Selasa, 29 Ogos 2017

27082017 : BUKIT AKAR, TAWAU

Assalamualaikum semua. Hari ini baru ada masa & keinginan untuk mengupdate entri. Agak sibuk jugak. Entah apa yang di sibukkan sangat kan. hihi. Sebenarnya, pada hari ahad lepas, 27 ogos 2017 sekali lagi kami melakar memori & kenangan untuk mendaki Bukit Akar, Batu 6 Tawau. Alhamdulilah, kali ini di beri peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru dari Muslimah Hikers Tawau. Sebelum ni, baru berjumpa dengan Kak Unni, Kak Mila, Kak Liya, Kak Jue & Nana, tapi kemarin dapat berjumpa dengan hampir kesemua ahli Muslimah Hikers Tawau. Sesungguhnya aku antara orang yang beruntung dapat berjumpa & berkenalan dengan mereka. Insan yang baik-baik. Semoga suatu hari nanti aku akan jadi seperti mereka. Sedangkan berada 1 kumpulan dengan mereka pun boleh buat aku rasa bangga.

Aktiviti mendaki kali ini sebenarnya dari Misi ''1 MONTH 1 HILL" yang di anjurkan setiap bulan yang di ketuai Kak Fitri ( Unni ) & Kak Jue. Ini kali pertama sertai misi "1 month 1 hill" . Lokasi di Batu 6, Kinabutan. Untuk ke sana, perlu melalui arah ataupun jalan bahagian Apas Tawau & apabila sampai di simpang Tinagat, ikut sahaja jalan masuk sampai di hadapan Tokong. Boleh parking depan tokong tu kerana jalan masuk untuk ke Bukit Akar berhadapan dengan Tokong itu. Kali ini, kali di bawa oleh otai-otai hikers sebagai guide kami iaitu Kak Ekin, Abang Jenal ( macam biasa ) , Kak Amy, Abang Spian dan beberapa orang lagi yang aku tak tahu nama. Maaf 😔

Selepas membahagikan sarapan pagi, kami di berikam taklimat ringkas tentang pendakian & di iringi dengan bacaan doa. Selepas itu bermulalah pendakian kami di Bukit Akar. Untuk pendapat peribadi aku lah, Bukit Akar ini mempunyai trail yang agak santai namun jauh. Ada bahagian trail yang licin & tinggi yang kena gunakan tali untuk turun. Selain itu , untuk mendaki di sini kena banyak memanjat lah yer. Ada dua jalan untuk sampai ke puncak.Satu melalui jalan biasa & satu lagi melalui akar -akar untuk sampai ke atas. Separuh geng otai teruskan perjalanan melalui trail biasa & kami melalui trail akar-akar untuk sampai ke puncak bukit. 

Bersama Kak Mila ❤




Sesi briefing & bacaan doa.

Kali ini, bukan sahaja mendaki tetapi ada pengisian lain apabila Abang Jenal bawa kami ke tempat bangkai pesawat Jepun yang mereka jumpai semasa mendaki sebelum ini. Sempat lah tengok & bergambar sebelum bangkai pesawat tersebut di bawa ke arkib untuk simpanan. 



Serpihan Bangkai pesawat Jepun

bersama Nahara 😍



Bersama Unni ❤
Antara trail yang licin & bertali yang perlu di lalui untuk sampai ke puncak


Perlu melalui laluan sempit yang boleh di lalui seorang untuk satu masa.


Love



Antara trail untuk sampai ke puncak bukit

Alhamdulilah di Puncak Bukit Akar.



 Bersama team Muslimah Hikers Tawau

pemandangan dari puncak Bukit Akar.

Kali ini, bukan kami sahaja yang datang tapi ada sekumpulan pelajar sekolah juga ada untuk mendaki Bukit Akar & kawasan tersebut agak sesak & ramai orang. Jadi kualiti gambar pun kurengggg lah jugak kan. Hihi tak mengapa lah, In Sya Allah ada masa boleh ulang naik lagi.

Untuk perjalanan balik pula, ada beberapa trail yang boleh di lalui samaada laluan tempat naik tadi, laluan biasa ataupun laluan sukar. Kami di bawa oleh Abang J untuk melalui trail sukar. Hahaha memang ramai lah yang jatuh tergolek kan. Kawasan agak licin & ada pokok-pokok berduri tapi tak sebanyak pokok berduri di Bukit 38. Juga melalui kawasan berbatu yang tinggi & licin di mana perlukan tali untuk turun. Bak kata pepatah, selepas hujan akan ada pelangi. Begitu kami, walaupun melalui jalan yang sukar tetapi di situlah kami mencipta memori, mengeratkan silaturahim & lebih mengenali antara satu sama lain. Jatuh, bangun, luka menjadi memori yang manis untuk kami. Kami juga berehat & melalui anak sungai yang cantik ketika perjalanan turun & balik .Panjang pulak cerita hari ini kan. Hahaha. Kita layan gambar-gambar jugak ya 😘




trail sukar tapi best 💪

Sedikit tips untuk yang pertama kali mendaki di sini :
1) pastikan ada orang yang guide
2) bawa bekalan air secukupnya
3) bawa glove
3) pakai kasut yang sesuai
5) jaga kebersihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..