Kami @ Tioman

hai ! hari ni dah hari ke 2 practikal . alhamdulilah , setakat ni okay . semua sudi bagi tunjur ajar & dapat la kenal-ii dengan orang baru . hm , aktiviti hari ni bersihkan bilik * housekeeping , jadi pembant cheff * laa sangat .. HAHA !

ntah laa , untuk 2 hari ni rileks lagi kot sebab takda orang sangat . tapi seperti yang di gembargemburkan yang raya ni memang tak hadoo cuti . lepas raya baru dapat cuti . hmm .. nak buat macam maa , ni pengorbanan . dengar-ii raya pertama ramai customer yang datang . so ready la fizikal & mental . ni la masa belajar kan ?

tak dinafikan , berjauhan dengan family , berbuka tanpa family & bersahur tanpa family memang sedih & sebak . aku rasa aku & noh rasa benda yang sama jugak . lain rasanya , janggal tapi nak tak nak kena buat jugak . * terlintas di fikiran utk meminggirkan saja semua pencarian di sini , tetapi ini sebahagian dari pengorbanan bekalan andainya hari sukar mencabar . eh , nyanyi la pulak !

ini baru sebahagian . lepas ni , kita tak tahu apa lagi kan ? aku harap kami boleh lalui semua ni. dia beri kekuatan mental , fizikal , emosi , dan permudahan segala urusan . in sya Allah . dan kali pertama dalam hidup aku rasa macam ni , rasa RINDUUU sangat-ii dengan family . ribdu gilaa dengan mak , dengan kakak , anak-ii buah .. hmm , takpa laa . baru dua hari , in sya Allah kami boleh biasakan diri . doakan-ii kan lah kami :)


di sini lah hidup kami selama 4 bulan.


pemandangan awal pagi *gambar pagi tadi


pemandangan waktu senja

Okay laa , entri kali ni sampai di sini saja . kalau aku cerita banyak-ii boleh jadi novel , menangis-ii kang aku sambil tulis entri byeee ~

Ulasan

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..