Selasa, 5 Disember 2017

021217 : Gunung Silam, Lahad Datu Malaysia




Assalamualaikum. 2 Disember 2017, hari sabtu lepas kami berempat ( Abang Lan, Kak Zil, Kak Fit & aku ) pergi ke Lahad Datu untuk mendaki Gunung Silam. Perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu memakan masa lebih kurang 3 jam. Kami bergerak dari Tawau pada pukul 5.30 pagi. Sebelum tiba di puncak, antara tarikan di situ adalah Menara Kayangan ( Tower of Heaven ) setinggi 33 meter. Menara ini mengadap ke arah Teluk Darrel yang membentang pemandangan laut yang luas. Untuk sampai ke Menara kayangan daripada Lobby / parking Lot sejauh 9.7 km & bayaran masuk di kenakan RM 3 seorang bagi dewasa & warganegara Malaysia yang berjalan / mendaki naik hingga ke Menara Kayangan & RM 5seorang jika memandu kenderaan hingga ke Menara Kayangan. 

Untuk sampai ke Menara boleh memilih dua pilihan samada menaiki kereta ataupun berjalan kaki sejauh 9.7 km. Dan memandangkan kami mahu menjadi hikers (hahahahaha) kami memilih untuk "mendaki" sejauh 9.7 km untuk sampai ke Menara Kayangan, 33 meter Menara Kayangan & 2.5 km Gunung Silam. Longgar jugak la lutut, sebab keesokan harinya Kami ke Bukit Tisop di Kunak pula.
Kami di sambut & di bawa oleh 10 orang Hikers dari Lahad Datu yang sangat sporting. 

Berbalik kepada Gunung Silam, gunung ini merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Kg Lama di daerah Lahad Datu setinggi 883 meter dari paras laut dan merupakan gunung ke 3 tertinggi di Lahad Datu. Gunung Silam di kelaskan sebagai Gunung Persisiran Ultramafik iaitu tanah pada persekitaran ultramafik berwarna perang kemerahan dan terbentul hasil batu asas ( ultrabasic rock ) . Tanahnya mengandungi ketumpatan logam berat seperti magnesium, besi, nikel, khrominium & kobalt tetapi kekurangan zat tumbuhan seperti nitrogen, fosforus & potassium.

Substrat ultramafik adalah beracun pada tumbuhan & dengan itu tumbuhan yang terdapat di Gunung Silam berbeza dengan tumbuhan di tempat lain. Hal ini menjadikan kawasan hutan Gunung Silam amat istimewa. Terdapat 374 spesies bunga/pokok pada 4 jenis hutan pada ketinggian berbeza di Gunung Silam iaitu :

200 m - 300 m : Hutan Ultramafik tanah rendah 
330 m - 540 m : Hutan Ultramafik tanah tinggi 
540 m - 770 m : Hutan montane rendah
770 m ++ : Hutan ultramafik montane tinggi ( berlumut ) 

Hutan berlumut biasanya hanya terdapat pada ketinggian 2000 m - 2700 m di atas paras laut, tetapi Gunung Silam mempunyai hutan berlumut hanya pada ketinggian 770 meter. Ini disebabkan Gunung Silam mengalami kesan fenomena semulajadi di mana zon tumbuhan berbeza "termampat" pada gunung kecil dan terasing. 
Terdapat dua laluan untuk mendaki iaitu trail hutan & trail bersimen ataupun lebih di kenali sebagai denai kalung-kalungan ( anggaran 2.5 km ) & denai kayangan ( anggaran 1.5 km )

Perhhhh sungguh infomatiffff & fakta segala sebutan kimia terkeluar ni . Hahaha. Okay, ini bersumber daripada abang google kita & papan tanda sekitar Gunung Silam. 

Kami di sambut dengan hujan gerimis & kabus tebal . Alhamdulilah cuaca & pemandangan sangat cantik & di temani dengan kawan-kawan baru & sekepala . 


 sis nampak kurus & tinggi dalam gambar ni

RM 3 bagi yang berjalan / mendaki  naik sejauh 9.7 km 

bacaan doa dari abang Man Tera

aktiviti wajib ! gambar keluarga 😍


trail jalan raya menuju ke Menara Kayangan. Betul-betul macam menuju kayangan ni 😂

Lokasi di Restoran kayangan. 
Layan segelas teh o panas. Mantap 😍


Menara kayangan, 33 meter 

pemandangan berkabus 






trail 2.5 km menuju ke puncak Gunung Silam





yayy ! dah sampai puncak 😊



alhamdulilah berjaya ! 
Puncak Gunung Silam 883 mdpl







 kasi peluang jadi kanak kanak riang sebentar ya !








selamat tiba di bawah 😊

Selepas itu, kami berkesempatan untuk pergi ke SCCA yang merupakan sebuah pantai & tapak perkhemahan. Selain itu, aktiviti lain seperti mandi laut, berkayak dll . Unni & Kak Zil saja yang cuba kayak, aku  dah malas sebab tak bawa baju spare 😑 Cuma satu tempat yang kami tak sempat pergi iaitu Tomunung Hallu sebab kekangan masa 😢 In sya Allah ada masa repeat lagi lah. kempunan untuk ke sana 😥

jadi jurukamera pun cukup lah 😂




sekian , wabillahitaufikwalhidayah
asalamualaikum warahmatulahiwabarakatu 😊

5 ulasan:

  1. Pernah ke sini dahulu..;agi menarik dibaik pulih peningakatan saya nampak dalam gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya. Banyak penambahbaikan di sana. Tempat yang menarik & teringin untuk repeat lagi .

      Padam
  2. Gaya penulisan yang ringkas dan mudah difahami terbaik.....

    BalasPadam
  3. sis bawa saya kesini please.. teringin nak dtg sini...

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..