Ahad, 29 Oktober 2017

28OKTOBER2017 : 2 Hill in 1 go

Assalamualaikum. Apa khabar ?

Hari ini, aku mahu cerita sikit pasal program Hiking kemarin di 3 Bukit iaitu bermula di Bukit 38, Bukit Panchang & Bukit Lipan. Sebenarnya tak pergi pun ke Bukit Lipan sebab kemalasan 😂

Pukul 6.30 pagi kami ( aku & kak Mila ) di jemput oleh Abang Lan merangkap guide & sweeper. Hahaha. Kami berkumpul di Simpang Kausing Lorong 10 & bergerak menaiki kereta menuju ke Lobby Bukit 38. Sesi taklimat, bacaan doa & kira peserta (40 orang), kami pun memulakan pendakian. Seperti biasa, trail Bukit 38 antara trail yang sangat mencabar mental & fizikal di sebabkan pokok berduri, trail licin (tambah lagi malam sebelum hiking hujan lebat) & agak jauh. Maklumat dari seorang otai hikers ( Kak Ekin) Bukit 38 lebih tinggi daripada Bukit Panchang. Kami antara peserta terawal tiba di puncak Bukit 38 & ambil kesempatan untuk bergambar sebelum ada penampakan 😂
40 orang 😍

bacaan doa. 

tertidur pulak 😂

Kak Mila 😍


bersama rakan baru. 
Kak Muna & Kak Rini

puncak 😍

behind the scene 😅

bersama Abang Lan 

pertama kali buat cheesekut.
sampai jugak puncak Bukit 38.
Lulus sudah cheesekut 😂
approved by them. Ada yang request lagi. 
Hahaha

Selepas itu, kami menuju ke Bukit Panchang yang mana terletak bersebelahan dengan Bukit 38. Memandangkan hujung minggu, ramai anak muda & para hikers berada di puncak ketika kami sampai. Selepas mengambil gambar, ahli lain turun untuk teruskan perjalanan ke Bukit Lipan, manakala aku & kak Mila turun bukit melalui trail Bukit Panchang untuk turun ke Lobby & menunggu peserta lain turun dari Bukit Lipan. 


puncak Bukit Panchang 😍

Okay, setakat ini dulu lah cerita. Hahaha. Kehabisan idea mahu tulis apa dah ni . In sya Allah, minggu depan update lagi 😘

1 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..