Sabtu, 9 September 2017

09092017 : Bukit Akar, Tinagat Tawau

Assalamualaikum hai semua. Malam ni misi update blog pulak. Maklumlah, lama di tinggalkan. seminggu sekali pun jarang dapat update entri. Bukan apa, sibuk dengan komitmen masing-masing. Ni pun update entri di sebabkan selalu pergi mendaki bukit di sekitar Tawau. Tujuannya memang untuk memori masa akan datang. Haha. Maklumlah makin tua. Cuma gambar & entri sebagai memori.

Hari ini, 9 september 2017 sekali lagi di berikan peluang, ruang & kesihatan untuk mendaki di Bukit Akar. Kali ini lebih seronok, mencabar & memenatkan. Seronok sebab bilangan orang atau kumpulan yang sedikit. Kami berenam pagi tadi. Bergambar pun senangkan. Hahhaa
Dalam pukul 5.30 pagi dah keluar dari rumah & bergerak kira-kira pukul 5.50 pagi ke Batu 6, Simpang Tinagat.

Kami ( Abang Jenal, Kak Mila, Kak Jue, Nana, Nahara & aku ) bergerak dengan pace yang agak mengembangkan hidung pendaki. Maklumlah, Abang guide memang otai dah 😅 Mencabar namun berjaya. Kami tiba di puncak hanya memakan masa selama 45 minit. Menurut guide, rekod yang agak baik untuk orang-orang macam aku lah terutamanya. Hahaa. Newbie lah katanya. Biasanya memakan masa sejam ataupun sejam lebih untuk sampai. Perjalanan balik pula, kami melalui trail yang sama, trail sukar. Alhamdulilah, semuanya selamat & baik. 
Sebenarnya, ini salah satu "training" untuk hajat mendaki di Gunung Trusmadi November 2017, jika diizinkan Allah. Teringin mahu fit & tahan macam orang lain. In Sya Allah dengan semangat. Cakap banyak pun tak guna baik layan gambar lah dulu 🌹



 






Akak Mila

Nahara 🌹





Amira. Kak Mila. Nahara. Kak Jue. Nahara.

bersama Abang Jenal. Guide kami.



kecut jugak duduk atas pokok tu. goyang beb



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..