Selasa, 15 Disember 2015

Percubaan kali kedua.

Asalamualaikum. Long time no see 😁

Hari ni, aku nak kongsi sikit pengalaman kedua buat korean/chinese food ni. Ada yang sebut Mandu, ada yang panggil dimsum, ada yang cakap wantan & dumpling. Mana mana pun boleh. Memang lebih kurang pun makanannya. Tapi lain sebutan, ikut negara la kan.

''Projek mandu'' kali ni lebih gempak, sebab aku berkolaborasi dengan anak buah aku, Iqmar. Lagipun ni memang betul betul ikut Korean punya resepi kecuali tang kulit mandu tu sebab kemalasan melanda, kami cuma beli & pakai kulit wantan. Segera, mudah & praktikal gittuw.

Kiranya ni cara yang rumit lah daripada aku punya percubaan pertama buat mandu. Sebab hari tu aku gaulkan semua sekali bahan-bahannya. Maklumlah percubaan pertama & buat sendiri. Aku kan orang yang sangat "simple minded" atau dalam kata lainnya "malas". Hoho. Disebabkan anak buah aku yang cari resepinya jadi aku follow lah resepi korea tu ( ikut mana yang halal lah )

Dari segi "seasoning", aku memang sah sah la main cecampak kan, tapi kali ni dia ada step sikit lah. Sebelum tu aku kongsi bahan bahan lah dulu ya.

Bahan bahan :
- Dada ayam ( di cincang halus ) boleh gunakan bahan protein yang lain.
- Taufu lembut / tauhu
- Cendawan ( aku gunakan cendawan shitake )
- Bawang ( putih, merah & bawang besar )
- Dedaunan 😂 ( daun sup, kucai, daun bawang )
- Bahan perasa / perisa ( garam, lada hitam, kicap cair )
- Minyak bijan ( tapi sebab hari tu tak ada stok minyak bijan, pakai lah minyak sayuran. Moral of the story, sila pastikan bahan bahan masakan mencukupi sebelum memasak )
- Kulit wantan ( sila lah rajinkan diri buat doh untuk kulit mandu anda )

Seasoning :

Bahagian 1 : Ayam + lada hitam + garam
Bahagian 2 : Cendawan + minyak bijan + kicap cair + bawang merah / besar + lada hitam
Bahagian 3 : Taufu lembut / tauhu + garam
Bahagian 4 : Daun kucai + daun bawang + minyak bijan

Kalau ikut resepi ni, memang kena pandai "adjust" bahan perasa la & kena rajin basuh pinggan. Hahaha. Kalau aku punya resepi, menang cecempak & cecampoq sekali jer. Tapi ni, dah siap "season" setiap bahagian, boleh campurkan semua sekali. Rumit sikit lah kan. Jadi, lepas dah campurkan semua bahan bahan & bahagian 1 - 4 , boleh lah masukkan dalam kulit wantan / doh yang di buat. Lepas dah siap tu, boleh lah goreng ataupun di kukus. Kali ni, aku goreng sebab percubaan mandu hari tu aku kukus. Ni antara gambar nya.



Bahan bahan mentah yang sudah di sebutkan.

Lepas "seasoning" semua bahagian 1-4

gaulkan semua sekali, masukkan inti kedalam kulit wantan.

Kelimkan kulit mandu mengikut kreativiti sendiri


Goreng. Dan inilah antara hasilnya.
Selamat mencuba 😄

1 ulasan:

  1. Sedap..cuma rasa cendawan kuat sangat. Hehehe. Kena kurangkan sukatan.

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..