Isnin, 25 September 2017

24092017 : 1Day2Hill LION HILL & BUKIT GELAS TAWAU

Assalamualaikum. Apa khabar semua ? Sebenarnya hari ni mahu update entri pasal Program Hiking Gabungan dengan Hikers Lahad Datu, Sandakan & Tawau anjuran Muslimah Hikers Tawau pada 24 september 2017 di Lion Hill & Bukit Gelas ( Bukit Galas ) sempena #BantahPestaArak . Alhamdulilah, yang yang turut serta & hadirkan diri. Tahniah buat Kak Fitri ( Unni Anje ), Kak Jue, Kak Zils & guide dari HICAM Tawau ( Azle, Ancuk, Syabry ) kerana menjaya program ini.

Kali ni penyertaan ramai, entah berapa orang. Tapi bila di gabungkan semua lebih daripada 60 peserta. Seawal 5.30 pagi dah di jemput untuk bergerak ke Kompleks Sukan Tawau dan tiba di sana lebih kurang pukul 5.45 pagi. Macam biasa sesi menunggu, bayaran untuk makan & masuk ke Bukit Gelas di jalankan. Sekitar 6.30 pagi, kami berkonvoi ke Sungai Udin untuk mendaki Lion Hill.
 
Berkumpul di Kompleks Sukan Tawau


Bersama kak Zils, kak Mila & Kak Yanti


Sarapan pagi di Lion Hill



Kak Sam & Kak Yanti dari Muslimah Hikers Tawau. Ahli, tapi hari ini baru berkesempatan untuk  berjumpa

Bersama gadis-gadis hikers dari Lahad Datu

Kak Mila & Azle

bersama Kak Yanti





Lompat jomm !




Alhamdulilah buat kali yang ke 3 di sini 


Pada pukul 11.00 pagi, kami bergerak menuju ke Taman Bukit Tawau untuk mendaki Bukit Gelas di sana. Bayaran masuk sebanyak RM 3.00 . Sampai di Taman Bukit Tawau lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Kami solat & mengagihkan makan tengahari. Selepas itu, kami mulakan pendakian sejauh 2.4 km untuk sampai ke Bukit Galas & Air Terjun Bukit Galas. 



Bila mulut penuh tapi kau yang pegang monopod 😂


dalam perjalanan untuk sampai ke Air Terjun Bukit Gelas






Air Terjun Bukit Gelas.
Subahanallah.


Insya Allah, di masa akan datang akan pergi ke sini pula. Untuk lihat pokok ni. 
Okey lah, setakat ini dulu entri kali ini. Penat, esok kerja. Haha. Bye Asalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..