Sabtu, 5 Ogos 2017

05082017 : Bukit 38 & Bukit Tinagat Tawau

Assalamualaikum . Hai semua .
Hari ini 5 Ogos 2017. Angan-angan jadi kenyataan yayy ! Hari ni dapat jugak jejakkan kaki ke Bukit 38 & Bukit Panchang yang terletak di Batu 6,Kinabutan Apas Tawau. Kali ni mendaki dengan "completely stranger" . Akibat kegigihan aku pergi "pm facebook", "dm instagram", komen youtube channel dan lain-lain akhirnya dapat jugak mendaki. Terima kasih group Hiking and Camping Tawau & Muslimah Hikers Tawau ( Walaupun dapat jumpa 3 orang saja tadi ) . Pengalaman cukup berharga. Seronok bila dapat jumpa & berkenalan dengan orang yang sama minat dengan kita kan. Boleh dikatakan group yang aku join ni sangat berpengalaman & sangat sporting. Ada yang selalu mendaki di luar negara dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda kami bermula dalam 7.30 pagi dan turun dalam pukul 11.40 pagi untuk kedua-dua bukit. Laju tak laju. Seingat aku untuk Bukit 38 cuma berhenti rehat sekali . Ada jugak lah berhenti-henti sekejap untuk pangkas pokok berduri. Stamina diorang memang hebat lah. Aku dengan jarang bersenamnya, dah lama tak hiking memang agak pancit jugak la. Tapi sebab minat, penat pun boleh gembira kan.


Okay, ini sedikit info untuk Bukit 38 ni, dengar kata bukit ni macam baru popular si kalangan pendaki. Kalau aku search google pun agak susah untuk dapat maklumat ketinggian bukit ni, tapi tadi ada ahli yang kira (mungkin melalui apps) perjalanan sejauh 1.29 km / 1290 m dari lobi Bukit 38 (starting point 0.0 km). Haa, kalau ada yang mahu mendaki di sini, aku bagi cadangan supaya bawa orang yang berpengalaman lah. Sebab kawasan ini agak "extreme" jugak la. Mungkin sebab jarang pendaki lalu di situ, laluan pendakian agak mencabar, curam & bukit ini di kelilingi dengan pokok-pokok berduri. Tempat untuk berpaut pun susah sebab tiada tali & banyak duri (aku cadangkan bukit ni lebih baik tukar nama jadi Bukit Duri). Dan kebetulan pulak, semalam & hari ini (masa hiking) hujan lebat. Ni memang pertama kali mendaki masa hujan lebat . Dan kesusahan yang aku alami ialah kasut aku licin, bukan kasut untuk hiking & semua "stranger". Ada dua orang sahaja yang aku pernah jumpa sebab senior masa sekolah dulu tapi itu pun tak pernah bertegur. Tukar-tukar senyuman saja. Serius cakap, kalau boleh bawak orang yang berpengalaman ataupun biasa dengan laluan trail bukit. Takut sesat dan lain-lain. Teringin mahu buat video untuk tunjuk kan betapa "struggle"nya mendaki di situ. Tapi hujan lebat kan. Kang henfon pulak terkorban. Hahaha. Ikut abang yang bawak kami tu, dia cakap ni antara laluan paling mencabar antara banyak-banyak bukit kawasan tawau. Paling mencabar dan di tambah lagi dengan hujan lebat masa mendaki. Tapi patut berbangga jugak lah sebab hiking pertama dah paling ekstrim. Jadi harap-harap dapat mendaki bukit-bukit lain dengan lebih baik. In sya Allah.

Hikmahnya bila hujan, memang sejuk lah. Lepas tu, masa kami sampai di puncak pemandangan Subahanallah sangat cantik. Macam bukan di Tawau sebab suhu yang sejuk dan pemandangan berkabus. Macam di Kundasang dah perasaan i. Hahaha. Jadi saya sajikan lah gambar-gambar masa mendaki di sana. 

begini lah antara contoh duri di sana 😂







kawan baru. Ummi, Unni & Kak Mila 


bersama dengan otai merangkap penunjuk arah

basah kuyup masing-masing. suasana cantik & suhu sejuk
walaupun aku "stranger" tapi semua sporting gila.




basah lencun masing-masing. Tudung pun dah layu. Haha. 
Kawasan ni satu-satunya tempat kami berhenti rehat



Seterusnya, bukit kedua yang kami daki, Bukit Panchang ataupun Bukit Kinabutan ataupun Bukit Tinagat kiranya dua bukit ni (connecting hills) kalau ikut trail biasa, ketinggiannya 393m dari aras laut & sejauh 1800m (1.8 km). Tapi memandangkan kami naik dari lobi Bukit 38, perjalanan sejauh 2530m (2.53 km). Laluan agak jelas & baik (lagi jelas kalau bukan naik dari lobi Bukit 38) tapi agak licin lah sebab lepas hujan kan. Sampai puncak memang berbeza lah dengan Bukit 38 sebab kali ni pemandangannya lebih jelas & tanpa kabus. Tapi yang tak bestnya bila pergi hujung minggu memang orang ramai gila naik di sana. Bukit 38 punya sunyi & sepi hahaha. Sampai puncak , acara ambil gambar mesti lah ada kan. Dan aktiviti di sini membersihkan sampah sarap yang ada di puncak bukit.  Masa turun bukit ni yang satu hal ni, dengan keadan lepas hujan tanah basah & kasut aku licin aku tertinggal di belakang dengan kumpulan lain. Dan aku ikut jalan keluar dengan kumpulan tu. Hahaha, masalah bila aku keluar di simpang lain. Hebat tak aku buat trail sendiri. Tapi di jemput jugak la oleh abang tu di simpang tu & terus di hantar ke rumah. Terima kasih & maaf kotorkan kereta ya 😥

p/s : Mendaki boleh tapi jangan lah buat sepah pulak. Buang sampah di tempat yang sesuai. Takpun kalau setakat botol tu, plastik keropok dan lain-lain sila lah bawa turun. Buang di tempat yang sepatutnya







view dari Bukit Panchang !




kami !! 
Terima kasih semua 😉

2 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..