Isnin, 14 Ogos 2017

13082017 : Lion Hill Tawau

Assalamualaikum semua. Hai apa khabar ? Hari ini, 13 ogos 2017 sekali lagi impian menjadi nyata bila geng " Hiking & Camping Tawau " buka penyertaan untuk pergi mendaki di Lion Hill ataupun Bukit Sungai Udin yang terletak di bahagian kawasan Merotai. Pertama kali menjejak kaki di kawasan Merotai ni walaupun orang Tawau.

Sedikit info tentang Lion Hill, bukit ini sangat terkenal di kalangan pendaki untuk mendaki kerana trail yang mencabar, curam & terdapat jurang di sepanjang trail ke puncak Lion Hill. Terletak lebih kurang 58 km daripada Bandar Utama Tawau & memakan masa lebih kurang sejam perjalanan untuk sampai ke sana.

Kali ini, seramai 75 orang peserta yang mendaki & di katakan jumlah peserta yang paling ramai join mendaki kali ini di Lion Hill. Kawasan sekitar bukit ini dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit & kawasan permulaan ataupun starting point bukit ini bermula di jauh dari rumah penduduk di situ. Jadi tolong hormati tuan rumah ya. Jangan bising sangat & jangan buang sampah merata tempat. 

briefing & kira semua ahli yang turut serta




Untuk beberapa ratus meter permulaan, kawasan dakian agak curam & licin. Aku sangat bersyukur sebab trail tak basah sebab walaupun trail kering pun memang dah licin apa lagi kalau lepas hujan kan ?

Selepas itu, kawasan tanah yang agak licin & trail semakin kecil , kiri kanan anda mungkin jurang. Ini salah satu tempat mendaki yang mempunyai trail yang agak bahaya terutamanya bagi orang yang gayat. 



gambar blur lah pulak. Hahaha. masa ni memang dah start penat di sebabkan laluan agak curam & tanah licin. Bahagian trail kecil & licin memang tak sanggup nak memegang monopod dah. Masa tu fikir nyawa saja. Hahaha.

Selepas melepasi kawasan yang curam, kita akan sampai di kawasan yang datar & di kelilingi pokok pakis ( kot lah, tak pasti pokok apa ) yang ketinggiannya lebih daripada pendaki. Jadi untuk keselamatan & kemudahan, sila bawa guide & parang untuk pangkas pokok ataupun lain-lain kegunaan ataupun barangan lain. Sekali sekala anda akan menjumpai batu-batu besar. Itu halangan di bahagian kawasan yang datar ini. 

antara trail yang di lalui untuk sampai ke puncak


bersama kawan-kawan baru yang tidak di ketahui siapa namanya. Haha


Untuk pendakian kali ini, hanya sepuluh orang (termasuk aku) yang sampai betul-betul ke puncak. Yang lain hanya stay di satu kawasan untuk mengambil gambar buat kenangan. Untuk sampai ke Puncak & bahagian hujung bukit ini kesabaran & ketabahan mental & fizikal perlu ada ya sebab kawasan jarang di lalui & kami pun balik-balik buat trail baru. Hahaha. Gigih untuk sampai di bahagian batu aras & puncak.






berjumpa lagi dengan beberapa orang geng Muslimah Hikers Tawau. perkenalkan kak Liya, Jue & Nana. 
Tidak di lupa, Kak Unni & Kak Mila


Banner baru berkibar di puncak Lion Hill. Merasmikan katanya. Hahaha.  Seterusnya, dalam perjalanan menuju ke puncak yang sebenar. Kebanyakannya kecuali kami ( 10 orang ) yang teruskan perjalanan menuju ke puncak. 








kak Mila ❤


348 m dari aras laut



yang benda segi tiga di belakang tu, menunjukkan kami sudah sampai di puncak selepas meredah onak & duri. Haha



cuma kami sepuluh orang yang sampai di puncak & hujung. Terima kasih sudi bawa & jadi guide kami. 




Dalam perjalanan balik, dapat jugak ambil gambar di sini


Perlukan dua orang untuk turun & naikkan aku di situ sebab tempat tu agak bahaya. Untuk yang gayat, tak perlulah posing di situ.

Paling penting untuk hiking di sini adalah kekuatan mental & fizikal, bekalan air yang mencukupi & sila guna kasut untul mendaki ataupun gunakan kasut yang sesuai. Jangan jadi macam aku pulak ya. Tapak kasut agak licin & jenis kasut kurang sesuai untuk mendaki bukit ataupun gunung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..