Rabu, 27 Disember 2017

Assalamualaikum semua.
Hari ini 27 Disember 2017, kami di ajak oleh abang Jenal pergi ke Bukit Botak ( Bald Hill ) yang terletak di Jalan Quoin Hill, Balung River Batu 15 Tawau. Kami di jemput sekitar pukul 6.15 pagi & sampai di kawasan rumah & kaki Bukit Botak sekitar pukul 7.05 minit pagi. Di sana, kami bertemu dengan Abang Hanif yang merupakan guide & menanda jalan. 



Memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan yang jarang di masuki, kami agak keliru dengan jalan menuju puncak & hanya berpandukan tanda jalan pada pokok yang kebanyakannya sudah hilang. Trail memang tiada, kawasan bersemak, ada pokok tumbang, licin & banyak batuan besar di sepanjang jalan menuju puncak. 

menanda pokok & jalan

trail yang perlu di lalui



 Alhamdulilah, sekitar pukul 8.20 pagi kami telah tiba di puncak bukit. View kurang jelas kerana di kelilingi pokok-pokok di sekitar puncak. 
Besi beirut yang hilang 💆


 Mila & Mira


berempat pun boleh. 


Assalamualaikum semua. Hai, apa khabar semua ? Hari ini, macam biasalah kan mahu update entri yang tertangguh. Malas & mood menulis belum datang lagi. HAHAHA. Memandangkan hari ni, terasa rajin sedikit aku pun update lah untuk entri 24 Desember lepas, hari ahad sekali lagi ( untuk kali ke 6 ) mendaki di Bukit Akar untuk bawa "amanah" dari kak Ain iaitu geng-geng tempat kerjanya untuk hiking di Bukit Akar. Walaupun dah jejak kali ke 6 tapi masih lagi ragu untuk bawa orang & mencari "pintu masuk" Bukit Akar. Jadi kali ini ditemani oleh Diel untuk jadi guide & dan aku jadi penyapu ( sweeper ) HAHAHA . Alhamdullilah, kami berjaya juga mencari "pintu masuk" & berjaya sampai ke puncak Bukit Akar. 




menunggu yang lain sampai 

bersama kak Amy & Kak Jue



gambar curi 😂

24 Disember 2017
Selamat ulang tahun yang ke 69 tahun mak 😊

berbekalkan teh o panas

Di puncak, kami berjumpa dengan Abang "sayur bening & the geng" . Kami rehat & makan sebelum turun. Kali ni, kami ikut trail lain pulak yang di "pandu" oleh abang Meon. Alhamdulilah, sekitar pukul 12 kami keluar & bersurai. 


sebelum balik & di hantar pulang ke rumah, alhamdulilah Kak Jue sempat belanja makan mee tauhu Tawau lagi. Semoga bertambah rezeki kakak & keluarga ya. 

Ahad, 17 Disember 2017

Assalamualaikum guysss. Hari ini 17 desember 2017 sekali lagi, buat kali yang kedua aku pergi ke Batu Bersusun di Balung Cocos Tawau ( boleh rujuk entri sebelum sebelum ini ) Kali ini memang plan yang gila & betul-betul last minutes sampaikan aku tak tukar baju yang aku pakai di rumah 😂 


Pukul 1.16 petang tadi, Kak Ain whatsapp tanya perjalanan ke Batu Bersusun & tiba-tiba ajak ke sana pukul 2 petang. Hahaha. Kami cuma 9 orang, berkumpul di Batu 8 ( beli makanan, tunggu orang dll ) kami bertolak ke sana dan tiba lebih kurang pukul 3.15 petang. Makan, selfie & mandi-mandi tu wajib lah kan. Ada kejadian yang tidak diingini & mencemaskan nasib baiklah tiada apa yang serius berlaku. Kami bergerak pulang awal pada pukul 4.30 petang kerana Kak Ain ada urusan. Walaupun sekejap tapi tetap seronok juga 😊

alert pada papan tanda kecil comel ni ya !


 belakang lori pun jadi lah 😅


masa aku belum ready bhai 😂









Assalamualaikum. Muncul lagi untuk update entri pasal Bukit Panchang pada 15 desember 2017, hari jumaat & Bukit Lee Man Kui pada Sabtu 16 desember 2017. 



