Isnin, 23 Oktober 2017

22102017 : Masih Melawan

Assalamualaikum readers .
Hari ini mahu "story" pasal hujung minggu kami yang produktif sangat . Hahaha.
Kemarin, 23 Oktober 2017 geng #UnniMilaMira iaitu Kak Fit, Kak Mila & aku sendiri buat planning last minutes untuk mendaki pagi di Bukit Panchang. "Craving Hiking" katanya. Jadi subuh baru deal dengan pak cik driver untuk bawa kami ke Lobby Bukit Panchang.

Kami mulakan pendakian daripada Lobby bermula pukul 6.24 pagi. Memandangkan kami cuma bertiga dan tahu dengan pace masing-masing, kami tiba di puncak Bukit Panchang pukul 7.08 am. Alhamdulilah. Mencipta rekod baru. Memandangkan hujung minggu, jadi ramailah orang masa tu. Kami cuma duduk santai & mengambil gambar kenangan. Lebih kurang pukul 7.35 pagi kami turun dari bukit dan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke bawah. Kami ikut laluan lain ( tempat aku sesat di Simpang Batu Payung ) untuk keluar & mengambil bas untuk balik e rumah. 


sarapan pagi 😊

naik bertiga, jumpa pulak kak Atie 🌹


Sampai di rumah pada pukul 10 pagi, kami terus mandi & seterika pakaian dan siap pada pukul 10.30 pagi. Laju kan 😂 Kami menghadiri usrah yang di anjurkan di Masjid Al- Khauthar, Tawau. Alhamdulilah, di pilih jadi tamu Allah untuk perkongsian ilmu kali ini. Lebih kurang sejam kami bersurai, makan & pulang ke rumah masing-masing. 
Kak Mila 🌹

Geng Muslimah Hikers Tawau


Alhamdulilah 😊


Petang pula, kami diajak oleh Kak Ain untuk mendaki Bukit LMK ( Lee Man Kui / Lim Man Gui ) yang terletak di Sin Onn Tawau. Dua kali jugak la sesat jalan. Hahaha. Sebenarnya kawasan ini berdekatan dengan kuari dan trail nya rendah dan tidak sukar tapi memandangkan kami suka penat kan jadi kami ikut trail yang jauh untuk memuaskan hati. Hahaha. Terasa macam di "blender" jugak lah lemak dalam badan. 





Alhamdulilah, di berikan kesihatan untuk jalankan aktiviti bersama-sama mereka. Semoga ikatan ukhwah yang di bina hingga ke akhirnya.


#UnniMilaMira
 Pagi , 22 Oktober 2017 
Bukit Panchang Tawau

Tengahari, 22 Oktober 2017
Masjid Al-Khauthar, Tawau

Petang, 22 Oktober 2017
Bukit Lee Man Kui, Tawau


2 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..