Ahad, 22 Disember 2013


setelah sekian lama , barulah diri ini tampil menunjukkan diri di alam maya ini .. cehh , ayat skema pulak .. hahaha .. dah lama tak mengupdate apa-ii entri kan ? maklumlah , sibuk menyibukkan diri . sebnarnya ada latihan amali rekreasi darat di kompleks belia & sukan rompin pahang selama seminggu ( 12 - 18 disember 2013 ) .. muka rentung + menggelupas lagi ni .. haha .. sebelum cerita pasal latihan amali ni , aku nak ceritakan jugak lah kekecewaan ku sebab bola #sukanseamynmar ni .. hmm , aku dapat first game (malaysia lawan brunei) , game semi final (malaysia lwn indonesia) & untuk dapatkan pingat gangsa (malaysia lwn singapura) .. yang lain aku tak dapat nonton sebab ada latihan amali di rompin . so , dapat tau update pun dari my sister la . lepas tu , balik tengok semi final malaysia indonesia . memang exited la kan ? sebab aku punya jangkaan malaysia confirm menang punya . tapi game tu  memang "menakutkan" , memang sengit , memang sakit hati sebab banyak kekasaran kan ?? yang paling menakutkan  bila dah ada tambahan masa & penalti . ayyoappamaa .. thamil & shahrul saad  gagal jaringkan gol untuk malaysia . mungkin faktor keletihan . tapi fadhli , nazmi & rozaimi berjaya jaringkan gol .. kecewa memang kecewaa sampai aku tak larat berjalan .. tergolek golek , terguling-ii dalam bilik sewa sampai demam .. hari jumaat tu akah ponteng kelas sebab demam , jamuan makan malam untuk majlis perpisahan di tg balau resort tu pun aku tak pegi . frust menonggeng punya pasal . lepas tu semalam pergi lagi tengok malaysia lawan singapore . tak ada rezeki malaysia untuk sukan sea , acara bola sepak .. malaysia pulang tanpa pingat .. apapun menang kalah tetap sokong malaysia ! proud to be malaysian & proud to be sabahan :)

cerita pasal latihan amali rekreasi darat , seminggu di sana .. hmm , aktiviti memang lasak & memenatkan .. aktiviti di sana pasal kraf perkhemahan , ikatan , cpr , tali tinggi (abseling) , ikhtiar hidup , peta , navigasi & kompas , dll . latihan ni untuk dapatkan 4 sijil & jurulatih tahap 2.  walaupun penat tapi seronok la .. 

sebelum memulakan perjalanan ke Rompin ,Pahang

singgah sebentar di jeti mersing .
ngeteh (milo, lekor, pisang goreng)

tiba di komplek belia & sukan Rompin 


kraf perkhemahan .
di dalam kelas :)

pt pagi 

kelas ikatan tali dari jurulatih :)

aku dah hampir putus asa belajar 14 jenis ikatan ni .
 tapi alhmadulilah , lepas semua ikatan :)

kelas navigasi & kompas


pelatan untuk aktiviti tali tinggi (abseling)

dalam van menuju ke kem PLKN teluk sari , Mersing Johor

helmet , gloves & harness untuk aktiviti tali tinggi :)

briefing daripada jurulatih ..

okay , yg ni poyoo !


yeayy ! saya berjaya buat 2 aktiviti abseling .. hihi :3



kelas & pembentangan tali tinggi .
2 point anchor , 2 point equilise balance & ziq zag system

kelas kayak .
selepas didenda (bergolek-ii di tengah panas*buku log tak lengkap) , 
hati di sejukkan dengan main layang-ii katak. haha

kelas malam CPR ..



kelam kabut siapkan buku log .. sampai tak tido 1 malam .. buat dalam khemah betemankan lilin ..
 hahaha..

melepak malam-ii .. 


gambar bersama jurulatih di Rompin :)

hmm , sehari sebelum balik tu kami ada buat aktiviti ikhtiar hidup . yang ni aku paling suka . kami diajar hidupkan unggun api .. lepas tu kami di tinggalkan dalam hutan .. kami buat tempat perlindungan sendiri dengan barang -ii yang terhad .. barang yang kami bawa cuma mestyn, kompas , walkie talkie, telekung , minuman(terhad) , 3 biji telur & kentang . tu la yang kami makan . esok harinya pulak kami di bahagikan 2 kumpulan *aku , saira, grace & amar . group 1 lagi *noh, iqa, zai , jeevita. 

berjalan kaki berpandukan peta & kompas , perhh jauh gila . untuk ke checkpoint 1 makan masa sejam setengah .. ingatkan lepas tu dah boleh naik kereta & makan , rupanya lepas tu kena berjalan lagi ke kompleks tu .. dalam hujan & panas .. hmm , terbaik laa kan ?? saira & grace dah mental down .. so , terpaksa la aku bagi harapan palsu & membohonng sepanjang jalan . konon-ii dah dekat , padahal lebih daripada 5 km lagi baru sampai .. air tepi jalan pun boleh di ambil & minum .. survivor kan ?? penat memang penat , tapi seronok . tak tau bila lagi boleh buat macam gini kan ?? kami sampai , group 1 lagi tak sampai . diorang lambat & di denda lagi . kesian .. lepas tu dah rehat-ii dalam pukul 4 lebih baru la kami dapat makan .. mak aii ! kebulur , tapi tu menu paling sedap laa . bubur .. my favorite .. hihih .. makan dengan telur masin , sup sayur, ikan bilis tumis , sambal kicap & kacang goreng .. memang aku makan bertambah-ii . sampai jurulatih tu tegur , awak tak padan badan kecik , tapi makan bukan main .. hahah . nasib laa . laparr gilaa . balik dari rompin aku asyik nak makan memanjang .. asyik rasa lapar & asyik nak tidur . di sana tiap hari tidur selepas pukul 2 pagi . bangun awal pulak tu , belum lagi campur tak tidur 1 hari 1 malam .. letihhh ! 

nak citer apa lagi yaa ? aku dah kering idea ni . so , upload gambar cukup la eh .. benda dah beberapa hari berlalu so aku nak cerita pun susah .. hihi .. so, setakat ni dulu lah ea . bye byee :3