Makanan popular di Tawau

Asalamualaikum hai readers.
Hari ini terpanggil lagi untuk update entri untuk makanan yang popular di Tawau, Sabah. Sebenarnya, beberapa tahun lepas dah update pasal ini, tapi tanpa tahu apa sebabnya, semua gambar dalam entri tu tak kelihatan padahal entri tu paling popular dalam banyak-banyak entri yang aku tulis. Jadi hari ni terasa rajin untuk buat & bagi info pasal makanan yang popular di Tawau. Masih dengan info yang dulu tapi dengan beberapa penambahan dan penambahbaikan lah ya. Sebelum tu, 85 % gambar di dalam entri ni hasil daripada gambar sendiri & yang lain aku rujuk dari "google, facebook & twitter".

Bila kita bercakap pasal makanan popular ni, kebanyakkannya mesti makanan kegemaran kan. Jadi di sini aku mahu maklumkan yang bukan semua aku pernah makan, cuba ataupun suka. Hahaha. Tapi ada antaranya memang makanan favorite aku jadi untuk yang pernah makan ataupun orang luar yang baru mahu cuba ataupun tercari-cari apa yang kamu mahu makan bila jejakkan kaki di Tawau, ini sedikit info untuk anda. Harap berguna guys.

Okay, aku mulakan dengan makanan-makanan favorite aku dulu ya. Ini kira macam "must try" lah bila sampai Tawau. Pertama, Martabak jawa. Martabak ini sangat-sangat sedap sampaikan aku dah rasa "craving" sangat sekarang ni. Lapisan luar, sama macam martabak biasa. Di tebar jugak lepas tu, isi ataupun intinya di campur dengan sayur kobis, telur, isi ayam / daging dan lain-lain. Yang paling penting untuk hidangan ini ialah sambal kicapnya. Makan panas-panas, ataupun sejuk tidak jadi masalah guys. sangat sedap. Untuk makan waktu tengahari, petang ataupun malam pun tak kisah. Harga nya bermula dari RM 2.50 - RM 3.00 . Antara lokasi terkenal untuk mencuba ialah di KongFah Tawau, berhadapan dengan pasaraya Survey Parkwel & di gerai makan di tepi highway. 



Seterusnya, kawan baik kepada martabak jawa iaitu ABC & kepak ayam atau sayap ayam Tawau. Dah rasa di beberapa buah negeri, aku rasa kepak ayam Tawau lah yang paling win. Boleh pilih sayap ayam madu ataupun biasa. Dan aku sentiasa memilih yang biasa sebab lagi sedap. Haha. sama jugak macam martabak, paling penting sambal kicapnya. Kalau tiga-tiga di bergabung kau akan jadi orang paling bahagia di dunia. HAHAHA. Harga ABC tu bermula dari 2.50 & ke atas. Mengikut menu & tempat. Ada ABC biasa, jagung, milo, ABC jamil ( Jagung Milo ) ABC buah dan lain-lain. Mahu rasa ABC original yang bukan tambah pewangi, serimanis dan lain-lain sila datang ke Tawau ya. Harga untuk Sayap ayam sekitar RM 1.80 - RM 2.OO mengikut harga pasaran. Hahaha. Ada peminat bontot , hati, pedal ayam ? Bole cuba juga 👍 


paling best . Gabungan ketiga-tiganya. 


Selain itu, boleh cuba nasi lalap ataupun nasi goreng lalap. Lokasi, boleh cari di sekitar bandar Tawau. Hidangannya ialah nasi/nasi goreng, ayam goreng tepung, sambal belacan & tomato, sayuran & keropok. Biasanya harga dari RM 5.00 ke RM 7.00 mengikut tempat.
 


Nasi gondrong. Pelik namanya kan. Hidangan ini aku belum pernah cuba lagi tapi di khabarkan, cehh masakan ayam ini sangat pedas. Macam masak kicap pedas kot. Gondrong ni aku tak pasti bahasa apa, mungkin bahasa bugis yang membawa maksud "panjang/keriting". Kadang isitilah gondrong digunakan untuk rambut. Contoh ayat "Ui, gondrong pulak rambutmu". Hahaha. Harga dalam Rm 5.00- Rm 7.00 sepinggan.



