dalam kenangan ~


Esok, 8 Mac 2015. 
Genap setahun arwah bapa (Haji Arbain Bin Mastur) kembali ke rahmatullah. Semoga sentiasa tenang di sana & di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Juga buat mangsa nahas MH370 yang hilang pada tarikh yang sama. Al fatihah.


Luluh hati ku yang sayu menatap wajahmu, tenang dalam lena. Kasih zahirkan laku sedangkan bibirku jauh dari lafaznya.

Dan raut tuamu membekas jiwaku, meredakan rindu mendamaikan kalbu. Tak mungkin ku temu iras sentuhan mu, biarpun ku redah seluruh dunia mencari gantimu .

Tak mungkin terlihat cinta yang merona, jika hanya renungan mata yang bersuara bukanlah tutur kata.

Tiada lagi ertinya pengucapan, andai akhir nafas di hujung helaan. Sebelum mata rapat terpejam usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan.

Serius, ni antara bait bait lagu lafaz yang tersimpan kumpulan UNIC. Dengar lagu ni, memang sedih.
8 Mac 2014 , dalam kenangan.