h i l a n g ~


14.1.14
sanah helwah ya Rasulullah , Salam maulidur Rasul :')

dah lama tak update entri . hmm, tak da idea laa .. lagipun takda aktiviti / trip . dalam kelas saja . so , nak cerita apa kat blog ni pun aku tak tau . 

semenjak ada "isu" pasal entri aku kat blog , lama aku diam . ya lah , aku tak mau laa ada lagi yang tersinggung dengan entri aku . entri yang "menyinggung" tu pun memang salah aku . tulis ikut sukati kan ? maaflah ya (T_T)

lepas isu tu , aku cuma tulis pasal aktiviti, program, trip kolej dll. tapi memandangkan kali ni aku takda benda nak cerita , tapi nak jugak update "sesuatu" . 

entah laa .. semakin hari , semakin banyak yang hilang dari aku . aku hilang kesabaran * astaghfirullah al azim , hilang keyakinan , hilang semangat . aku rasa putus asa . yang aku buat semua tak betul , semua salah . kadang-ii apa yang aku buat macam takda nilai , tak dihargai. hmm , ntah laa . aku pun tak faham otak aku nih .. haha . macam tak betul jugak kadang-ii .

salah aku jugak sebab aku tak tau apa yang aku nak . padahal , 2014 = 20 tahun . sepatutnya aku dah ada planning apa yang aku nak buat lepas ni . tapi sampai sekarang aku tak tau . tak nampak apa pun . kemana  / di mana aku lepas ni ?? hmm , persoalan yang selalu aku dengar , tapi aku sendiri tak tau jawapannya . aku selalu jugak tanya diri sendiri , soalan yang sama tapi still NO ANSWER . 

aku rasalah kan , semua yang aku buat akan dapat tentangan ! tentangan hebat . apa yang di buat semua salah . kita buat baik , orang tikam belakang , kita jujur , orang tipu . kita diamkan , orang pijak kepala kita . kita tak buat apa-ii pun orang cakap belakang . kita bergurau orang hina , label kita macam-ii . nanti kalau dah takda apa-ii reaksi , dah keras kaku , tak bergerak , tak bernafas baru  puas hati kan ? untuk aku , kalau berkawan biar ikhlas, jangan berkawan sebab nak mengambil kesempatan. yesss , bukan aku betul 100 % , setiap manusia ada salah silap nya . nobody perfect . aku tau mungkin dalam masa yang sama apa yang aku buat tak "kena" di mata orang , tak betul orang nampak . yang tu aku tak boleh nak elakkan la . aku mintak maaf kalau ada yang tak kena di mata orang lain. tapi  aku tak faham laahh , sedihhhh ! apa yang dah jadi buat aku hilang semangat nak teruskan apa yang aku dah mulakan. sekarang pun asyik fikir nak berhenti la , nak buat tu la , buat ni lahh .. tapi ntah laa . ada yang nasihatkan aku jangan ikutkan sangat kepala ni . bersabarlah , ada hikmah semua ni . lepas semua tu , lepas fikirkan baik buruk , aku masih kekal di sini.

entah laa , aku pun tak tau apa nak jadi dengan aku nih .. tapi aku yakin , in sya Allah kalau ada rezeki , adalah . kita kena percaya pada Qada & Qadar kan ? hmm .. okay laa , setakat ni dulu entri kali ni .. bye byee ;')


2 ulasan:

  1. sabar dear , :) i'm always here for you :) jan ada perasaan down tu cause ak pown pena rasa ssh sgt mw up balik , :) just menghadap Allah jalan ny , susah ka senang ka Allah tetap utama , jan sesekali lupakan DIA syg... in sha Allah Segala-iinya perangcanganNYA , stay cool dear , i know u can do it ! :D sabar ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm .. ya syira .. kdg-II aku mmg rasa mau berenti bljr jak . tp lps fikir baik & buruk nya , aku sabar dlu .. aku ikut dlu nasihat org .. hmm, tQ syg :)

      Padam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..