Sabtu, 2 September 2017

02092017 : Bukit Panchang, Tawau

Assalamualaikum & selamat petang. Selamat menyambut hari raya aidiladha buat seluruh umat islam di dunia. Alhamdulilah, di beri ruang & peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Masih berpeluang untuk menyambut hari raya.

Hari ini punya cerita, petang tadi lebih kurang pukul 4.50 petang sekali lagi misi menawan bukit di Tawau. Sebenarnya plan gila ni jadi bila aku & kak Mila bincang untuk training ke Gunung Trusmadi hujung tahun ini & kerinduan kak Mila untuk "membukit". 31 ogos lepas, sambil jogging petang-petang kami pun buat plan gila-gila untuk pergi mendaki Bukit Panchang berdua. Memang nekad bhai. Hahaha. Lepas tu, Kak Atie join the party & Abang Spian dari HICAM Tawau pun join jugak. Kesian la orang yang bawa kami untuk mendaki sebab agak slow & hari ni tersangat lah semput & pancit. Serius, padahal baru beberapa hari lepas ( 30 ogos ) mendaki ni Bukit Panchang ni. Mungkin sebab banyak makan buras & rendang lah ni. Hahaha.

Di jadikan cerita, kami berjumpa di bandar & naik bas batu 6 dan turun di simpang Kau Sing. Berjalan kaki masuk ke dalam tapi yang lawaknya, ada pulak la anjing blok jalan. Terpaksa lah di jemput di tengah jalan 😥
perjalanan dari Lobby ke trail Bukit Panchang

Berempat sahaja. 
Abang Spian. Kak Ati & Kak Mila

Entah berapa kali rehat & kami sampai di puncak lebih kurang pukul 5.50 petang. Kepenatan hilang bila dah sampai puncak. Sesi fotografi pun bermula. Hahaa. 







Pertama kali turun bukit dalam keadaan gelap. Hanya harapkan lampu suluh dari telefon sahaja. Alhamdulilah, tepat pukul 7 petang kami sampai di tempat parking ataupun Lobby Bukit Panchang. 3.5 km untul hari ini & Bukit Panchang di tawan untuk kali yang ke 3. Kepenatan & kepancitan sangat di rasai hari ini. Aku pun hairan jugak. Memang kena training banyak lagi ni. 


senjakala

p/s : gambar ini bukan milikku tapi dalam henfonku. Hahhaa jelesnya tengok gambar ni 😭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..