Khamis, 20 Julai 2017

01072017

Assalamualaikum & Hola Peeps
Hai semua. Apa khabar ? Setelah sekian lama baru lah dapat update entri dalam blog. Sebenar nya tak lah sibuk mana pun tapi mesti ada banyak gangguan masa kita dah berkehendak untuk update blog. huhh. Ni sebenarnya cerita dah hampir sebulan lah, tapi baru mahu update. 

Kisahnya, one of my best friends, Amirah Binti Abdul Raup dah kahwin beb. Yayyy ! Alhamdulilah. Majils akad nikah & sanding telah diadakan di Semporna, memang wajib la sebab tempat lahir Mimir kan & di langsungkan pada hari Sabtu, 1 Julai 2017. Alhamdulilah. Dia lah yang paling awal mencemar duli antara kami berlima ( Amirah, Rika, Zainab, Nur Asyira & aku ) Tahniah Mimir. Sekarang dah menjadi pasangan kepada Mohd Syafie Mansyur yang mana merupakan kawan sekolah masa di Sm Teknik Tawau (2010-2011) dulu. Panjang jodoh diorang kan ? 

Al kisahnya, kami di lantik menjadi Bridesmaid Mimir. Walaupun aku tak tahu la apa function bridesmaid tu sebenarnya. Haha. Maklumlah Kampungan. Alhamdulilah, semua kawan-kawan rapat dapat berkumpul kali ini. Walaupun sebenarnya diorang ni memang susah dapat pelepasan untuk berjalan atau bermalam di rumah orang. 

Memandangkan akad nikahnya di buat pada petang Sabtu, jadi kami ( Rika, Syira , Mala & aku ) pergi sebelah pagi ke Semporna. Siap bawak kek tempahan perkahwinan dari kakak Rika. Punya lah mencabar perjalanan ke sana untuk pastikan kek tu selamat . Hahaha.
Alhamdulilah, kami selamat sampai di Semporna dalam pukul 9 pagi gitu. Sampai di sana, settle apa yang patut. Buat doorgift sikit, Seterika baju dan lain- lain. 

Dalam pukul 3-4 petang, majlis akad nikah Mimir & Pie berlangsung & berjalan dengan lancar. Alhamdulilah dengan sekali lafaz, Diorang berdua sah menjadi suami isteri. Tahniah beb ! 
Lepas tu macam biasa lah, jamuan makan, sesi fotografi dan lain- lain di jalankan. Sebelah malam pula, majlis di teruskan dengan majlis sanding. Mahu cerita lebih lagi, tapi memandangkan dah beberapa minggu berlalu, aku dah lupa lah "small details" yang aku mahu ceritakan. Hahaha. So layan gambar saja lah ya. 

Bridesmaid
dengan Kawan Mimir dari Politeknik Kota Kinabalu, sepupu Mimir & kami

Tahniah guys 😍



Syira, aku, Mala & Rika





gambar bridesmaid lagi banyak dari pengantin.  apa citaaaaa ? 

Gambar di bawah ni untuk mengimbau zaman sekolah dulu 
tahun 2011 



semoga bahagia selalu & berkekalan hingga ke Jannah.
AmirahSyafieWedding
01072017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..