Nasi kuning. Ni menu wajib orang Tawau samada untuk sarapan, makan tengahari, piknik dan lain-lain. Paling sedap yang di jual dalam daun pisang. Baunya wangi. Nasi kuning di masak dengan santan & kunyit untuk menambahkan warna kuning. Kalau ada daun pandan lagi semerbak baunya. Di hidangkan dengan ikan, biasanya di masak bumbubali, ayam masak bumbubali ataupun masak merah & telur rebus. Ada yang tambahkan dengan serunding juga. Hidangan ini boleh di cari di sekitar Tawau & lagi mudah untuk di cari masa sarapan pagi. Nasi kuning Tawau dapat pengiktirafan siap masuk channel AFC lagi antara nasi kuning paling sedap dalam dunia. Ehh dunia ka ? Ya lah kot. Hihi. Harga bermula daripada RM 0.50 hingga Rm 5.00 mengikut tempat


Seterusnya, antara menu sarapan pagi paling terkenal di Tawau ialah mee tauhu. Sangat-sangat popular di Tawau tapi aku sampai ke hari ini belum pernah rasa lagi. Mungkin sebab aku bukan penggemar tauhu kot. Mee tauhu ni mee biasa yang di goreng dengan kicap bawang & penambah perasa tapi rahsianya adalah kuah tauhunya. Ala-ala tauhu sumbat juga lah. Harga bermula RM 2.50 - RM 5.00 mengikut tempat. Lokasinya yang paling dekat & di penuhi orang setiap hari ialah di kawasan BaZhong berhampiran dengan Bulatan & Masjid Al Khauthar Tawau. Ada dua lokasi restoran bersebelahan.



Seterusnya, Gado-gado. Makanan ini boleh cari di seluruh Malaysia ataupun Indonesia. Dalam hidangan ini ada nasi impit, kuah kacang, telur rebus, tauhu goreng, sayuran di celur & keropok. Harga sekitar Rm 2.50 - Rm 6.00 mengikut tempat makan anda. 



Antara menu kegemaran aku, BAKSO . Terkenal di Malaysia & Indonesia. Apa yang aku boleh cakap bakso ni sangat sedap di makan bila-bila masa. Terpulang dari anda mahu makan dengan mee kuning ataupun bihun, ada bebola ayam ataupun daging, telur rebus, sup, sambal & kicap untuk melengkapkan lagi rasa. perhhhh !! Rasa menitik air liur duh. Harga bermula dari Rm 2.50 ke Rm 5.50 semangkuk. Antara favorite port untuk makan bakso ialah di IceBox ataupun Kg Titingan, Rombengan Jalan Damai (Mamak kacong) & Takada Tawau. 



Seterusnya, ni kita masuk dalam kategori makanan terkenal seantero Tawau tapi bermula dengan beberapa bangsa seperti Bugis, Bajau dan lain-lain. Menu ini selalu di jumpai ketika musim hari raya iaitu buras & tumbuk. Buras atau burasak ini di masak dengan mencampurkan beras & santan dan di masak seperti nasi biasa selepas itu di bungkus dengan daun pisang dan diikat menggunakan tali rafia. Selepas selesai buras itu perlu di rebus dengan air selama beberapa jam. 



Tumbuk iaitu pulut tidak kira pulut putih atau hitam. Bab cara masaknya kena tanya orang Bugis lah ya sebab aku memang tak pernah tengok cara buatnya. 


Pisang Ijo, ijo mungkin merujuk pada  hijau. Bahagian luar yang berwarna hijau tu pembuatannya lebih kurang macam buat kuih dadar gulung. lepas tu di gulungkan dengan pisang yang sudah masak. Kuahnya, di campurkan dengan tepung, air, daun pandan, santan dan lain-lain. Jadi boleh bayangkan tak macam mana enaknya rasanya tu ? Siap tambah ais batu dalam kuah tu. Hihi




Seterusnya, berongkoh. Berongkoh ini sangat sedap di makan semasa sejuk, lepss buat masukkan dalam peti ais. Rasanya ada campuran tepung, pisang, gula, telur dan lain-lain. Tak pernah buat tapi pernah rasa sebab jiran-jiran tetangga aku majoriti bugis. 




Okay, Seterusnya tallamek. Juga sejenis hidangan pisang. Pisang yang sudah masak
di goreng dan di campurkan beberapa bahan seperti gula & kacang tanah. Rasanya menu ini pernah viral sehingga ke Semenanjung sebab kawan dari semenanjung ada tanya pasal menu ni dengan aku. 


Masih dengan pisang. kali ini, Sanggar Pappek. Sanggar di sabah membawa maksud pisang goreng. Pappek ni tak pasti lah apa maksudnya. Hahaha. Mungkin maksudnya di lenyek / di tekan sebab fizikal pisang ini selepas di goreng ( pastikan pisang mentah ) akan di tekan menggunakan pinggan atau apa-apa bahan lah supaya pisang tu leper dan selepas itu di goreng sekali lagi. Paling sedap di makan panas-panas untuk minum petang dengan sambal tumis tomato & belacan. Nikmat tidak terkata guys. 

