Jumaat, 1 September 2017

30082017 : Bukit Panchang bersama Zaki Bijak

Assalamualaikum, hai semua. Selamat hari kemerdekaan yang ke 60 tahun & selamat hari raya aidilaadha Tidak terlambat jua rasanya untuk ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet negara dalam Sukan Sea KL 2017. Hadiah paling manis buat negara apabila menjadi tuan rumah & memenangi 145 emas dan menyambut ambang kemerdekaan 23 ogos 2017 di Stadium Putra Bukit Jalil. Hmm, sesungguhnya semua peristiwa besar & menarik berlaku untuk bulan ini, di tambah lagi apabila Perdana Menteri kita mengumumkan cuti pada hari Isnin sebagai cuti peristiwa. Mesti semua rakyat Malaysia gembira kan. Alhamdulilah 😊

Sebenarnya semalam ( 30 ogos 2017 ), kami sekali lagi mendaki Bukit Panchang atau Bukit Tinagat yang terletak di Batu 6 Jalan Apas. Ini kali kedua dapat naik di bukit ini. Alhamdulilah. Kali ini, bukan sekadar mendaki suka suki tapi kami membawa seorang musafir ( ceh musafir pulak ) iaitu saudara Zaki Bijak. Dia merupakan seorang "Cancer Fighter". Maklumat lanjut boleh rujuk facebook & instagram beliau ya ( Zaki bijak & zakibijak ). Zaki datang ke Tawau adalah untuk Jelajah Borneo ( Sabah, Sarawak, Brunei ) dengan berbekal RM 1. Sebelum ini, Zaki pernah mengembara dengan hanya RM 13 selama 13 hari di Semanjung Malaysia. 

Seawal 6.45 pagi kami berkumpul di Lobby Panchang dan berpeluang untuk berjumpa dengan Zaki. Seorang yang sangat positif & sporting. Kami sangat berbesar hati dapat jumpa dengan Zaki sebab dia seorang yang memberi inspirasi & motivasi kepada kita semua. Kami memulakan pendakian sekitar pukul 7.10 minit pagi & perjalanan sampai di puncak sekitar 8 pagi. 

Sesi fotografi adalah kemestian. Hahaha. sebagai tanda kenangan & memori untuk diri sendiri. Malas sembang panjang, moh kita layan gambar sajaaa. Hahaa


sebelum memulakan pendskian

Muslimah hikers Tawau 😄

bersama Zaki, Cancer Fighter Malaysia

Bersama Muslimah Hikers Tawau


Di puncak bukit yayyy !



Selamat hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun.





1 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..