Isnin, 27 November 2017

Assalamualaikum hai semua. 
26 November 2017, semalam itu semalam kami, team Muslimah Hikers Tawau meneruskan misi 1 month 1 hill dan untuk bulan november kami mendaki bukit 38 yang terletak di Batu 6 Jalan Apas. Untuk sampai kesana, perlu masuk daripada simpang Kau Sing & Jalan terus hingga jumpa papan tanda lapang sasar & masuk / parking di Lorong 32. 

Misi kali ini disertai hanya 6 orang ( Unni, Kak Liya, Kak Atie, Kak Ain, Kak Senna & aku ) daripada muslimah Hikers kerana kekangan masa & kelewatan ahli-ahli lain. Guide kami, Abang Pian & the geng ( Kak Ekin, Dr Kay, Abang Aziz, Ustaz, Kak Intan ). Kami mulakan perjalanan sekitar pukul 6.45 pagi & mulakan pendakian di Bukit 38, salah satu bukit yang sangat mencabar di daerah Tawau kerana duri, jarak & kurang tempat berpaut dan licin (sebab malam hujan). 

Alhamdulilah, kami semua berjaya sampai di puncak & sesi fotografi & makan-makan di puncak bukit. Lebih kurang 20 minit di puncak, kami bergerak menuju ke Bukit Panchang. Oh ya, untuk makluman, Bukit 38 tidak sesuai untuk turun melalui trail naik, lebih baik & selamat untuk turun dari trail puncak Bukit Panchang atas faktor keselamatan. Alang-alang dah sampai di Bukit Panchang, dan cuma perlu mendaki sedikit sahaja, kami pun mendaki & berehat seketika di Puncak Bukit Panchang.

6.15 pagi 


Antara trail yang licin di Bukit 38. 
Lepas daripada ni, dah taubat taj mahu pegang henfon lagi. Safety first ya guys !


kawasan ini agak luas & biasanya tempat untuk berehat & selfie 😂
Kawasan ini kira-kira 3/4 sampai ke puncak


 Puncak Bukit 38 untuk kali yang ke 3 yayy !


 Kak Liya, Kak Senna & Kak Atie


 Done Bukit 38 !



Dan ini puncak Bukit Panchang untuk kali yang ke 9 😍

Tips untuk ke Bukit 38 :
- Masuk simpang Kau Sing, jalan terus & cari papan tanda lapang sasar & lorong 32 
- Gunakan pakaian yang sesuai terutamanya kasut ( pakai adidas kampung / samson ) lagi bagus. 
-  Bawa glove / sarung tangan sebab banyak duri & kurang tempat berpaut
- Sentiasa utamakan keselamatan & pastikan ada guide yang biasa naik di Bukit 38 untuk elakkan sesat jalan
- Jagalah kebersihan alam sekitar
- Jangan buang sampah di merata tempat, kerana kita manusia bertamadun bukan " sampah masyarakat" 
Assalamualaikum semua.
25 November 2017 iaitu hari ahad lalu, kami diberi peluang untuk sampai ke Batu Bersusun Balung Cocos, Tawau.

Sedikit info tentang Sungai Batu Bersusun ataupun Basalt Rock terletak lebih kurang 22 km daripada bandar Tawau &di tepi sungai ini terdapat susunan batu yang tersusun secara semulajadi dan di anggarkan telah berusia 27 ribu tahun dahulu. Batu-batu bongkah di situ berbentuk segi 5/segi 6 terlihat seperti di susun oleh manusia sebaliknya pembentukannya adalah semulajadi disebabkan aliran magma selepas letusan gunung berapi yang mempunyai ketinggian 1,182 meter dari paras laut terletak 24 km di utara daerah Tawau. Sumber maklumat daripada Tuan tanah & google
( www.urangsabah.com )

Okay, Sebenarnya beberapa kali sudah merancang untuk ke Batu Bersusun tapi faktor cuaca tidak mengizinkan. Kalau hujan terlalu lebat, sungai akan banjir & air akan berubah warna keruh & kecoklatan. Alhamdulilah, kami dapat jejakkan kaki ke sini walaupun agak kuatir juga sebab hujan gerimis menyambut kami pagi itu. 

Kami berkumpul di hadapan MC'D Tawau & bergerak ke Batu Bersusun lebih kurang pukul 8.00 pagi. Sampai di Batu Bersusun, kami di sambut oleh tuan tanah, Abang Arif dan kami sangat-sangat teruja melihat warna air yang jernih & cuaca yang tidak terlalu panas pagi itu. 

Dah buat keputusan tidak mahu mandi, tapi tewas juga bila baju berlumpur & badan berpeluh-peluh. Alang-alang biar basah kan. Walaupun aku dah belajar berenang, tapi masih lagi tak yakin dengan air. Macam fobia air pun ya jugak. Nasib baik lah di sediakan alat keselamatan seperti pelampung, tali & guard berpengalaman. Setelah puas mandi & bergambar kami bergerak balik sekitar pukul 12.00 tengahari. 

