Trip Taman Bukit Tawau ( TABLE )

14 Desember 2015. Semalam itu semalam. Eh, nyanyi lagu wings pulak lah. Hahaha. Sebenarnya, semalam kami satu keluarga buat trip ke Taman Bukit Tawau (Tawau Hill Park) atau lebih "femes" dengan gelaran TABLE. kenapa TABLE ? Maaflah, kurang pasti pulak. Dalam post ni takkan ada sejarah, jenis jenis pokok dll, tapi info pasal harga tiket masuk & masa buka sahaja.

Kakak & anak anak buah dah lama sampai Tawau, tapi langsung tak pegi ke mana-mana. Kesian, masalah kenderaan kan. Jadinya, kami pun sewa van untuk ke sana. Pergi tak ramai, 9 orang. Perjalanan dari Pusat Bandar Tawau ke Taman Bukit Tawau mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Sampai di sana, memang kami lah yang bukak kunci pagar TABLE tu. Hahaha. Kami lah yang terawal sampai di sana. Kali terakhir jejak kaki ke TABLE ni masa umur aku 16 atau 17 tahun. Jadi maklumat untuk ke sana pun aku blur. Dulu, ikut rombongan kawan. Jadi harga tiket masuk, masa buka TABLE pun aku tak tahu. Memang main ikut orang. Jadi, aku pun carilah maklumat di internet, blog blog dll tapi nangis. Langsung tak ada maklumat. Eyyy, menyakitkan hati betullah. Tempat tarikan pelancong kot. Jadi sampai sana, aku pun terus cari maklumat pasal Taman Bukit Tawau ni untuk diri sendiri & kemudahan orang yang tak pernah pergi ke sana.

Sedikit info mengenai Taman Bukit Tawau.


Taman Bukit Tawau buka setiap hari. Di ulangi SETIAP HARI dari 8.00 pagi - 4.30 petang. Bayaran masuk untuk :

Warganegara Malaysia
Dewasa (18 Tahun keatas) : RM 3
Kanak - kanak : RM 1

Warganegara asing ( NON Malaysian )
Adult (18 years and above) : RM 10
Children : RM 6

Seterusnya, harga Taman Botani Taman Bukit Tawau :


Harga sewaan pelampung untuk pengujung TABLE :


Itu info asas yang pengujung perlu tahu sebelum pergi ke Taman Bukit Tawau. Harap bermanfaat untuk bakal bakal pengunjung yang pertama kali sampai ke sana. Okey, sekarang cerita dan gegambar aku & keluarga di sana.
Macam yang aku cakap tadi lah, kami pengujung paling awal sampai. Biasalah trip & selfie berpisah tiada. Sesampainya di sana kami terus mengambil gambar kenangan. Kami tak pergi hujung minggu sebab tak mahu la "crowded" sangat. Jadi kami pilih hari isnin untuk pergi. Kalau hujung minggu, bolehkan pergi area sungai belakang tu. Tapi memandangkan bukan hujung minggu, kami kena pilih bahagian depan ataupun tempai yang ada "guide" ataupun penjaga kawasan tu.



Di pintu masuk Taman Bukit Tawau.


Jambatan gantung TBT.


Sebenarnya kawasan ni kawasan larangan sebab tak ada penjaga. Tapi kan tak tahu, jadi ingatkan kawasan ni boleh la lepak jugak. Kami dah siap berendam & berjimba jimba di kawasan ni. Boleh pulak penjaga kawasan lain panggil kami pergi kawasan depan. Tak apalah kan. Utamakan keselamatan. Jangan degil lah kan, nanti kan di bawa arus, sia sia lah terapung-apung hilir sungai. Sob sob 😂


Sedih, sebab tak dapat mandi di kawasan ni. Serius kawasan ni cantik, tapi agak kedalam sikit lah. Siapa yang mahu pergi kawasan ni, pastikan pergi hujung minggu ataupun dapatkan persetujuan daripada abang-abang penjaga disitu. Bak lagu Hattan "tak tahu tanya dulu, jangan kome memandai-mandai yai".


Bacaaa woi , bacaaa. Jangan bersepah !




Besar gila pokok-pokok di dalam TBT.


"I'm jungle, jungle is me" bak kata Jackson Got7


"Law of the jungle" episod istimewa.


Exited





Candid paling epik sekali 😁





Maafkan saya. Shawl saya sebenarnya tuala mandi 😂

Ulasan

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..