Rabu, 12 Mac 2014

8.3.2014 dalam kenangan ~


dah lama aku tak update story kan ? nak cakap buzy , tak jugak . tengok mood  laa . tau la aku ni jenis orang yang angin-angin jugak . sebenarnya , aku baru lepas cuti semester 2 . khamis lepas aku daftar untuk semester 3 . alhamdulilah , pointer naik . dapat 4.00 . terkejut sangat , aku tak jangka langsung boleh dapat 4.00 . syukur alhamdulilah . sem 1 , aku dapat 3.93 . ada peningkatan . harap-ii dapat kekalkan pointer untuk sem 3 & dapat berkerja di tempat praktikal semester 4 nanti.  sepatutnya , hari ahad (9.3.2014) aku dah masuk sem baru , tapi hari sabtu , sehari sebelum kelas aku dapat khabar yang paling sedih pernah aku dengar yang bapa aku dah meninggal dunia .

 masa tu , aku tak tau nak buat apa . memang kepala ni betul-ii blurr , kosong , apa yang orang cakap dekat aku pun aku macam tak dengar . ntah laa ,  petang tu ada orang kol , dia cakap mak aku nak cakap dengan aku . lepas tu aku dengar suara suara mak aku macam orang nangis . mak aku cakap la "Mia , jangan sedih ya nak , xda suda bapamu" . aku dengar ayat tu , aku menggigil . tapi aku tak percaya. lepas tu aku kol akak aku . dia pun belum dengar berita lagi . aku rasa dalam adik beradik , aku orang pertama yang tau . sebenarnya sebelum tu , akak aku memang ada kol aku. dia cerita pasal pesawat MH 370 yang hilang tu . aku pun macam orang gua , mana ada tv dalam bilik sewa ku , memang terkejut dengar . rupanya , beberapa minit lepas tu ada berita lagi mengejut . akak aku tak percaya langsung dengan aku . aku rasa lebih daripada 10 kali dia tanya aku soalan yang sama .  sebab kan tu jugak , aku pun jadi tak percaya . aku kol balik nombor orang yang kol aku tu . lepas tu dia cakap laa yang bapa dah takda . lepas orang tu cakap macam tu  aku terus menangis . air mata ni tak boleh berhenti menangis . ya Allah , terkilan rasanya tak dengan arwah masa tu . lepas tu , aku balik rumah akak aku . booking tiket balik . sepatutnya aku balik 9/3 , tapi masa nak booking & beli tiket tu pulak laa tiket tak boleh beli on the spot . hanya tuhan yang tahu betapa stressnya aku masa tu . dan aku cuma dapat tiket balik esok . hari ke 5 arwah bapa meninggal baru aku sampai tawau . terkilan , sedih & kecewa  . Tuhan jak yang tau perasaanku . 

sekarang ni kalau aku duduk sorang-ii ternampak pesawat terbang ataupun dengar bunyi kapal terbang, aku automatik teringat dengan bapa . sebab tarikh bapa meninggal sama dengan pesawat MH 370 hilang. lepas tu hari tu jugak la hari paling mengecewakan sebab aku tak boleh beli tiket kapal terbang balik ke tawau . aku dah lama tak jumpa bapa , last jumpa pun raya haji tahun lepas . nak tengok kali terakhir , tengok jenazah bapa pun tak sempat . macam mana aku tak terkilan :'(

dalam sedih tu , aku terharu juga dengan keperihatinan , doa & sumbangan kawan-ii , pensyarah , jiran-ii . memang banyak bagi semangat , dorongan & bantuan . aku tak macam mana nak balas kebaikan diorang semua . aku memang tak mampu balas , hanya Allah yang mampu membalasnya :')

tapi apa-ii pun , walau bapa dah takda kami takkan lupakan bapa . bapa sentiasa hidup dalam hati kami :')
semoga roh bapa di samping golongan yang beriman . al- fatihah .

& #PrayForMH370 


4 ulasan:

  1. al-fatihah untuk bapa amira..
    sedih dengan kejadian menimpa pesawat mh370 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih :')
      kebetulan tarilh sama dengan tarikh mh 370 tu

      Padam
  2. al fatihah...memang tarikh tak dapat di lupakan sampai bila²..

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..