Ahad, 29 Oktober 2017

Assalamualaikum. Apa khabar ?

Hari ini, aku mahu cerita sikit pasal program Hiking kemarin di 3 Bukit iaitu bermula di Bukit 38, Bukit Panchang & Bukit Lipan. Sebenarnya tak pergi pun ke Bukit Lipan sebab kemalasan 😂

Pukul 6.30 pagi kami ( aku & kak Mila ) di jemput oleh Abang Lan merangkap guide & sweeper. Hahaha. Kami berkumpul di Simpang Kausing Lorong 10 & bergerak menaiki kereta menuju ke Lobby Bukit 38. Sesi taklimat, bacaan doa & kira peserta (40 orang), kami pun memulakan pendakian. Seperti biasa, trail Bukit 38 antara trail yang sangat mencabar mental & fizikal di sebabkan pokok berduri, trail licin (tambah lagi malam sebelum hiking hujan lebat) & agak jauh. Maklumat dari seorang otai hikers ( Kak Ekin) Bukit 38 lebih tinggi daripada Bukit Panchang. Kami antara peserta terawal tiba di puncak Bukit 38 & ambil kesempatan untuk bergambar sebelum ada penampakan 😂
40 orang 😍

bacaan doa. 

tertidur pulak 😂

Kak Mila 😍


bersama rakan baru. 
Kak Muna & Kak Rini

puncak 😍

behind the scene 😅

bersama Abang Lan 

pertama kali buat cheesekut.
sampai jugak puncak Bukit 38.
Lulus sudah cheesekut 😂
approved by them. Ada yang request lagi. 
Hahaha

Selepas itu, kami menuju ke Bukit Panchang yang mana terletak bersebelahan dengan Bukit 38. Memandangkan hujung minggu, ramai anak muda & para hikers berada di puncak ketika kami sampai. Selepas mengambil gambar, ahli lain turun untuk teruskan perjalanan ke Bukit Lipan, manakala aku & kak Mila turun bukit melalui trail Bukit Panchang untuk turun ke Lobby & menunggu peserta lain turun dari Bukit Lipan. 


puncak Bukit Panchang 😍

Okay, setakat ini dulu lah cerita. Hahaha. Kehabisan idea mahu tulis apa dah ni . In sya Allah, minggu depan update lagi 😘

Isnin, 23 Oktober 2017

Assalamualaikum readers .
Hari ini mahu "story" pasal hujung minggu kami yang produktif sangat . Hahaha.
Kemarin, 23 Oktober 2017 geng #UnniMilaMira iaitu Kak Fit, Kak Mila & aku sendiri buat planning last minutes untuk mendaki pagi di Bukit Panchang. "Craving Hiking" katanya. Jadi subuh baru deal dengan pak cik driver untuk bawa kami ke Lobby Bukit Panchang.

Kami mulakan pendakian daripada Lobby bermula pukul 6.24 pagi. Memandangkan kami cuma bertiga dan tahu dengan pace masing-masing, kami tiba di puncak Bukit Panchang pukul 7.08 am. Alhamdulilah. Mencipta rekod baru. Memandangkan hujung minggu, jadi ramailah orang masa tu. Kami cuma duduk santai & mengambil gambar kenangan. Lebih kurang pukul 7.35 pagi kami turun dari bukit dan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke bawah. Kami ikut laluan lain ( tempat aku sesat di Simpang Batu Payung ) untuk keluar & mengambil bas untuk balik e rumah. 


sarapan pagi 😊

naik bertiga, jumpa pulak kak Atie 🌹


Sampai di rumah pada pukul 10 pagi, kami terus mandi & seterika pakaian dan siap pada pukul 10.30 pagi. Laju kan 😂 Kami menghadiri usrah yang di anjurkan di Masjid Al- Khauthar, Tawau. Alhamdulilah, di pilih jadi tamu Allah untuk perkongsian ilmu kali ini. Lebih kurang sejam kami bersurai, makan & pulang ke rumah masing-masing. 
Kak Mila 🌹

Geng Muslimah Hikers Tawau


Alhamdulilah 😊


Petang pula, kami diajak oleh Kak Ain untuk mendaki Bukit LMK ( Lee Man Kui / Lim Man Gui ) yang terletak di Sin Onn Tawau. Dua kali jugak la sesat jalan. Hahaha. Sebenarnya kawasan ini berdekatan dengan kuari dan trail nya rendah dan tidak sukar tapi memandangkan kami suka penat kan jadi kami ikut trail yang jauh untuk memuaskan hati. Hahaha. Terasa macam di "blender" jugak lah lemak dalam badan. 





