sharing is caring

Hai semua. Apa khabar ?tiba-tiba rasa nak update blog . *untuk makluman : aku update entri ni dalam perjalanan balik kerja. punya semangat kan ? mesti orang belakang & depan aku sakit hati tengok aku berjalan tak tengok kiri kanan.

Sebenarnya hari ni aku rasa lesu gila . mengantok sampai terlelap dalam ofis . Pertama kali aku rasa mengantok begitu. Dari pagi sampai ke petang , berulang cuci  mata di tenyeh tenyeh tetap jugak rasa mengantok tu tak boleh hilang . Tiba-tiba terbuka la hati ni nak menggunakan perhidmatan abang google untuk settle kan problem aku hari ni .

alhamdulilah, atas bantuan abang google aku pun terjumpa petua dari satu blog hamba Allah ni * lupa nama blog tu . dia share petua hilangkan rasa ngantok masa tengah bekerja ataupun belajar . cara nya mudah saja .


LAATAK KHUZUHU SINATUW WALA NAUMM . [ maksudnya : Dia ( Allah ) tidak mengantuk & tidak tidur ]
ni sepotong ayat daripada ayat kursi .


macam yang kita tahu la kan amalkan membaca ayat kursi ni banyak kelebihannya . antaranya :




serius punya la aku mengantuk tadi , aku baca potongan ayat di atas tu , hilang rasa mengantuk tu . baca 3x dan amalkan selalu . semoga share kali ni bermanfaat kepada kita semua.