospital & alhmdulilah tiada ada yang buruk berlaku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..