15 Desember lepas, kami (Abang J, Kak Mila & aku) pergi ke Bukit Panchang pada sebelah petang untuk isi masa lapang. Hahaha. Kami mulakan pendakian pada pukul 5.08 petang & tiba di puncak pada pukul 5.47 petang. Bila mendaki petang memang surrender. Dia punya penat tu perhhhh lain macam. Macam nafas pun sukar di kawal. Alhamdulilah perjalanan tidak sampai sejam & cipta rekod masa baru untuk sesi hiking petang. Seperti yang di jangka cuma kami bertiga di puncak. Ambil peluang berehat & selfie itu harus. Alhamdulilah buat kali ke 11 berjaya lagi mendaki Bukit Panchang. Kami turun selepas azan & struggle juga turun dalam keadaan gelap & cuma bertiga. Tapi di kuatkan hati & yakin pada Allah & diri sendiri kami selamat tiba di rumah 😊

adidas kampung 💪

 perjalanan ini terasa sungguh jauh 😂

puncak 😄

bersama kak Mila yang lama nau cuti hiking 😅

i miss you, dad 😥
Moga di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

parents 😘

sebelum bawa kamu, aku bawa gambar dulu ya 😄

Sejuk di bukit + teh o panas
paling asiikkk sudah macam tak mahu turun



Dan pada 16 Desember 2017, buat kali yang kedua aku pergi ke Bukit Lee Man Kui & pergi berlima saja pun boleh. Untuk detail boleh rujuk kepada post entri sebelum-sebelum ini lah yer. Untuk letak link memang susah sebab update blog gunakan telefon bimbit. 

Kak Fyna, kak Ain, abang Ishak & Kak Zil


Assalamualaikum semua. Hari ini ku paksa diri untuk update entri selepas beberapa entri masih terhutang. Hahaha. Sibuk lah kononnya. Entah apa yang di sibukkan aku pun tak tauuuuu lah. 

Okay berbalik pada entri, 14 desember 2017 hari khamis yang lepas kami sekali lagi mendaki, tak la mendaki sangat sebenarnya 😅 kami pergi ke Bukit Tanjung Batu. Ini kali kedua pergi ke sana. Pada awalnya kami hanya bertujuh tetapi ada yang naik selepas magrib juga. 


Kami bertujuh mulakan perjalanan pada pukul 5.00 petang & tiba lebih kurang 5.20 minit petang. Selepas itu kami cuma duduk mengambil gambar, mengunyah ( harussss ) & menyaksikan matahari terbenam. 

Ada kisahnya semasa kami ( Kak Ain, Kak Artea & aku ) mohon diri untuk turun selepas azan maghrib berkumandang. Sebenarnya kami mohon untuk turun & balik dahulu disebabkan masa solat Maghrib yang singkat. Jadi lebih kurang 6.40 petang kami meminta izin dari guide untuk turun. Kononnya yakin & pastu dengan trailnya yang kami anggap jelas, mudah & rendah. Dengan keyakinan kami pun turun tetapi kami tak jumpa jalan turun padahal trail agak nyata semasa kami naik petang tu. Kami berjalan & sampai di kawasan rumput tinggi yang kering padahal kami yakin semasa naik, kami memang tak jumpa trail berumput begitu. Selepas itu, kami agak pelik jugaklah & buat keputusan untuk berjalan naik semula. Selepas itu, kami cuba lagi & masih lagi tak jumpa jalan. Agaj terkejut juga kami seperti di " tutup mata" dan lebih kurang 30 minit cari jalan tak jumpa. Alhamdulilah, masingg- masing tak panik & akhirnya kami buat keputusan untuk naik semula ke tempat guide kami. Kami sampai kepada mereka tepat 2 minit sebelum azan isyak & team lain yang naik selepas kami betul-betul menyusul di belakang kami. Yang peliknya, mereka ramai & bising. Masing-masing membawa lampu tapi kami langsung tak dengar suara & cahaya lampu suluh mereka padahal bukit tu tak tinggi pun ( bumbung rumah orang yang tinggal di bawah pun boleh nampak ) . 

Selepas mereka yang baru sampai rehat & makan makanan yang di bawa, kami pun turun beramai-ramai & jalan turun tu cuma simpang yang peliknya kami bertiga boleh terlepas pandang. Pelik & penuh pengajaran. Jangan cakap besar di tempat begitu ya & walaupun dah berkali-kali kita pernah sampai pada suatu tempat itu (terutama bukit/ gunung/ hutan ) fahami lah yang siang & malam adalah berbeza. Bawa guide yang berpengalaman & jangan panik ketika tak jumpa jalan. Baca ayat kursi & yakin. Alhamdulilah, kami bertiga tak panik & memang silap kami sebab tak turun sama-sama. Pengajaran yang perlu di ingat sampai bila-bila. 







pemandangan petang & malam 


lepas membukit, singgah makan lagi dengan geng yang lambat naik.