Rabu, 6 Disember 2017

031217 : Bukit Tisop, Kunak Sabah

Assalamualaikum readers. Malam ni ada dua entri yang mahu & telah di update selepas beberapa hari bertangguh selepas aktiviti di Gunung Silam, Lahad Datu & Bukit Tisop, Kunak. Jadi, entri yang kedua ini sudah tentulah berkenaan tentang pendakian kami di Bukit Tisop Kunak pada hari ahad lepas pada 3 Disember 2017. Kali ini di gabungkan hikers daripada Tawau, Lahad Datu & Kunak anjuran Kunak NT advanture.



Kami, dari Tawau berkumpul di hadapan bangunan Mara sebelum pukul 6.00 pagi & atas beberapa faktor cuaca & kelewatan ahli yang sepatutnya sampai sebelum pukul 6.00 pagi kami terpaksa mulakan perjalanan ke Kunak sekitar pukul 7.00 pagi. Sesampainya di sana, kami masuk ke pekan Kunak & singgah di Rumah Rehat Kunak & bersarapan di sana. Selepas itu, kami bertolak ke Bukit Tisop Madai. Selepas briefing & bacaan doa kami mulakan pendakian sekitar pukul 10 pagi dengan cuaca mendung & gerimis.

Sedikit info mengenai Bukit Tisop, terletak di Madai Kunak iaitu 13 km daripada pekan Kunak & terletak bersebelahan dengan Gua Madai di mana ia sebahagian daripada kawasan bukit batu kapur yang terletak di dalam Hutan Simpan Baturong. Bukit ataupun gua ini merupakan tanah persendirian yang di kendalikan oleh kaum Ida'an yang di gelar sebagai "pewaris". Perlu maklumkan kepada pewaris ataupun jabatan perhutanan / jabatan yang terlibat jika ingin mebuat lawatan ataupun pendakian. Untuk mendaki di sini, perlukan menggunakan kekuatan tangan & kaki kerana bukit agak curam & jurang di kiri kanan trail. Kita akan melalui perkampungan kecil & melintasi sungai kecil untuk mulakan pendakian di Bukit Tisop. 

Selain itu di sepanjang trail menuju ke Puncak Bukit Tisop terdapat banyak batuan tajam & longgar. Jadi perlu fokus & bersedia mental & fizikal jika ingin mendaki bukit ini. Trail menuju ke puncak sangat mencabar namun di sajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Terdapat beberapa tempat yang sangat sesuai & cantik untuk mengambil gambar tapi keselamatan perlu di utamakan. Pengalaman menarik tetapi kerana jumlah peserta terlalu ramai jadi masa untuk bergambar & kualiti gambar pun agak kurengggg jugak la. In sya Allah, boleh "repeat" mendaki Tisop lagi di lain masa. 






 trail Bukit Tisop 




puncak . yayyy ! 


pemandangan dari puncak Bukit Tisop

Sedikit Tips untuk mendaki Puncak Madai ialah :
- Gunakan kasut yang sesuai ( adidas kampung ) 
- Bawa & gunakan glove 
- Bawa bekalan air secukupnya
- Pastikan fokus & bersedia mental & fizikal 
- Minta kebenaran sebelum mendaki / melawat pada pewaris & jabatan yang berkaitan
- Jangan menceroboh kawasan gua & Bukit

Selepas kami turun dari Bukit Tisop, kami bergerak menuju ke Pusat Rekreasi Madai yang mana terletaknya Air Terjun Madai. Kami singgah untuk mandi-manda, tapi  aku  macam biasalah tersangat lah malas untuk bawa baju spare dari rumah 😂





 bersama Halim & Sapar yang girang dan riang pantang nampak camera

  
harga bayaran untuk masuk ke dalam Pusat Rekreasi Madai

1 ulasan:

  1. Hai sis, walking here. Nice experience. Btw, I'm Hani from Kunak. May I know how to go there and the distance of Bukit Tisop ? Saya orang Kunak, tapi tak tahu pula ada bukit ni dan boleh hiking. :)

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..