Ahad, 26 Januari 2014

TRIP KL ~

Dah lama tak mengupdate entri . hari ni nak cerita sikit pasal lawatan ke KL pada 21 – 23 januari 2014.  pelajar SPL 1 & SPL 2  terlibat semua sekali & 3 orang pensyarah . 

Hari pertama ( selasa 21 januari 2014 ) kami berkumpul di kolej pukul 5 pagi . sepatutnya 5 pagi tu dah gerak , tapi ada masalah sikit so kami solat subuh & sarapan di kolej . biasalah , kalau ada trip mwsti laa ada komentar kan . hihi . aku punya first komentar “pengetahuan umum pasal negeri Johor & kelapa sawit . aku memang tak lain laa , mesti cerita pasal sawit . hahaha . kami sampai dalam pukul 12 tgh hari & terus pergi ke FRIM di Kepong. Haa , di sini ada buat trekking sikit la . guide bagi penerangan pasal pokok-ii yang di tanam di situ . ada buluh gergasi , buluh burma namanya . pokok hujan-ii, pokok karas , pokok tapak hantu dll . lepas tu makan tengahari di kantin FRIM jugak . dari FRIM kami pergi ke KLCC untuk pergi ke Petrosains . dalam tu memang best laa . banyak benda baru yang kita boleh belajar di situ. Masuk jugak dalam pelantar minyak petrosains tu . lepas tu kami di bagi masa dalam setengah jam untuk cuci mata & beli cenderahati / barang-ii . aku mana pernah nak bershopping ni . tak minat tapi aku suka kumpul keychain . so , 3 hari trip ni ada 3 keychain aku beli . hahaha . Lepas tu , kami check in hotel di Brisdale Hotel . aktiviti malam tu bebas so kami merayau ikut suka hati .. hahaha . kami makan malam di kg Baru . nasib baik lah aku still ingat lagi jalan nak ke Kg Baru tu . 2 kali tukar tempat makan sebab tak menepati citarasa . ikut sukahati kami je tukar-ii kedai makan . haha ..



di FRIM  , Kepong




@ petrosains , KLCC ~

Hari ke 2 ,kami buat heritage walk . mula di Dataran Merdeka , Bangunan Sultan Abdul Samad, Galeri Kuala Lumpur, pergi jugak di tempat pertemuan sungai Klang & Sungai Gombak . Lepas tu , kami pergi ke Muzium Negara , Tugu Negara , Istana Negara  Baru ( Jalan Duta ) . sepatutnya kami buat lawatan di Masjid Negara tapi masa tak cukup so kami tengok dari dalam coach saja . lepas tu makan tengahari . dalam pukul 2.00 ptg kami dah bergerak ke Matic ( Malaysia Tourism Centre ) . sampai situ kami terus masuk kedalam kedai coklat “cocoa boutique” . haa , di sini kita boleh rasa macam-ii jenis coklat . ada coklat tiramisu , durian , cili ,  kari , coklat tongkat ali pun hadoo . lepas tu kami pergi tengok persembahan tarian suku kaum yang ada di Malaysia . ada  zapin , banggra , tarian kipas , “daling-daling”, tarian orang asli , tarian orang Sarawak dll . lepas lawat Matic , kami pergi ke menara KL . diorang semua exited beli macam-ii tapi aku blurr . tak tau nak beli apa . lepas tu kami pergi ke Malaysia Cultural Village di bahagian bawah menara kuala Lumpur dan balik semula ke penginapan. Malam tu pun aktiviti bebas . pergi makan & jalan-ii . PENATTTT  tapi seronok laa J
di dataran merdeka :)





apa ertinya bunga emas yang engkau miliki *lalalaaa~

di muzium negara , KL .



di istana negara :)


tugu negara ~

Hari ke 3 , pukul 7 pagi dah check out hotel & sarapan pagi di kg Baru . kami sarapan pagi di Nasi lemak antarabangsa . baru dapat rasa nasi lemak antarabangsa  sebab selama ni dengar  tengok dari tv jerr . lepas tu kami bertolak ke KLIA . kami di bawa masuk ke bahagian domestik & antarabangsa . dapat naik train KLIA untuk pergi ke Balai berlepas . dah tu kami pun bergerak balik ke Negeri Johor . dalam perjalanan balik pun kena komentar jugak , awak ingat boleh tidoo kee ?? hahahaha . so , aku komentar pasal istana Negara yang kami lawat tu . fuhhh ! dah habis tu , memang azab aku dah lepas la kan ? hihi . ingatkan terus balik ke Johor , tapi rupanya ada singgah lagi  di JPO (johor premium outlet) . ni tempat barang-ii branded la kan ? aku tengok sajaa laa . buat survey .. hihihi ..  

sarapan di sini :)




lawatan @ KLIA ~

ni laa perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur . okay , cerita aku pun dah panjang berjelaaa ni . aku pun dah penat menaip entri . BYEEEE BYEE :3

1 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..