Alhamdulilah, di berikan kesihatan untuk jalankan aktiviti bersama-sama mereka. Semoga ikatan ukhwah yang di bina hingga ke akhirnya.


#UnniMilaMira
 Pagi , 22 Oktober 2017 
Bukit Panchang Tawau

Tengahari, 22 Oktober 2017
Masjid Al-Khauthar, Tawau

Petang, 22 Oktober 2017
Bukit Lee Man Kui, Tawau


Jumaat, 20 Oktober 2017

Assalamualaikum 

Hai semua 😊 sesiapa yang berminat untuk mencari, memborong ataupun membeli ikan bilis kering atau pun udang kering boleh hubungi :

LIYA : 011-51672297


Senarai Harga Pembekal Ikan Bilis Termurah Tawau Sabah


Bilis kopek Rm43 sekilo
Ambik 3kg dan keatas Rm38 sekilo


Bilis Bulat (blm kopek) Rm36 sekilo
Ambik 3kg dan keatas Rm30 sekilo


Mata biru Rm50 sekilo
Ambik 3kg dan ketas rm45 sekilo


Udang Kering Rm55 sekilo
Ambik 3kg keatas Rm50 sekilo



Harga untuk kawasan Sabah

Bilis kopek Rm30 sekilo
Bilis bulat Rm21 sekilo
Mata biru Rm37 sekilo
Udang Kering Rm40 sekilo


✔Kk, lahad datu dan sandakan kirim Bas (Rm10 utk 15kg)
✔Packing Percuma

✔ Harga di atas semua dah termasuk Pos Laju
✔ 3 hari sampai terus ke Tempat pelanggan
✔ Bijak Berbelanja dengan kami
✔ Kualiti di Jamin bersih dan fresh
✔ Datang Tawau lawat kami
✔ Kita Bagi harga gila2


Assalamualaikum semua. Macam biasa, hari ini mahu update entri tentang hiking di bukit yang sama iaitu Bukit Panchang. Seperti entri yang sebelum-sebelum ini, Bukit Panchang terletak di Batu 6, Jalan Apas Tinangat Tawau yang berketinggian 393 meter dari paras laut & sejauh 1800m yang mana bukit ini selalu menjadi tumpuan para hikers untuk mendaki nya walaupun trail jelas tetapi mencabar fizikal & mental .

18 oktober lepas, alhamdulilah di beri peluang untuk mendaki di sana & untuk kai kelima mendaki di sana, baru dapat "air terjun" Bukit Panchang ini. Jarang sekali ada, jika malam sebelum hiking hujan lebat baru dapat "berjumpa" air terjun ni. Kali ini, aku menemani kak Ain & rakan sekerjanya untuk tunjukkan trail sebab kebanyakannya pertama kali naik & membawa kawan baik zaman sekolah rendah & menengah sebelum dia balik ke Semenanjung. Layan gambar jer la ya. 
Afiq, Nina & Kak Ain

bersama Masnina




kawan baru 😊
 





yay ! air terjun bukit Panchang 😊


Dan hari ini, 20 Oktober 2017, sekali lagi di beri peluang untuk mendaki Bukit Panchang. Kami ni pergi berempat saja bersama hmmm . Hahahaa. Tak payah mention siapa, nanti kena kecam. 


Kecederaan Kak Murniey masa mendaki pagi tadi tapi berjaya sampai ke puncak. Tahniah !



Alhmadulilah kali ke 6 di sini 😊