Lagi menu kegemaran aku, berobbok. Ni pun menu orang bugis ni. Paling sedap lah. Berobbok ni sama macam bubur nasi tapi di campurkan dengan ayam, jagung manis, sayuran, udang & lain-lain. Makan begitu pun dah sedap. Cuba bayangkan kalau ada sambal tumisnya lagi ya Allah. Berhingus-hingus kau makan apa lagi makan panas-panas perhhhh ! 



Bangkek. Antara kuih wajib masa perayaan terutamanya bangsa bugis di Tawau. Sangat sedap, nipis & rangup. Ada dua pilihan iaitu bangkek kelapa ataupun bangkek kacang tanah. Dari aku kecik lagi memang aku minat sangat & tertunggu tiap kali hari raya untuk biskut ni. Memandangkan mak aku tak pandai buat kuih ni, biasanya kami tempah dengan jiran yang buka tempahan masa bulan puasa.


Soto Banjar. Memandangkan aku orang Banjar, aku tersangat lah mencintai soto banjar. Dengan nasi himpit, su hoon ataupun mi hoon, bergedil kentang, ayam, telur rebus, bawang goreng & daun sup di tambah dengan sambal kicap ataupun sambal tumis memang hilang segala badmood aku sepanjang hari. Ni tak perlu pergi jauh sebab mak aku pun jual jugak.Haha. Tapi siapa yang berminat boleh lah cari di sekitar bandar Tawau. 



Sebagai pencinta sup, soto & bakso ada satu lokasi untuk makan soto. Ni kawan aku yang perkenalkan masa sekolah tahun 2010 dulu. Masa aku tingkatan 4. Pemilik restoran berbangsa cina tapi di maklumkan yang makanannya halal. Menu popularnya Soto Wantan. Tapi kami selalu order Soto Udang Ball ataupun prawn ball soup. Sup kedai ni sedappppppppp gila ! Dulu harga Rm 5.00 semangkuk ( untuk prawn ball soup ) tapi sekarang dah Rm 6.50 selepas beberapa tahun berlalu. Tiap kali datang mesti order tu kecuali satu hari tu ada member belanja makan yang spesial punya " soto wantan, ayam & daging" . memang powerrr lah ! Dalam harga Rm 9.00 semangkuk. Mangkuknya besar tau. Hihi. Rahsianya selain sup yanv snetiasa sedap, sambalnya pun sangat pedas dan power.



Ambuyat dan kapurung pun antara menu tradisi yang tersangat famous di Tawau tapi aku tak pernah rasa. Hahaha. Menunya lebih kurang tapi berbeza sedikit dari cari masak & lauk sampingan. Persamaannya, menggunakan tepung kanji tapi ambuyat tidak berkuah dan di makan cicah dengan jeruk, ikan bakar / ikan masin, udang, jus perahan limau dan lain-lain mengikut selera manakala kapurung pula di perbuat daripada sagu ataupun kanji. Kalau ambuyat bercicah-cicah, kapurung pula di masak & di makan sekali. Kapurung lebih berkuah yang di campurkan dengan sayuran, ikan dan lain-lain. 



Next is Putu. Putu terkenal dalam masyarakat Bajau ataupun Filipina di Tawau. Putu di perbuat daripada ubi kayu dan di proses tak pasti cara masak macam mana dan di makan dengan ikan bakar atau jus perahan limau. Pecahkan lada biji sekali lah. Haha. Pernah cuba tapi aku tak biasa makan. Aku habiskan ikan bakar saja. 




Lato seaweed ataupun Lattok. Sejenis rumpai laut jugak, tan perlu di masak tapi pastikan di cuci dengan bersih. Sedap di makan bersama nasi, putu, ikan bakar ikut selera lah. 


Amplang. Tawau merupakan antara pengeluar  amplang untuk eksport keluar. Keropok ini terdiri daripada ikan & udang dan saiznya kecil. Boleh di dapati di Seluruh Tawau & Paling banyak boleh cari di Pasar Tanjung ataupun Pasar Besar Tawau. 


Aku dah tak boleh fikir sebab banyak dah yang aku tulis tapi ni ada satu makanan yang semua tempat ada, tapi dia buat kelainan sedikit, iaitu Burger sambal. Aku pernah merasa burger-burger di gerai Tawau & di luar Tawau. Aku bukan pencinta burger ( kecuali MCD & KFC ) pada awalnya tapi sebabkan diorang oleh Burger tambah dengan sambal buatan sendiri jadi aju boleh telan lah. Biasa lah tekak melayu dalam burger pun ada sambal. Haha. Bukan semua tempat jual tapi ada lokaso yang memang siapkan sambal sekali. 




Haaa ada masa & ada idea aku update lagi lah ya. Sekarang tengah fikir apa lagi maakan popular sekitar Tawau. Nanti sambung lagi. Muah. 

Ulasan