Selasa, 1 Ogos 2017

30072017 : Bukit Gemok Tawau



Asalamualaikum, hai semua. Apa khabar ?
Ahad lepas, 30 Julai 2017 akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke Pusat Sejadi Hutan Simpan Bukit Gemok atau pun lebih di kenali dengan nama Bukit Gemok. Bukit Gemok di ishtiharkan sebagai hutan simpan Sabah sejak tahun 1984 yang mempunyai keluasan seluas 445 hektar & ketinggiannya 428 meter dari paras laut. Untuk mendaki ke puncak lebih kurang 1170 m & mempunyai 'Canopy walk' sepanjang 231 meter yang dinamakan Titian Silara. Titian ini di ishtiharkan sebagai salah satu "canopy walk terpanjang di Sabah". Bukit ini terletak kira-kira 11 km dari Bandar Tawau & mengambil masa lebih kurang 20 minit jika memandu dari bandar Tawau ( Kalau tiada kenderaan sendiri, sila maklumkan atau pastikan ada nombor telefon teksi atau kereta sewa awal-awal, tiada kenderaan awam yang sampai kawasan Bukit Gemok ). Kawasan ini di buka sekitar 8 pagi hingga 5 petang dan bayaran masuk RM 5 untuk dewasa & Rm 3 untuk kanak-kanak 18 tahun ke bawah. Kemudahan lain seperti tandas & surau juga di sediakan.


lepas tulis nama dengan penjaga pagar & buat bayaran, kita akan di berikan tiket masuk .

harga bayaran dan info lain


sila tengok & baca segala papan tanda. Ini merupakan "trail" / trek / laluan untuk sampai ke atas.

Itu sedikit info mengenai Bukit Gemok. Sekarang aku mahu story pulak pasal kegigihan aku buat research untuk cari tempat untuk "hiking" di Tawau ni. Tidak di nafikan, memang banyak kawasan tapi memandangkan aku tak ada kawan untuk mendaki ( yang mana sebahagiannya langsung tidak minat mendaki & ada yang mnghidap penyakit asma ) jadi aku dengan tekunnya buka blog sana sini, lebih dari 10 orang aku "contact" untuk mintak maklumat sekali gus mahu "join" kalau diorang mungkin ada plan untuk hiking di sekitar Tawau. Sampai aku terjumpa Hiker Muslimah, siap emel kakak tu lagi. Lepas tu komen youtube, DM di instagram, PM di facebook, tweet di Twitter macam macam lah. alhamdulilah ada yang bagi respon yang baik ada yang tak respon langsung. Ada yang aku tanya soalan tapi tak jawab pun soalan aku . Siap mahu berkenalan lagi. Hahaha. Kalau difikirkan betapa "struggle" nya aku cari & tanya orang sana sini masa aku belajar dulu mesti aku jadi "best student" Hahaha. Malas lah cerita pasal ketekunan ni kan.

Jadi di lanjutkan cerita, pada ahad lalu iaitu 30 Julai 2017, aku di ajak oleh si Zainab ( i love you, nab ) untuk pergi ke Bukit Gemok dengan keluarganya. Dia pun bukan jenis suka "hiking" ni tapi sebab keluarganya ( emak, kakak * i love you lah jugak kak , abang ipar & dua orang adiknya pergi ) Zainab pergi sekali. Terima kasih ajak aku Nab. kalau tak memang buat "solo hiking" lah aku kesana. Walaupun "friendly reminder" di Bukit Gemok, jangan mendaki berseorang terutamanya wanita. Maklumlah untuk trip ataupun aktiviti luar aku memang kena pergi sendiri kalau tidak mereput lah aku nanti menunggu orang punya "ya, nanti cuti kita pergi" hahahaa. Gurau gaiss. Malam sebelum pergi baru "confirm" kan dengan Zainab tapi esok nya dia cakap tak jadi sebab malam tu hujan. Tapi lepas beberapa minit, setengah jam lepas cakap tak jadi tu dia whatsapp aku balik . Cakap bersiap padahal aku belum mandi masa tu. hahaha. Di pendekkan cerita , kami pun selamat sampai ke Bukit Gemok. Lepas tulis nama, boleh lah mulakan pendakian. Pesanan indah dari aku, hebat macam mana pun kau tolong lah buat regangan badan dulu. Tak rugi gais. Insya Allah boleh lah elakkan sedikit keseriusan bila kau terseliuh ataupun kekejangan. Macam aku ni walaupun tak serius sangat masa "streching" tu, tapi alhamdulilah tak sakit pun satu badan walaupun lepas mendaki.

Okay, lepas tu kami pun mulakan pendakian. Ada 7 pondok rehat dalam perjalanan mendaki ke atas tu. Jadi boleh lah berehat sekejap. Memandangkan ketinggian puncak Bukit Gemok setinggi 1170 meter, perjalanan atau pendakian mengambil masa dalam 45 minit hingga ke 1 jam mengikut "fitness" diri sendiri. Kami sampai ke puncak dalam sejam lebih jugak kot sebab banyak sangat selfie siap tunggu & bagi semangat untuk orang yang tak di kenali lagi . Maklumlah dah 750 meter dia putus asa, dah tak mahu naik lagi. Dan aku pun apa lagi, menggunakan skill kelentong supaya dia mahu pergi ikut kami. Alhamdulilah, berjaya jugak dia sampai ke puncak. Tahniah ya! Tak sempat tanya nama hari tu. Haa, dah cerita panjang panjang ni , aku "upload" gambar saja lah naaa 😄

p/s :

1) Dalam 200 meter pertama , kita bermula dengan tangga konkrit, seterusnya laluan alam semulajadi macam biasa. Laluan agak jelas, untuk yang pertama kali sampai pun in sya Allah boleh mendaki di sana tanpa "guide".
2) Berhati-hati dengan laluan yang licin & pokok yang berduri
3) Anda akan di kelilingi dengan flora & fauna. Di kelilingi oleh pokok-pokok tropika bersaiz gergasi.
4) Ada tujuh buah pondok dalam lebih kurang 1170 m pendakian anda sebelum sampai ke puncak ( Titian Silara )
5) Bawa air secukupnya & sila jaga kebersihan ya ! 







Ada tujuh hentian ataupun pondok sebenarnya tapi pondok yang terakhir tu tak letak nama pulak & tak sempat ambil gambar maklumlah pondok tu terletak betul- betul bersebelahan dengan Titian Silara. Masing-masing teruja kan 😄


This is Happiness 😄
Dah hampkr dengan puncak !


exited ni guyssss . oh ya, kami tak cabut papan tanda tu tapi memang dah terletak helokkk di bawah ya papan tanda yang Zainab pegang tu. Dan lupa mahu kenalkan, Kiri ( baju putih ) Adik Zainab Awa, Zainab & aku.


akhirnyaaaaaa 😄😄









gambar di di puncak Bukit Gemok, di Titian Silara. 
1170 m, 228 dari paras laut & 231 m panjang titian 

zainab family 😄
terima kasih ajak i. tercapai jugak la angan-angan untuk sampai di sini. 
in sya Allah minggu hadapan Puncak Bukit 38 & Bukit Panchang pulak. Doakan lah semua berjalan lancar . 

bye ! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..