Percubaan pertama

Annyeonghaseyoo ! Jeonam Mieya rago haeyo. Mieya yoegiyo. Mannaseo ban-gapsseumnida.
Hello ! My name is Mieya. Mieya here. It's pleasure to meet you. HAHAHA. 
ni translate bahasa di atas yerr ! Hai bloggers, hai readers & hai stalker * zara.

Lama rasanya tak muncul di "alam" ni. Hmm ada yg cakap "eh hidup lagi kau rupanya", "mana kau menghilang Mieya" "Mieya sombong", "Kau mana ingat aku kan", "kau kemana ? aku Call tak angkat", dan lain-lain. Sabar je lah kan.

okay, stop lah pasal tu. Hari ni, mungkin ada yg tertanya-tertanya kenapa aku buat meet & greet tu dalam bahasa Korea kan ? Haa , meh sini aku bagitau. DEAHAN MINGGUK (bkn #SongTriples : Daehan Mingguk Manse dr The Return of superman ya, siapa peminat Korea tahu lah apa yang aku cakap kan ni) tapi ni Deahan Mingguk (means Korea). Hari ni aku dah laksanakan mission / plan untuk masak makanan korea iaitu Ttebokki & Mandu/dumpling.

Okay, mungkin ramai (ramai kerr ?) yg tertanya² kenapa aku tiba-tiba dapat ilham untuk buat 2 resepi korea ni kan?Sebenarnya, ni semua angkara K-World, angkara Kpop, angkara K-drama K-VariertyShow orang² Korea ni. Pengaruh diorang kuat. Memandangkan aku ni boleh kitakan minat (MINAT, bukan taksub okay) dengan K-World, so kita pun sebok la dengan penyanyi Kpop/pelakon k-drama, boy/girl band diorang kan *untuk makluman, i peminat EXO, B2ST, Kim Woo Bin, Ji Chang Wook dan banyak lagi. Tak boleh la sebut semua kann ?! selain tu program TV diorang yang selalu tunjukkan makanan ataupun streetfood Korea. Menyebabkan kita yg tengok ni, telan lioqq jgk. Nampak macam sedap. Sebabkan tu lah, aku pun terhengennn jugak untuk cuba makan makanan diorang. So, beberapa hari lepas aku keluar cari bahan-bahanuntuk buat Mandu & Ttebokki ni dan hari ini baru lah mission imposibble tu di jalankan.

Mula-mula aku buat doh untuk buat ttebokki tu ( ttebokki/ ttepokki/ddaebokki sebut lah yg mana senang) sebenarnya spicy rice cake. Kalau ikut cara tradisional diorang memang payah la sebab kena masak beras, tumbuk sampai hasilkan rice cake tu, tapi ada jalan yang mudah. Jangan risau! HAHAHA. cara mudahnya hanya perlu beli rice cake instant di pasar raya. Tapi  pasar raya di sini tak jual rice cake tu jadi kita uli sendiri sajaa lah. senang, cuma memerlukan 3 bahan iaitu Tepung pulut, air & garam. Adun lah macam mahu buat onde² /kuih buah Melaka tu. Bahan-bahan tu letak ikut instict macam aku buat. pandai-pandailah adjust HAHAHAA. dan ini hasilnya


aku buat dalam kuantiti yang sikit, maklumlah, tinggal berdua. Mak waa mana makan benda-benda begini (aku pun sama jugak sebenarnya) Okay lepas tu ulilah buat adunan tu panjang-panjang & potong serong (kenapa serong ? entah la. sbb dalam resepi tu dia cakap potong serong). Saiz & panjang tu agak² panjang jari kelingking aku. Tak tau macam mana saiz sebenar rice cake tu jadiaku bantai saja lah.


okay, ni hasilnya. Sori la, tak cantik. Saiz pun tak sama. First time kot ! Kasi can laa kan. okay bila dah siap buat macam ni, panaskan air & rebus laa sampai rice cake ni timbul.


ni lah keadaannya lepas aku rebus & tos. aku masukkan ice box kejap. Bila rice cake dah siap, kita mulakan lah untuk kuahnya. Serius, aku tak pernah tengok & rasa ttebokki ni sebenarnya. Bahan-bahan pun aku tak tahu. Jadi aku bantaikan ikut selera & tekak Melayu Sabah aku ni. Macam biasa la kalau mahu masak kan, kena ada bawang putih & merah. Bagi yang sangat sukakan pedas boleh tambah cili padi. Sos cili / tomato, pes cili, bahan-bahan protein contoh ayam, daging dan aku cuma gunakan fishcake saja (boleh tambahkan telur rebus jugak). Sayur-sayuran kegemaran anda. Sebab aku tak tahu rasa sebenar ttebokki ni jadi aku tak boleh jugak bayangkan bahan² yang patut di gunakan. oleh itu aku skodeng blog-blog lain untuk tahu apa bahan yang sesuai di gunakan. Okay lepas tu tumis lah bahan untuk kuahnya. Tumis macam biasa okay. . kuantiti air tu pandai-pandai adjust & nanti kuah ttebokki tu akan pekat.


Ini lah hasilnya. Tak cantik sangat . First time laa katakan. Tapi boleh la.

Kedua, Mandu. Pasal Mandu ni pulak, takda lah mandu sangat. macam dimsum aku tengok. Tapi lantak laa kan. asal jadi sudah. Tapi di sebalik kisah Mandu ni, aku menangis. sebab tak cantik . Geram gilaaa aku. sempat masuk bilik, Menangis 5 minit !

Untuk kulit mandu, dohnya sama jugak macam buat rice cake tu. tapi pakai tepung gandum ya. ala-ala buat doh karipap gitu. Memandangkan tiada tepung gandum (lupa beli) aku pakai kulit popiah. Haaa, nampak tak. Jadi pasal kulit mandu tu kita tinggalkan, sebab dah kita settle la kan. sekarang fokus untuk inti mandu tu. Sukahati la mahu pakai isi apa ayam, daging, udang tapi hari ni aku pakai ayam. Dada ayam tu aku yang cincang sendiri. Lenguh tangan. lepas cincang ayam tu, masukkan kan lah perasa & bahan yang disukai. Untuk aku garam & bawang tu paling penting la kan. tambah lada hitam & letakkan sedikit daun sup. lepas tu gaulkan sama rata. 



masukkan lah inti tadi ke dalam kulit mandu  sediakan air mendidih untuk mengukus mandu. Kalau minat mandu goreng pun okey jugak.

aku bungkus macam ni sebab bab menghias aku memang gagal dari zaman sekolah lagi. Masuk kan ke dalam periuk untuk mengukus.

1 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..