02072017 : My first duo trip

Assalamualaikum & Hola Peeps
2 Julai 2017
Kali kedua untuK Trip 4 Pulau di Tatagan, Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan. Lepas majlis Mimir ( tengok entri sebelum ini ) , aku bermalam semalam di rumah Mimir.
Esoknya, 2 julai 2017 awal pagi la dah bangun untuk pergi pulau. Kawan-kawan lain pergi balik ke Tawau & aku pulak mintak tumpang kereta Kakak Zainab untuk ke Pekan Semporna. Sampai di Pekan, aku pun mencari akak aku yang mahu join trip pulau kali ni. Cari punya cari rupanya kakak aku dah tunggu bersebelahan dengan jeti. Trip ini merupakan Duo trip aku yang pertama & trip pertama aku dengan kakak aku ni ( Ajibah ) . Lepas siap semua nya, cek nama, bayaran & lain-lain kami pun bergerak ke Pulau Pertama iaitu Pulau Tatagan. Pulau ni merupakan penempatan Bajau Laut iaitu masyarakat tempatan yang membina petempatan di atas laut. Memandangkan cuaca mendung & hujan gerimis kami tak lama berada di Pulau Tatagan. Kami terus menaiki bot untuk pergi ke Bohey Dulang. Dalam keadaan licin & mendung alhamdulilah di beri sekali lagi kesempatan untuk mendaki Bohey Dulang & melihat pemandangan indah sekali lagi. Sesi bergambar paling wajib lah kan untuk merakam kenangan. Lagipun lepas ini, tak tahu bila lagi dapat jejakkan kaki ke sini lagi. 
Dah puas bergambar kami turun & menaiki bot untuk pergi ke pulau Mantabuan. Disana, kita boleh duduk di tepi pantai sambil makan & minum. Selepas itu, kami menuju ke Pulau Sibuan untuk snorkeling. Yang best nya trip kali ini sebab aku dah beli siap-siap pcv ( handphone water protector ) so boleh lah ambil gambar dalam air . Hihi . 
Malas lah cakap banyak, tengok gambar saja lah ya. 



 Di Jeti Semporna

Sebelum Hiking 600 m Bohey Dulang






Puncak Bohey Dulang

Pulau Mantabuan







snorkeling di Pulau Sibuan 😄

Pumcak Bohey Dulang
 600 m

#My1stDuoTrip #My2ndIslandTrip2017
#Sisters #Family

Ulasan