this is Kota Bahru :)


Hello , selamat tahun baru 2014 untuk semua ..haha , terlambat pulak wish kan ? buzy sikit . baru balik dari kota bahru, Kelantan sebab ada program 3 hari 2 malam di sana . apapun , moga tahun baru 2014 ni di jadikan sebagai satu platform baru untuk terus maju. Moga kita semua dipanjangkan usia , di murahkan rezeki & berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. In sya Allah , aamiin J

Hmm , ni yang aku nak cerita . pasal program yang kami hadiri di kota Bahru . Program cabaran keusahawanan sosial dan di adakan di Crown Garden Hotel ,Kota Bahru Kelantan . perhh , aku memang exited la kan ? sebab aku memang teringin nak memijakkan kaki ke Kelantan . maklumlah , negeri si pujaan hati . negeri wan zaharulnizam .. hahahaha ..aku , Encik safarin wakil dari kolej komuniti kota tinggi . pensyarah pengiring pulak Encik kharim . kami pergi malam 27 disember 2013 dan berkonvoi dengan kolej-ii komuniti  johor yang lain . dalam pukul 11 malam perjalanan menuju ke kelantan bermulaaa . hooray ! hihihi .. bertolak ke kelantan 27 disember & balik ke kolej 31 disember , tapi sampai ke kota tinggi 1 januari 2014 dalam pukul 1.30 pagi . mau setahun jugak perjalanan pergi balik kami . hahahaha :D

Memang banyak berhenti-ii la kan sepanjang perjanan . toilet stop , makan tak kira masa ..hehe . sampai di Terengganu , pekena nasi dagang  untuk sarapan pagi . first time rasa , sedap ! lepas tu teruskan lagi perjalanan ke Kelantan . dalam pukul 12 tengah hari , sampailah kami di hotel Crown Garden Kota Bahru , tapi kami tak tidur kat situ . kami menginap di Royal Guest House KB. Lepas tu kami rehat & pukul 4 macam tu kami dah gerak semula ke hotel CG untuk sesi taklimat & cabutan undi .  ada 68 kolej bertanding, di bahagikan pada 3 liga. Liga A , liga B & liga C . untuk peringkat saringan kami masuk dalam liga A , pasukan ke 12 daripada 23 pasukan .. alhamdulilah , walaupun juri agak agresif dengan soalan yang tak dijangka , kkkt layak ke semi final .  yeayy ! 3 kolej dari johor layak ke semi final *kkkt, kk bndar penawar & kk segamat 2. cabutan undi & pengumuman kolej yang masuk ke semi final diumumkan keesokkan harinya. Untuk separuh akhir kkkt masuk dalam liga B & jadi pasukan terakhir ( pasukan ke 9)  untuk buat pembentangan. Dah buat yang terbaik kan , tapi tak ada rezeki untuk ke final . kecewa ? memang kecewa . Tapi nak buat macam mana bukan rezeki .

Jauh perjalanan , luas pandangan. Memang betul tu ! program kali ni memang banyak benda baru yang aku belajar . selain tu , dapat jugak la berjalan-ii , tengok tempat orang kan ?? wakaf che yeh, Pantai cahaya bulan, singgah pasar siti khadijah ,makan burger bakar 5 tingkat, merasa nasi ulam, yang paling penting , makan tak pernah putus ! sayangnya , tak dapat jumpa wan zaharulnizam kan ? hihi .. 

haa , ni lah antara aktiviti-ii kami di sepanjang berada di Kelantan .

tempat bertanding ~

tempat menginap di Royal Guest House

sesi taklimat ~

sarapan pagi , nasi dagang :)


peringkat saringan . 
peserta ke 12 daripada 23 pasukan~


 kami di Pantai Cahaya Bulan , Kelantan :)






hmmm , sedappp !! 
kerja asyik makan je di Kelantan ni..
kelapa aiskrim , SEDAP !

aktiviti malam , berjalan-ii & makan lagi :)







 
nyum-nyum .. burger bakar 5 tingkat !! 
tunggu siap sampai tertidur . pukul 3 pagi baru balik hotel , burger bakar punya pasal ..


di peringkat semi final .. tapi sayang nya tak ada rezeki untuk ke final ..

situasi di peringkat akhir ~

 jalan-ii lagi .. yehuuu :3


shopping time .. berdekatan pantai cahaya bulan ~

 makan lagi ~
makan malam di Crown Garden Hotel :)


 last day ! merayau lagi ~





sebelum bertolak balik , sempat singgah di kemaman-kuantan untuk beli keropok losong ~



kerja memang melantak & berjalan-ii .. hehehe . walaupun kami kalah tapi dah buat yang terbaik . bukan rezeki kami .. in sya Allah , boleh ke final pada masa akan datang ..





Ulasan

  1. Balasan
    1. haha . bole lah . tengok-ii tempat org .. jom jalan-ii :)

      Padam
  2. wahh.. bestnye! burger 5 tingkat tu.. boleh habis ke tuh?? hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm, memang best laa . kerja mmg mkn je kt kelantan .. mmg x habis laaa . setingkat pon x bole habiskn .. hehe

      Padam

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..