Ahad, 1 Oktober 2017

1 Month 1 Hill : Bukit Panchang & Bukit Lipan Tawau

Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Semoga hari anda baik-baik saja & sentiasa hidup di dalam lindungan Allah SWT. Selamat datang Oktober 😊

Hari ni entri macam biasalah, cerita pasal Hiking untuk Misi kak Fitri ( Unni Anje ) untuk team Muslimah Hikers Tawau iaitu 1 month 1 Hill. Kiranya ni kali kedua join untuk misi 1 month 1 hill ni. Sebenarnya Untuk pendakian ini di buat pada 30 september 2017 & 1 Oktober 2017. 30 september Hiking & Camping Bukit Panchang dan 1 oktober pula mendaki Bukit Batu Lipan ataupun lebih di kenali dengan nama bukit Lipan. Bukit Lipan di juga terletak di Batu 6 Jalan Apas dan bersebelahan dengan Bukit Panchang, Tawau. Kira macam "connecting hill" jugak lah hehee. Bukit Panchang berketinggian 1800 m, manakala Bukit Lipan lebih rendah daripada Bukit Panchang. Ketinggian tak tahu lah 😂 Perlukan orang yang berpengalaman untuk pergi ke Bukit Lipan sebab trailnya agak mengelirukan sedikit.

Okay, mulakan cerita. Semalam, lebih kurang pukul 9.15 malam kami berkumpul & sampai di Lorong 10, Simpang Kau Sing untuk memulakan pendakian Ke Bukit Panchang. Selepas taklimat, doa & agihan barang seperti bahan makanan, khemah dan lain-lain untuk di bawa ke atas kami mulakan perjalanan naik pada pukul 9.30 malam. Keadaan gelap & nasib baiklah cuaca baik beberapa hari ni jadi trail tak licin. 9 orang peserta dari Muslimah Hikers dan beberapa orang guide lelaki ( Azle, Maman, Anchuk, Sabri ) dan di sertai sedikit lewat oleh geng-geng HICAM Tawau. Di sebebkan beberapa orang yang pertama kali naik di tambah lagi dengan sekeliling gelap & barang yang berat untuk perkhemahan, perjalanan naik biasanya sejam mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk sampai ke tapak perkhemahan. 

Doa & taklimat di Lobby Panchang


Kami tiba di tapak pekhemahan lebih kurang pukul 10.46 malam. Selepas memasang khemah & kumpul bahan makanan, mengemas barang & beg ( sebenarnya bukan kami pun yang buat, terima kasih abang-abang semua ) kami mengambil kesempatan untuk melihat "view" malam di puncak Bukit Panchang.

Sesi membina khemah


Night view Bukit Panchang

Bila pakai tudung hitam , nampak tangan sahaja kesian 😂
  



Selesai sesi bergambar ( wajib ), kami turun & abang-abang dah siap buatkan teh panas, bakarkan ayam. Memang goyang kaki betul lah aku ni 😑 Semalaman memang tak tidur di sebabkan kekurangan khemah & layan lah kannnn camping. Hahaha Layan konsert abang-abang guide dari tengah malam sampai dekat masuk subuh. Haha. 
Teh O panas 


Abang Nahar tukang bakar.
Pelawak & penyanyi sepenuh jiwa
"Fikiran ku tak dapat ku mengerti kaki di kepala kepala di kaki. Hahaha






Geng karok sampai pagi


Selesai solat subuh kami pergi ke Puncak bukit sekali lagi untuk melihat sunrise. Subahanallah. Alhamdulilah. Diberikan lagi keizinan Allah untuk melihat pemandagan pagi yang indah. 



Sunrise & morning view Bukit Panchang


Selepas itu, kami bersarapan, mengemas tapak perkhemahan & memulakan misi 1 month 1 hill untuk bulan oktober di Bukit Lipan. Perjalanan tidak terlalu jauh tetapi trail menuju ke Bukit Lipan licin & sedikit sukar tetapi alhamdulilah kami selamat tiba di puncak Bukit Lipan. Seleps itu kami pun pulang ke rumah masing-masing sekitar pukul 9 pagi. In sya Allah panjang umur kita jumpa lagi 😊
view Bukit Lipan



Bersama Munni. Kawan baru

Kak Hana & Munni

Alhamdulilah Bukit Lipan sudah di tawan

2 ulasan:

  1. menarik .... aktiviti mcm ni best juga kalau dapat buat bersama keluarga n rakan2...

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..