My first solo trip

Assalamualaikum & Hola Peeps
Hai semua. Apa khabar ? 
Entah berapa lama tak update apa-apa, tak buat apa-apa entri dalam dunia blogging ni. Terasa rindu tapi masa tidak mengizinkan. Hahaha acah buzy lagi kan.
"My first solo trip" 
tajuk entri hari ni. Sebenarnya kemarin aku pergi ke Semporna. Sendiri, maklumlah takda geng. Geng ada, dah ajak tapi masing- masing buzy study, buzy itu ini, takut hitam dan lain- lain. Sebenarya dah lama mengidam mahu pergi ke Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan tapi sebelum ni duit takda sangat & dulu macam coward gila. Takut apa pun aku tak tahu lah. 
Jadi, semalam 6.5.2017 hari sabtu aku pergi ke Semporna. Memandangkan aku orang Tawau, jadi mudah la untuk ke Semporna. Oh ya, aku sebenarnya ikut trip abang Darwis. Murah jer gais. Setiap hari ada, maksimum dalam bot 12 orang dalam satu kumpulan dapat la rm 70/pax. Ni untuk Pakej 4 Pulau ya. Pergi pagi balik petang. 4 pulau tersebut adalah Tatagan ( penempatan Bajau Laut ) , Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan. So kalau kurang daripada 12 orang, dia akan cas RM 90 seorang. Ehh tapi untuk hari ahad sahaja. Kalau hari-hari lain selain ahad akan di kenakan Rm 148 seorang. Aku dapatkan number telefon abang tu dari facebook, lepas tu terus whatsapp pasal pakej tu. Plan asal aku pergi hari ni, al maklumlah pergi sendiri, solo trip kaannn. Mahu murah pulak tu. Hikhik. Tapi abang tu cakap aku pergi hari Sabtu. Bayar harga murah jer, yang lain tu dia belanja. Memang baik gila. Patut lah ramai yang recommend abang Darwis ni. Harga tu murah kan, tu dah masuk jetty, bot, makan tengahari, minum, life jacket, set snorkel dan lain-lain. Oh ya, deposit Rm 20.
Hari Khamis aku whatsapp tanya harga lepas tu terus bagitau aku mau buat solo trip. hahaha, nekad tak ? Jadi hari Sabtu, iaitu semalam, aku gerak dari rumah jam 6.30 pagi sampai stesen bas semporna ( sebelah century bandar Tawau )lebih kurang 6.50 pagi. Tunggu punya tunggu bas takhadoo. OMG TANDA SERU TIGA KALI 
Hahaha dalam pukul 7, satu van ke Semporna sampai. tanya dengan driver dia cakap jam 8.30 pagi baru gerak . WHATTTTTT ?!!  Tanpa buang masa, aku pun terus gerak ke tempat biasanya banyak orang semporna bawak (prebet) kereta sewa. Tapi rupa-rupanya ada van siap ber air cond lagi tunggu di situ sejak awal pagi. So, gais siapa-siapa yang mahu pergi semporna awal pagi, pergi bahagian depan grace plaza, Tawau ya. jangan pergi yang di stesen Semporna sebelah century tu sebab situ memang lambat gerak. Kalau van dari sebelah Grace Plaza ni, paling awal ada jam 6.00 pagi, dan gerak setiap setengah jam. Aku dah cemas ingat dah takda bas, siap berwhatsapp redhooo bagai dengan Abang Darwis tu. Memandangkan aku naik van yang jam 7 pagi so aku sampai Pekan Semporna jam 9 pagi. Boleh sampai awal tapi, driver tu siap singgah turun beli buah potong lagi tepi jalan. Haihh. Harga Van Rm 10 dari bandar Tawau ya ! Okay, sampai di Semporna tiba-tiba pulak la jalan jem gilaaa sampai aku pun hampir gila di buatnya.  Sebab dalam itenery abang tu lasi kumpul 8.30 pagi di Jeti Umum Semporna tapi aku sampai 9.00 pagi. Sampai pulak di Semporna aku hampir sesat. hahaha sebab sebelum ni, dah pernah pergi tapi last tahun 2009 lah. Dah maju Semporna sekarang. Sampai di sana, serius aku macam lost kejap, abang tu pun dah call , siap dia jemput lagi dengan kereta padahal tak jauh pun. Sampai di Jeti, memang awkward sebab aku satu-satunya customer dalam bot kecuali abang boat man & adik Faizal yang jadi guide. Bot sebelah menyebelah dah pandang pelik dah sebab bot lain semua full, boat man cakap aku VIP. hahahaa. 
lepas dah buat segala urusan, kami pun bergerak ke Lato-Lato Mun Resort sebab mahu ambil guest di sana. Ada 6 orang, semua perempuan & cikgu-cikgu dari semenanjung. Jadi, kami pun bergerak ke Bohey Dulang, Pulau Tatagan terpaksa di skip sebab masalah teknikal. But don't let it ruin your holiday mood. 
Bergerak ke Pulau Bohey Dulang, ni aku memang exited la sebab ada hiking & pemandangan puncak nya yang terlalu Indah. Mendaki bukit, setinggi 600 m tapi laluan sukar. memang kena hati-hati berkasut sebab jalan licin & berbatu-batu. Yang akak-akak cikgu tu semua dah mental breakdown la. Aku exited sebab memang suka hiking & buat aktiviti luar. Sampai di atas pemandangan yang Subahanallah tak tahu macam mana di keluarkan dalam kata-kata. Memang cantik sangat-sangat.
Jangan lepaskan peluang bila boleh ambil gambar. Hahaha. penuh memori dengan muka sendiri. Bila kita buat solo trip, lagi banyak pengalaman yang kita dapat sebab kita yang aturkan semuanya sendiri. Jadi jangan takut untuk cuba ya! 
Lepas dah selfie banyak-banyak, kami pun turun dan bergerak ke Mantabuan. Di Pulau Mantabuan ni, Kita boleh snorkeling dan singgah untuk makan. Kawasan ni di bawah jagaan tentera ya. Jadi jangan risau. Kami makan dan rehat sebelum bergerak ke Pulau Sibuan. Di Sibuan, sangat ramai orang yang snorkeling, berenang &diving. Aktiviti best & aku pun sentiasa exited walaupun ni First solo trip aku. Banyak sembang , baik kita upload gambar . Hikhik


VIP
bot kosong hahaha

orang dalam bot sebelah mesti ingat aku ni forever alone mmm siap ada yang ambil gambar aku dari bot sebelah





Lagi 200 m untuk sampai ke puncak. penatttt !!







Dah sampai puncak yayyy !!


This is Bohey Dulang Island 

Sibuan Island. 
Tiba-tiba teringat mv stacy pelangi senja. Hahahaa



Snorkeling di Sibuan Island 
Kepuasan bila kau dapat apa yang kau mahu, dapat jaga diri sendiri, enjoy dengan first solo trip ni. walaupun tak jauh tapi ni pengalaman berharga. Bukan semua orang boleh duduk makan di restoran sendiri, jalan sendiri, shopping sendiri apa lagi buat trip sendirikan. Alhamdulilah, my first solo trip succeed ! 
 

Ulasan

  1. Bestnyer sis... Tak pernah smpai lagi oooo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mau jugak tp cakap jer xguna kalau xpegi kn? Hahahaha..

      Padam
  2. Balasan
    1. cantik kan ? hari tu kita dah plan buat duo trip, tapi tak jadi pulak. hmmm. jom dtg sabah lagi. kita pergi sama-sama

      Padam

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..