Isnin, 9 Oktober 2017

08102017 : Bukit Akar, Tawau

Asalamualaikum semua. Apa khabar ? Semalam 8 Oktober 2017, sekali lagi dapat peluang untuk mendaki Bukit Akar. Ini kali ke 3 "mengakar". Lebih daripada 40 orang yang join.

Kami mulakan pendakian pada pukul 7 pagi dan sampai sekitar pukul 8 pagi. Sampai di puncak, kami mengagihkan makanan & sarapan pagi di puncak bukit. Lepas dah bakar lemak, memang tambah kalori lagi kan. Mee goreng, buras, ayam masak likuk , siap ada yang bawak mcd lagi ya Allah 😂 
kasut bundle jer 😂

walaupun lokasi bergambar kurang sesuai. 
hahaa asal boleh lah kan 😊







puncak yay !



kak Fit ( unni anje )
berkongsi minat yang sama.
blogging. hiking. 

kak Ain. 
Bersebelahan blok rupanya. Jumpa kerana hobi 😊

bersama Abang Nahar

bersama Adam


bersama kak Ita

Guide untuk hari ini.
Cikgu Azlan






demi bergambar, masing-masing sanggup berjemur 😂

Lepas bakar lemak, kita tambah lemak lagi 😊

Kali ini, kami ikut trail yang sama ( trail naik) untuk turun bukit sebab ada yang hilang kunci kereta semasa mendaki. Alhamdulilah, jumpa jugak kunci kereta tu. Dalam kegembiraan mengeyangkan perut tu, paling penting BAWA TURUN SAMPAHMU. JANGAN PERANGAI MACAM SAMPAH . Ayat ni aku pinjam dari abang-abang yang selalu guide kami. Hahaa. Sila jaga kebersihan ya ! 

Sebelum ni, ikut trail sungai untuk turun tapi kali ni pakai trail naik untul turun bukit.

Lagi satu, marilah kita sama-sama doakan kesembuhan buat abang Rozaini Badar Hayani ( Abang Masnina ) atas penyakit yang di hidap kerosakan buah kedua belah buah pinggang & Abang Guide Hiking kami , Anchuk ( tak tahu nama sebenar ) yang hidap malaria. Semoga kuat & cepat sembuh ya ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..