Tips untuk ke Batu Bersusun :
- Bawa pakaian yang sesuai & lebih.
- Maklumkan kepada Tuan tanah & bayaran di kenakan sebanyak RM 2/ seorang
- Untuk sampai ke Sini, perlu masuk ke simpang jalan Balung Cocos & lalui kawasan kampung & perumahan. 
- Perlu "alert" pada signboard sebesar kertas A4 yang berada di kiri jalan & masuk lorong kecil sehingga jumpa rumah & papan tanda Batu Bersusun. 
- Jaga kebersihan 
- Utamakan keselamatan

Subahanallah. Indahnya alam 😊






Alert pada papan tanda kecil ini bila dah masuk simpang Balung Cocos. Anda akan lalui jalan kecil yang mana di kiri dan kanan terdapat rumah & pokok-pokok sawit. Jalan terus hingga jumpa papan tanda kayu. 


ini jalan masuk menuju ke Batu Bersusun




 bersama Kak Mila



 akhirnya tewas jua 😂




terlalu banyak & kelakar kisahnya 😂
Tengok gambar ni, terkenang macam-macam terjadi.
Bahagian tepi , arus terlalu deras sampaikan tangan lenguh pegang tali & kesukaran untuk naik ke bahagian atas batu tu. 
P/s : kak Mila, kisah lawak "kaki tergantung" akan di ingati sampai bila-bila 😂

 akhirnya berjayaaaa !

 10 orang sajaaa tapi seronok & satu kepala walaupun ada beberapa orang yang baru pertama kali jumpa. 

we have sooo much fun.
Ini antara tempat yang paling best & enjoy dengan keadaan air jernih & cuaca yang baik . Alhamdulilah 😊

Ahad, 26 November 2017

Assalamualaikum semua. Sebenarnya entri ni entri yang tertangguh sejak 19 November 2017. Hahahaha. Bila mahu update entri mesti tertidur 😂
Sekarang ni pun tengah mengantuk tapi di paksa jua mata sambil mulut mengunyah keropok twisties berperisa cheeky cheddar cheese.

19 November 2017 yang lepas sebenarnya aku tersangat lah kecewa sebab tak dapat mendaki Bukit Cinta ( terletak di kawasan Batu Payung ) di sebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Jadi untuk ubati kekecewaan itu, kami pun bergerak pada sebelah petang untuk mendaki Bukit Akar. Itu pun di sebabkan permintaan daripada kawan kak Atie.

Tepat 2 petang, kami (Kak Mila, Kak Atie & adiknya, Kak Ain, kawan kak Atie & aku ) berjumpa di kawasan parking & mula berjalan masuk ke Lobby Akar. Aku dah beberapa kali ke Bukit Akar tapi untuk cari "pintu masuk" ke Bukit Akar memang agak "failed" lah sebab perlu lalu laluan sawit yang luas. Alhamdulilah selepas berpusing mencari, di permudahkan jua untuk naik ke Bukit Akar.

Kami sampai di puncak bukit Akar lebih kurang pukul 3.25 petang . Berehat seketika & ambil gambar. Kami turun sekitar pukul 3.50 petang di sebabkan kami tiada guide, bawa diri kannn . Takut keadaan terlalu gelap & sukar untuk cari jalan keluar. Alhamdulilah sekitar pukul 5 petang kami sampai di Lobby. Alhamdulilah untuk kali yang ke 4 berjaya menawan Bukit Akar

Ni pemandangan kampung saya.


 berenam saja
 pemandangan petang di Bukit Akar

 

Rabu, 15 November 2017

Asalamualaikum semua. Hai, apa khabar readers ? 😊

Malam terasa mahu update entri pasal hiking atau pun lebih kepada jungle trekking lah di Bukit Galas ahad lepas.
12 November 2017, ahad sekali lagi jejakkan kaki ke Taman Bukit Tawau untuk pergi ke Bukit Gelas (Air Terjun Bukit Gelas) & Pokok tropika tertinggi si dunia. Kali ini pergi tanpa Unni & Kak Mila sebab diorang berdua menawan Gunung kedua tertinggi di Malaysia. Dah merancang untuk pergi bersama tapi kekurangan bajet jadi terpaksalah menarik diri.

Join group Abang Azlan, kami mulakan semuanya dengan briefing, doa & streching. Selepas itu kami mulakan perjalanan ke Pokok Tropika Tertinggi di Dunia sambil berkejaran dengan pacat. Hahaha. Selepas mengambil gambar kami teruskan perjalanan sejauh 2.5 km untuk sampai ke Air Terjun Bukit Gelas. Memandangkan malam sebelumnya hujan, makin aktif jugak lah pacat 😂


bersama Kak Artea & Kak Ain






pacat everywhere

trail ke Bukit Gelas

comot. 
nasib baik pakai adidas kampung 😂


Air Terjun Bukit Gelas.
Gambar agak kabur sebab tempias dari air terjun.

Sebabkan hujan mula turun selepas kami bergambar & rehat di Bukit Galas , kami pun berpecah & bersurai lebih kurang pukul 11.30 pagi. 

Tidak di lupakan juga, ucapan Tahniah kepada geng yang mendaki Trusmadi terutamanya Unni & Kak Mila. Dan terima kasih sebab sampaikan nama aku di sana.