Rabu, 8 November 2017

5NOV2017 : Bukit Akar, Tawau


Asalamualaikum readers. Apa khabar semua ? Sebenarnya sekarang ni mata hampir tertutup, ngantuk sangat. Tapi sebabkan aku entri yang mahu di update, terpaksalah menahan mata & memaksa jari jemari berkerja malam ni. 

Entri kali ni sebenarnya mahu ceritakan pasal Hiking di Bukit Akar, Batu 6 Tawau pada 5 November 2017. Sebenarnya, hiking kali ni hanya untuk menemani Kak Unni & Kak Mila untuk "training hiking" sebab diorang akan pergi ke Gunung Trusmadi sabtu ini. Aku, tak kesampaian untuk pergi sebabkan kekurangan bajet. Sedihnyaaaa 😢

Jadi aku & kak Artea cuma jadi tukang sorak lah. Apa pun buat Kak Unni & Kak Mila, semoga perjalanan pergi & balik dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya. You can do it ! Fighting !! 
Untuk makluman, kak Mila & Unni masing-masing membawa beban 10 kg & 7 kg. Syabas kakak berdua. 



Muslimah Hikers Tawau




puncak Bukit Akar



Antara trail yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak bukit.

Baru beli. Harap lah sesuai untuk membukit nanti.

1 ulasan:

  1. Salam sis, ada contact guide untuk naik ke sini? Atau sis boleh jadi guide?

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..