Sabtu, 26 Ogos 2017

26082017 : LION HILL, TAWAU

Hai assalamualaikum semua.
 Hari ini 26 ogos 2017 di berikan kesempatan lagi untuk mendaki Bukit Sungai Udin ataupun lebih dikenali sebagai Lion Hill (Boleh rujuk entri sebelum-sebelum ni ) Kali ini penyertaan hanya 5 orang sahaja. Guide kami Abang Jenal bersama Ismail, Kak Fitri ( Unni ), kak Mila & aku memulakan pendakiam sekitar 7.45 pagi & sampai ke puncak sekitar pukul 8.12 pagi. Rasa seronok sangat sebab mendaki dengan bilangan orang yang sedikit. Haha. Jalan curam seperti biasa & agak basah sebab awal pagi tu hujan lebat turun.

Sampai di puncak, keadaan berkabus & terpaksa tunggu untuk dapatkan pemandangan yang clear & cantik. Sempat bersarapan pagi di puncak bukit lagi 😆

lobi Lion Hill


Laluan untuk sampai ke puncak bukit




Bersama Kak Mila

Kak Fitri ( Unni )




Abang J, Ismail, Kak Mila, Kak Fitri & Amira.


Untuk balik pulak, kami mengikut trail baru untuk turun. Lebih baik & selamat tapi ada bahagian yang kena ber"gelongsor" sedikit lah. Hahaha. Seronok ! Kami turun sekitar 9.45 pagi & sampai di tempat meletak kereta pada pukul 10.35 pagi. 

Pertama kali mendaki di Bukit ni, berani duduk saja di atas batu tu, tapi kali kedua sampai alhamdulilah dapat turun sendiri, duduk & lompat pulak. Haha

Bentuk batu tu ada bentuk singa tau 




yay ! i did it ✌

Esok, in sya Allah kami akan pergi ke Bukit Akar pula. Doakan yang baik-baik ya semua 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..